Bab 8

Romance Series 25048

" Thanks to your idea. I nak taja diorang honeymoon lepas majlis nanti tapi kat mana ye yang sesuai..takpe takpe nanti i fikirkan "

" ikut you saja. Naila sukakan tempat sejuk. Pantai pantai ni dia ikut mood " Rusman hirup teh tarik yang baru saja sampai di meja mereka.

" sejuk ye..ermm...tak pe kita makan dulu "

" by the way how persiapan majlis yang you katakan hari tu? " tanya rusman sambil menggulung mee menggunakan garfu lalu memasukkan ia ke dalam mulutnya.

" majlis tersebut sebulan dari sekarang. Everything i serahkan pada wedding planner. Nanti bila kad jemputan dah siap i bagi kat you"

" you call dulu tau. Bukan apa I takut sakit jantung kalau you selalu muncul tiba tiba " rusman tersengih memandang puan Dila. Dia serius mengenai hal itu.

Di ofis, rayyan begitu sibuk menyiapkan layout untuk Megah holding. Projek tersebut akan bermula bulan depan.

Dia mengasingkan beberapa dokumen untuk dibuat salinan. Selalunya memang jika dokumen tersebut penting dan rahsia dia akan buat sendiri salinan tanpa menyuruh pekerjanya.

Rayyan bangun dan mengambil dokumen tersebut keluar menuju ke mesin photostat.

Bila dia keluar dari pejabatnya,sengaja dia melirik ke arah Akifa. Kelihatan Akifa sedang berborak dengan joe. Mereka berdua langsung tidak menyedari kehadiran rayyan yang lalu di depan mereka.

" apa yang diorang borakkan tu hah? Langsung tak hiraukan aku ! Aish..! " bebel rayyan sendirian

" ish lambat pula mesin ni. Apa yang lama sangat borak kau ni Joe.Dari tadi tak masuk ofis sendiri " rayyan sambung membebel sendirian dengan suara perlahan seperti berbisik.

Ketika itu pada pandangan staff lain yang melihat telatah rayyan berbisik sesama sendiri.

" apa hal bos tu? Lain macam je hari ini kan? " jun memanggil janet.

Janet menoleh dari mejanya melihat rayyan. Rayyan ketika ini sedang membebel sendirian dengan suara perlahan sambil menunggu dokumennya siap.

" datang bulan kot " janet pegawai bahagian account bersuara.

" kau biar betul jen " pelik jun dengan janet ni. Bos kan lelaki. Nama pun rayyan. Kalau rayanah ke ruhainah ke mungkinlah datang bulan.

" maksud i..ni kan nak hujung bulan. Time gaji mungkin la dia stress ke apa ke kan "

" maksud kau company nak bankrap ke? "

" choi! bukanlah..you ni ! " susah bercakap dengan human resources ni.

Rayyan melangkah dengan laju untuk sampai ke tempat akifa. Dilihatnya joe masih berborak dengan Akifa. Entah kenapa dia tidak suka melihatnya.

" ehermm " rayyan berdehem. Joe dan Akifa masih lagi tidak peduli dengan kehadirannya.Mungkin kurang kuat kot berdehem tu yang tak dengar tu.

Rayyan datang dekat dan mendengar perkataan " lunch " . Cepat cepat rayyan memanggil joe. Dia menepuk bahu joe.

" joe, masuk kejap. Ada benda aku nak bincang pasal megah holding "

" okay "

Rayyan masuk ke dalam pejabatnya dan duduk di kerusi. Joe datang dengan senyuman.

" hah ada apa bro? "

" tak ada apa.saja aku nak borak dengan kau. Kau apa khabar? "

Joe kerut kening dengan pertanyaan rayyan. " aku sihat. Pelik bro soalan kau. Kata nak cakap pasal megah holding? "

Rayyan tersengih.

" haah. Okay aku dah siapkan semuanya. Itu je aku nak cakap "

Bertambah pelik joe dengan rayyan.

" itu je? Kacau la kau ni. Aku baru nak ajak akifa lunch."

Lunch? Ajak Akifa naila? Dia tu bini orang tau tak

" tak boleh " nada suara rayyan kedengaran tegas.

" dah kenapa? " 

" aku nak bawa dia tengok site projek kat banting kejap lagi " mulanya rayyan hendak pergi sendiri tapi memandangkan hal ' kecemasan ' begini dia akan bawa naila bersama.

" ala..kacau arr kau bro. Dia single kan? Ke kau punya? Hari tu aku tengok kau..dia..macam "

" tolong bro..tolong basuh otak kuning tu. Dia terhantuk masa ambil sampah bawah meja " Merah wajah rayyan membayangkan situasi hari itu dari pandangan joe. 

" okay..kau yang kata ye dia bukan kau punya. Aku nak masuk line tengah ni. Awek cantik macam tu kalau gilap lagi penampilan..pergh mantap bro. Kalah miss world."

Rayyan hanya diam tapi dalam hati menyumpah seranah Joe. Kaki perempuan ! Semua perempuan kau nak rembat !

Joe keluar dari bilik pejabat rayyan. Rayyan segera bangun dari tempat duduknya dan berlari ke tingkap kaca yang ditutup dengan bidai. Dia membuka bidai langsir moden tersebut.

Betul tekaan nya, joe masih berada di meja Akifa.  " celaka betul joe ni. Dia nak kerja ke nak cari jodoh ni. Kau tunggu "

Dia menuju ke mejanya dan mencapai telefon pejabat.Dia mendail nombor extension akifa naila.

Tut tut tut !

Akifa melihat panggilan tersebut dari bilik pejabat rayyan.

" Syukur sangat bos call " monolog akifa dalam hati. Dia malas nak layan Joe yang berborak kosong tapi terpaksa juga maniskan muka. Kan joe bos dia juga.Tanpa berlengah dia terus menjawab panggilan tersebut.

" Naila, siapkan dokumen dan layout projek Taman banting. Kau ikut aku ke sana. Siap cepat sikit"

" baik encik "

Akifa meletakkan ganggang telefon semula.

" Encik Joe, err..saya perlu buat kerja. Nanti En rayyan bising. Kita borak lain kali ya "

" baik " joe menyeluk saku jaketnya dan mengeluarkan pen. Dia menulis di atas sebuah nota lekat di atas meja akifa. 

" Nah nombor I. Call i at anytime "

Akifa hanya tersenyum.

Di dalam perjalanan ke banting, rayyan menyesali tindakan dirinya. Mesti joe akan fikir dia ada hati dengan Akifa. Entah kenapa la dia rasa tak suka joe dekat dengan Akifa. Kenapa ye?

"Aku nak masuk line tengah ni"

Kata kata joe tadi terngiang ngiang di telinganya. Tanpa sedar dia menumbuk perlahan steering keretanya.

Akifa yang melihat merasa risau dengan lelaki itu. Dia stress ke?

" encik okay? Kalau tak okay. Saya boleh memandu "

" okay " 

Mereka singgah makan dulu dan kemudian terus bergerak ke lokasi pembinaan.

********

Jam sudah menunjukkan pukul 4.30 petang. 

" aku patut ambil ke kifa? Tak ada nombor telefon dia pula. Ala...kan ada rayyan."

Rafael meneruskan kerja nya semula.

"Tapi...pagi tadi rayyan tinggalkan dia. Kalau balik ni dia pun tinggalkan kifa? "

Rafael terus mengemas mejanya. Dia memakai jaket kulit hitam dan mencapai dua helmet yang diletakkan di almari pejabatnya.

Dia menghidupkan motor dan terus berlalu menuju ke syarikat www corp. Milik rayyan.

Jam tangan menunjukkan pukul 5 tepat. Rafael menunggu dengan sabar. 

5 minit berlalu 

10 minit berlalu

15 minit berlalu

Tapi kelibat akifa masih belum juga muncul.

Rafael sudah tidak mampu bersabar menunggu di bawah. Dia naik ke tingkat 5 syarikat www corp.Dia membuka pintu utama pejabat syarikat.Meja resepsionis kelihatan kosong.

Dia masuk ke dalam dan kelihatan sebahagian staff telah pun pulang.Hanya terdapat tiga orang yang masih ada di situ. Mereka kelihatan sibuk dengan tugasan masing masing.

" maaf cik, akifa dah balik ke? " rafael menanggalkan helmetnya.Jarinya menyisir ke belakang rambutnya.

wow macam iklan syampu.Terbeliak mata ketiga tiga wanita tersebut melihat rafael.

" akifa dia ikut bos ke site. Awak ni...adipah ke? " Jun menjawab pertanyaan rafael. Mulutnya tidak dapat menahan dari bertanya nama lelaki itu.

Rafael mengerutkan dahi. Adipah?

Rafael tidak menjawab sebaliknya hanya tersenyum. " takpelah saya balik dulu. Terima kasih "

" sama sama kasih.. i and you…" Jun terpesona dengan senyuman lelaki itu hingga tak sedar ucapannya melalut.

" giler handsome woi.." janet menjerit kecil setelah lelaki tersebut keluar dari pejabat.

" haah la kak jun. Siapa tu? " tanya mira kerani Admin dan HR.

" Adipah..kawan akifa"

" adipah? Pelik nama tu. Macam orang korea sikit tengok gaya. Mungkin you salah sebut nama. Mungkin sebenarnya eddy park ke kan " Janet memberikan hujah pandangannya mengenai nama lelaki itu.

" adipah..eddy park..mungkinlah. Eh sudah sudah! Cepat settlekan kira gaji pekerja. Kang tak pasal pasal bermalam kita kat sini " Arah Jun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience