Bab 17

Romance Series 25048

Cepat masa berlalu, hari minggu bertukar kepada hari isnin.

" Hi kifa. Sejak dua menjak ni I asyik ingat you saja." Joe mengayat akifa dengan kata kata manis.

" oo..really? " Akifa tersenyum. Senyum je la selalu yang akifa beri. Takkan nak cakap I pun selalu ingat kat you kan? Akifa tidak berminat berbual bual dengan Joe. Jari jemarinya laju mengetik butang butang huruf yang ada di keyboard. Kalau bukan sebab dia bos,lama dah akifa herdik. Tak nampak dia busy mengalahkan perdana menteri sekarang ni?

" malam kelmarin you memang lain sangat kifa. Hari ni pun you nampak lain. Cantik.Kifa,I...ada sesuatu nak bagitau you? joe rasa ini saat terbaik untuk luahkan perasaan.

" I…"

" joe, masuk bilik aku. Aku nak bincang sesuatu ni " panggil rayyan yang entah bila muncul di pintu biliknya. " jangan mimpi nak dekat dengan bini aku! " jerit rayyan dalam hati. Cemburu dia tengok joe yang tak sudah sudah nak caras dia.

" kifa, tunggu kejap ya "

Joe melangkah masuk ke dalam bilik rayyan. Belum lama joe masuk, akifa dapat panggilan dari ina si receptionist.

" Kifa, ada wakil dari Maju setia holding nak jumpa encik rayyan. Dia free tak? "

" sekejap ya ina. Kifa double confirm dulu "

Panggilan itu dimatikan. Dia terus mendail extension rayyan.

Tut tut tut

Rayyan menekan butang loudspeaker.

" Bos, staff Maju Setia Holding nak jumpa. Boleh saya jemput mereka masuk?"

" ye, silakan and nanti sa..awak tolong buatkan air juga ya "

Rayyan menamatkan panggilan tersebut. Nasib baik tak terkeluar perkataan sayang tadi.

" awak? Pelik aku. Kau suka kifa juga ke? Kau tahu kan aku suka dia " joe kenal sangat sahabatnya ini. Selalunya jika panggilan tu 'awak' pasti seorang yang penting untuk lelaki itu. Selalu dengar kau aku, you and I saja. Bahkan dengan Rina pun kau aku.

Rayyan memandang joe tajam. " kau nak cari pasal dengan aku ke ni? "

" tak la aku tanya je "

" cut the crap joe. Kita ada tetamu penting. Aku rasa mungkin kita berjaya dapatkan tender mega Takzim "

Tok tok tok!

Akifa membuka pintu bilik pejabat rayyan.

" silakan masuk " pelawa akifa sambil tersenyum manis menampakkan lesung pipitnya.

Rayyan dan Joe bangun dan menyapa ketiga tiga tetamu itu dan mempelawa mereka duduk di sofa.

" maya, how are you? " joe menyapa maya.

" fine. Rayyan, i datang ni nak bagitau you yang company you berjaya dapatkan tender Mega Takzim. So bermula hari ini hingga projek habis, you akan stuck dengan I "

" susahkan you saja datang. Kan boleh inform melalui email kan? " joe menyampuk.

Maya memandang joe. Dia menjeling tajam. Whoa..Joe rasa dia baru saja dipanah petir. Salah ke kata kata dia tadi?Rasanya perempuan ni tidak suka dia.

" kami memang sengaja datang untuk lihat condition syarikat you and sekali kita bincang tentang reka bentuk yang kami perlukan " terang Zafril.

Pintu bilik dibuka, akifa naila datang membawa sedulang air kopi. Mata Joe dan zafril bagai dipukau hanya tertumpu pada gerak geri akifa.

" eherm " Maya berdehem. Hatinya menyumpah akifa. Entah apa yang menariknya wanita itu. Rayyan pun ikut memandang perempuan ni ! Hei,Aku lagi cantik dan seksi la! Maya menyilangkan kakinya yang jinjang dan putih. Saja dia pamerkan peha dan betis yang terdedah pada rayyan tapi sedikit pun rayyan tidak tertarik.

" jemput minum " Akifa meletakkan cawan berisi kopi. Setiap seorang secawan. Ketika ingin meletakkan cawan untuk zafril. Dengan sengaja zafril menyambut cawan tersebut hingga menyentuh tangan akifa. Akifa tersentak dengan perbuatan zafril. Dia cepat cepat menarik tangannya dan terus keluar dari bilik pejabat tersebut.

" I think better kita ke bilik mesyuarat untuk keselesaan berbincang " pelawa rayyan

" Naila, bawakan kesana air mineral " perintah rayyan.

Mereka semua berpindah ke bilik mesyuarat. Terpaksalah akifa menyediakan semula air. Rayyan mengambil kesempatan menemui akifa yang sedang sibuk di pantry.

Akifa mencangkung mengambil air mineral botol kecil untuk di beri kepada tetamu rayyan. Bila dia bangun dan memalingkan tubuhnya. tiba tiba saja rayyan berada di belakangnya. Tersentak akifa hingga tidak sedar dia mengundur ke belakang sedikit dan pinggangnya terkena bucu almari. Rayyan datang dekat padanya. Kini kedudukannya terlalu rapat dengan rayyan.

" sayang " panggilan tu buat kaki akifa melemah. Dengan mudah kejung disitu tidak berganjak seperti tugu negara.

Rayyan memandang wajah akifa, dari mata, hidung dan bibirnya.Berpeluh peluh akifa dibuatnya. Jantungnya tidak payah ditanya, berdegup kencang sampai nak tercabut. Ish dah kenapa dia ni? Orang nampak macam mana?

" ingat jangan gatal gatal dekat dengan joe dan zafril. Sayang milik abang " lembut saja kata kata rayyan. Boleh cair hati dibuatnya bila suara husky lelaki itu kedengaran lembut di gegendang telinga.

" Akifa, kau nak ikut…" terbeliak mata jun melihat akifa dan rayyan terlalu dekat seperti akan berpelukan. Terhenti kata kata yang dia nak ucapkan tadi. Gelas plastik yang diambil dari bakul berdekatan sinki jatuh dari tangannya.

Dia salah tengok ke? Dia pejam matanya semula kot kot memang imaginasi dia je tadi. 1..2..3 Bila dia buka matanya, rayyan sudah tiada dan akifa sedang sibuk meletakkan botol air mineral di dulang.

" kau okay tak ni jun? " tanya akifa.

"Aku macam..nampak encik rayyan dengan kau tadi.."

" Mana ada encik rayyan? Kau jangan takutkan aku jun " akifa mengoyangkan bahunya membuat reaksi takut.

Jun garu kepalanya. Eh, takkan aku berkhayal? Tadi ada lepas tu tak da.Berkerut dahinya memikirkan hal tadi. Dia mengambil cawan plastik yang jatuh tadi dan membasuhnya lalu isi air ke dalamnya.

" tadi kau nak cakap apa?"

" Apa yang aku nak cakap erk? Oo..aku nak ajak kau makan lunch sesama. Kau nak ikut tak? "

" Boleh je " Akifa tersenyum. Dia masih setia berdiri di situ walaupun air botol mineral sudah pun disusun di atas dulang.

" kau tak hantar ke air tu?Karang mengamuk laki aku tu. Siapa yang susah..aku juga yang susah " tak salahkan Jun berangan? Berangan kan percuma. Bukan kena bayar tax pun.

" aku keluar dulu lah. Cepat kau hantar.Jangan kau lupa pulak. Kau kan tahu baran laki aku tu macam mana " Jun keluar dari pantry sambil mulutnya terkumat kamit membebel tentang apa yang tadi dia alami. " ish, nampaknya aku memang kena pakai spec mata ni. Makin teruk rabun aku ni"

Melihat Jun telah keluar meninggalkan pantry. Akifa beralih dari kedudukannya. Sengaja dia berdiri di tepi almari tidak berganjak dari tadi.

" saya keluar dulu "

Rayyan yang ketika ini berada di balik pintu pantry melepaskan nafas lega. Nasib baik ada almari di sebelah pintu dapatlah dia sembunyi tanpa diketahui. Ditambah pula akifa cover tadi. Sepanjang 5 tahun dia membuka pejabat disini. Inilah kali pertama dia menyorok belakang pintu. Memang sejarah betul ! Nampaknya betullah kata orang,Cinta ini kadang kadang mampu buat orang bertingkah bodoh.

Dia menuju ke sinki dan membasuh tangannya. Wajah akifa yang merona merah malu terbayang di ruang matanya. Dia tersenyum lebar.Tangannya mengelus lembut rambutnya ke belakang. " rayyan rayyan teruk angau kau ni "

Rayyan masuk ke dalam bilik mesyuarat. Beberapa penambahan pelan bangunan dibuat dan dipersetujui. Tanpa sedar waktu sudah pun pukul 12 tengah hari.

" jom semua kita rest dulu.you all nak makan apa? Chinese or indian cuisine. ala kampung atau western? Joe bersuara.

" Cik maya prefer apa? "

" apa saja yang rayyan suggest, I will follow " Maya memandang rayyan. Maya menggigit sedikit bibir bawah dan kemudian bibirnya menguntum senyuman.

" ikut kau je joe " rayyan bersuara. Kurang selesa dia dengan maya. Eh, perempuan ni nak makan makanan ke nak makan pelempang bini? Ingat dia heran dengan senyuman menggoda tu.

" okay jap. Aku ambil barang kat office kejap. You all tunggu di depan ya "

Mereka lalu di depan akifa naila. Zafril mendekati meja akifa naila.

" you tak lunch? Jom lah join "

Joe yang baru saja tiba di situ mendekati mereka berdua. " Baby, jom ikut I"

Terbeliak mata akifa naila mendengar ayat tu. Biar betul selamba panggil orang baby. Ada nampak dia macam baby ke? Semak lah dengan dua orang lelaki ni. Ish !

" err...encik berdua pergilah. Saya dah ada date dengan kawan office "

" Seriously guys? Both of you nak berebut that girl while i'm standing here kelaparan. Darling, jom" maya memaut lengan rayyan dan menarik lelaki itu keluar

Berasap akifa dibuatnya bila melihat adegan tarik menarik minah gatal tu.Hendak saja dia bangun dan tarik rambut perang perempuan tu.Sabar kifa sabar...sabar kan separuh sa..

" sayang, jom la" manja suara maya sambil melentokkan kepalanya ke bahu rayyan.

Sabar kan separuh sabariah betul ! Kan hilang dah separuh iman diganti separuh sabariah pulak.Kecik besar kecik besar je akifa tengok si Maya ni. Haa..ini baru betul ' baby ' . Panas sampai terbakar hati pula jadinya.

" maya, please.." rayyan melepaskan pelukan maya.

" ok takpe. Kalau i keluar dari sini tanpa you. I akan ubah fikiran. I akan tarik balik offer i tadi " Ugut Maya

Serentak itu, joe terus mengikuti Maya. Zafril menepuk bahu rayyan. " she's the queen "

Rayyan mengeluh.Dia datang ke meja Akifa dan menyuruh wanita itu ikut bersama.

Belum sempat rayyan ucap apa apa kata. Akifa sudah menghadiahkannya jelingan maut. Marah lah tu.

" Sorry sayang please" perlahan saja suara rayyan hanya didengari oleh akifa naila dan dirinya. Akifa hanya diam saja. Oo...kalau dia tidak boleh melayan lelaki lain tapi rayyan tu boleh pulak layan perempuan gedik. Huh, diskriminasi gender !

" Ajak sekali semua staff. Treat from me. Restoran Abdullah Chan " sambung rayyan

Tawaran dari Maju setia holding adalah peluang besar yang mampu jadikan syarikat lebih dikenali tapi itu tak bermakna maya boleh buat sesuka hatinya. This is my company and my rules.

Nak sangat keluar lunch dengan aku kan? Hah satu company aku ajak!

" eii..gedik betul perempuan rambut perang tu tadi. Kesian bos kita kan" gossip Janet.

" aku lagi kesian weii...lama dah mengidam nak keluar lunch dengan bos handsome kita tu " balas Jun.Kedua tangannya menopang dagu.Dia mengeluh berat.

Akifa melangkah menuju mereka.

" eh korang. Jom ! Boss belanja. Lambat tinggal ! "

" kau tengok janet. Laki aku rupanya sayang kat aku " bersinar sinar mata Jun bila mendengar kata kata akifa

Macam kanak-kanak diberi lollipop. Laju je masing masing ambil beg dan keluar mengikuti langkah Akifa. Semuanya ada 11 orang staf yang hadir. Rasanya ini kali pertama big boss mereka belanja makan di restoran. Selalunya bos kalau belanja dia tapau aje. Kali ni mesti seronok ! Harap harap bos tak tengok masa, lepas tu terlajak sampai pukul 3 ke pukul 4 ke kan..yuhuu!!

Ternganga Maya lihat meja yang penuh dengan staf www corporation siap bercantum meja lagi. Musnah harapan nak lunch private dengan rayyan. Maya menjeling Zafril. Zafril angkat bahu. Ye la manalah dia sangka rayyan jemput semua staf. Dia bayangkan akifa saja seorang tadi.

" Thank you semua sudi lunch sama. Hari ini I treat istimewa untuk raikan kejayaan kita dapat tender. Dan untuk ucapkan terima kasih khas buat Cik Maya "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience