Bab 14

Romance Series 25048

" rayyan, petang ni mama nak bawa akifa ke majlis hari jadi kawan mama boleh?

Mama bawa tiha dan sheila sekali "

" majlis Tan Sri Musa?" tanya rayyan.

" iya. Wife dia Puan sri haidah kan kawan mama. Err..you ada dapat jemputan?"

" ada "

" so better akifa pergi dengan you rayyan. Kita jumpa sana saja "

" takpe..biar naila dengan mama saja " balas rayyan. Matanya khusyuk melihat siaran televisyen.

Ish budak ni dah kenapa tak nak bawa wife? Oo..takpe takpe. I akan buat akifa menyerlah di majlis nanti. Huh, baru tahu laku ke tak wife you tu rayyan. Jangan menyesal tau! Sekali lagi puan Dila bermonolog sendirian.

**********

" tiha, tambah sikit eyeshadow tu..macam tak menyerlah"

" macam ni ke ma? "

Puan Dila melihat wajah akifa yang telah dirias oleh Tiha. 

" cuba you buat hidung akifa lagi mancung"

"tak cukup mancung lagi ke ni ma?"

"buat je. Pemerah pipi tambah lagi sikit. Ma tak nak natural. Nak nampak lebih menyerlah "

"err...takpe ke ma? Takut macam badut pula ma"

" ish biar je la mama buat. Minta sini "

Akifa yang duduk diam pasrah wajahnya dikerjakan oleh dua wanita ini. Ada rasa was was dengan hasilnya nanti. Habis lah muka ni !

Laju tangan Puan Dila merapikan riasan wajah akifa mengikut seperti yang dia bayangkan. Tada…

" haa..siap dah. Cantik tak? " Puan Dila memberi ruang pada akifa untuk melihat dirinya di cermin.

" Allah..err...ermm.." macam mana ye nak cakap ni ye. Dah macam make up tahun 80 an. " er..ma..ermm"

" hahaha...ma, ni macam apa dah hahaha..kalau macam ni makin lari orang bukan makin dekat " tiha terbahak bahak ketawa.

" Hola girls! " suara sheila ibarat cahaya di hujung jalan yang gelap.

" kita nak pergi sambutan halloween? Let me guess...you are witch right? " tanya shiela setelah melihat riasan wajah akifa.

Bertambah galak gelak ketawa tiha dibuatnya bila mendengar perkataan witch.

" shiela,please you tolong i. Auntie nak akifa menyerlah malam ini " pinta Puan Dila

" I don't work for free sorry " shiela ingin berlalu tapi..

" shiela..please.." akifa merayu shiela. Takkan dia nak pergi dengan rupa macam ni. 

Shiela menyilang tangannya memeluk tubuh dan duduk bersilang kaki di hujung katil.Dia diam sebentar.

" okay, fine ! " shiela menarik nafas berat. 

Shiela mengelap wajah akifa untuk menghilangkan make up sedia ada.

Tidak mengambil masa lama untuk merias wajah Akifa. 

Tiha dan Puan Dila menunjukkan tanda bagus. Cantik wajah akifa. Akifa mengukir senyuman di bibirnya bila melihat pantulan di cermin.

" sekarang kifa salin baju. Okay girls. Bersiap cepat " Puan Dila membuka almari dan mengeluarkan sehelai pakaian yang dibalut dengan penutup kanvas kelabu.Baju tersebut diserahkan kepada Akifa.

Akifa masuk ke dalam bilik untuk menukar pakaian. Rayyan dari petang tadi sudah keluar entah kemana. Tidak sempat dia bertanya. Kalau tanya pun mungkin tidak dapat jawapan.

**********

" hi, Dila. I thought you tak datang."

" here i am. You jemput in shaa Allah i sampai "

" err..you bawa siapa ni? Assistant you ke?" Puan Sri Haidah memandang Akifa. Cantik! Dua orang yang lain ini dia sudah kenal. Sheila dan juga anak bongsu Puan Dila iaitu Tiha.

" oh..kenalkan ni.." Puan Dila ingin memperkenalkan Akifa. Namun tidak kesampaian kerana..

" Auntie Dila. How are you? Lama tak jumpa auntie and you still look gorgeous " seorang perempuan muda memakai gaun putih tanpa lengan dengan rambut ikal berwarna perang memeluk puan Dila. 

Puan Dila menyambut pelukan itu dengan senyuman lebar. Hatinya gembira kerana berjumpa dengan Maya. Anak perempuan tunggal Tan sri Musa dan Puan Sri Haidah.

" Wow..you makin cantik sejak balik dari UK " puji Puan Dila

" thank you auntie. Excuse me auntie. I nak kesana sebentar " Maya melangkah meninggalkan mereka. Lenggok tubuhnya begitu seksi dengan gaya jalan ala ala model runaway victoria secret.

" Excuse me, Dila. I nak pinjam sekejap wife i ya. Please help yourself. Tonight special menu is your favorite food tau" Tan Sri Musa memeluk isterinya.

" oh really?Nanti i rasa. Okay after all she's yours " Puan Dila tersenyum. Masa beginilah dia teringat arwah suaminya. Oh, rindunya

Akifa melihat di sekeliling majlis tersebut. Majlis ini dihadiri ramai tetamu vip. Melihat penampilan mereka saja sudah tahu kebanyakan mereka tentu ahli perniagaan berjaya atau pun ahli politik.

Seorang pelayan datang membawa sedulang gelas yang diisi pelbagai jenis minuman. Akifa mengambil satu gelas berisi air berwarna biru dihiasi dengan hirisan lemon dan daun mint.

Puan Dila sedang sibuk berborak dengan seorang wanita.Sheila juga turut serta bersama dua wanita itu. Berborak tentang perniagaan barangkali. Dari tadi terdengar perkataan produk,eksport dan material.

Hanya Tiha yang menemani Akifa. Sekurang kurangnya ada teman berborak tidaklah terasa canggung di majlis begini.

" Kak, sekejap ya Tiha kesana jumpa kawan. Kejap ja " 

Akifa menganggukkan kepala. Kini hanya tinggal dia seorang saja. Dia minum sedikit minuman yang dia pilih tadi. Matanya melilau melihat sekeliling.

Entah bagaimana, matanya tertumpu ke satu sudut ruangan. Itu bukan Rayyan ke?! Rayyan berdua dengan seorang wanita. Tangan wanita itu berada di dada rayyan,sesekali mengelus lembut dada lelaki itu. 

Bahang panas mula merambat hati Akifa. Senget betul perempuan miang ni ! berani dia pegang pegang dada laki aku! Aku sendiri pun belum rasmikan lagi!

Tanpa diberi arahan,kaki Akifa melangkah ke arah dua insan tersebut. Geram sangat dah ni!

" Kifa, you pun datang? "

Tegur Joe. Terpana joe melihat Akifa. Lain betul penampilan Akifa. Wajah ayu akifa bertambah jelita dengan riasan wajah sederhana. Jubah moden berwarna chocolate nude dan selendang senada ditambah sedikit perincian berlian swarovski menyerlahkan kecantikan Akifa.Keinginan untuk memiliki akifa juga semakin tinggi.

Huh, mengganggu betul lelaki ni! Tak nampak aku tengah berapi ni. Hatinya mengutuk lelaki itu tapi di wajah Akifa terpamir sebuah senyuman.

"shh..auntie,tengok tu. I don't have to seduce rayyan untuk buat kifa jealous " sheila memuncungkan mulutnya menunjuk ke arah rayyan dan maya.

Puan Dila mengarahkan pandangan matanya ke arah maya dan rayyan.Uish, kemain daring maya ni! Pegang dada,pegang tangan. Ish,Rayyan pun diam saja macam suka pulak di pegang maya.

" Balik nanti siap kamu rayyan! Masa mama nak jodohkan dengan maya. Kamu menolak. Sekarang ni lain pula..rayyan rayyan" 

" chk, man always be man. Pantang tengok yang cantik. But auntie, ini peluang bagus. Kalau akifa jealous means dia sayang rayyan right? "

Puan Dila diam berfikir. " ye tak ye juga ya. Otak kamu memang bergeliga"

Eh,mana akifa? Mata puan Dila merayau mencari akifa. Itu pun dia! Dilihatnya akifa juga berada berdekatan. Joe sedang berborak dengan akifa. Puan Dila memerhati aksi dan reaksi mereka berempat.

" you datang sini dengan siapa? "

" Dengan mama rayyan " jujur pertuturan Akifa.Joe menaikkan keningnya. Terkejut dan pelik. Kenapa Puan Dila nak bawa akifa? Rapat pula mereka berdua? Ke Rayyan lain? Ada berapa orang rayyan yang dia kenal?

" excuse me " akifa meminta izin untuk mendekati rayyan.

" Encik Rayyan, tak sangka jumpa kat sini. Tak tahu pula encik di jemput. " Akifa menyapa rayyan. 

Bab tak sangka berjumpa rayyan tu memang bukan reka cipta memang dia tak sangka jumpa Rayyan di majlis ini. Lelaki itu tidak pernah mengatakan apa apa pun padanya.

Rayyan terdiam memandang Akifa dengan kekaguman. Penampilan Akifa berbeza kelihatan lebih anggun dan cantik.

" Darling, who is she? " Maya memandang Akifah. 

Darling? Apa dia..darling?! Bernanah telinga Akifa mendengarnya. Akifa memandang rayyan. Dia mengetap giginya menahan marah.

Belum sempat rayyan berkata, Tan Sri Musa datang menyapa.

" Rayyan, let me introduce you to Zafril. Our new project Director. Zafril, this is Rayyan from www corporation and this is.."  Tan Sri Musa memandang akifa.

" Akifa Naila, sir " Akifa memperkenalkan dirinya.

" Lovely name and lovely person " Tan Sri Musa memuji Akifa.

Akifa tersenyum dengan pujian Tan Sri Musa. Ketika zafril memandangnya, Akifa menundukkan sikit wajahnya. Lelaki bernama Zafril tu sangat dia kenali. "alamak, tolonglah jangan tegur aku please…" 

" I kesana sekejap " Tan Sri Musa meninggalkan mereka berempat.

Zafril memandang Akifa. Penampilan Wanita itu sudah banyak berubah. Semakin cantik.

" tak sangka jumpa awak kat sini " zafril menegur Akifa.

" Ya..saya ingat bumi ni luas tapi rupanya sempit. Tak sangka berjumpa kita kat sini ye " Akifa terpaksa senyum. Hatinya berdebar debar. Kenapalah banyak banyak tempat..kat sini juga dia boleh jumpa zafril. Kenapalah banyak banyak masa...masa ini lah boleh jumpa lelaki itu.Huh, suwey betul hari ini.

" Hi, guys ! " Joe juga menyapa mereka. Aduh, lengkap sudah malang hari ini.

" well, excuse me " Akifa cepat cepat melangkah pergi meninggalkan mereka. 

Rayyan menggenggam jarinya erat. Hatinya tertanya tanya siapa zafril. Kalau dia tanya pada zafril boleh tak? Tak payah lah rayyan nanti dia ingat kau suka Akifa.

" you kenal akifa naila? " tanya rayyan. Dirinya tak mampu mengawal mulut untuk bertanya pada lelaki di depannya ini. Lantak lah lagipun aku suami akifa. Memang berhak aku tau.

" yup. Kawan masa belajar dulu. You dengan akifa? " 

" Dia setiausaha I " technically nya rayyan tak berbohong memang benar Akifa setiausahanya hanya saja dia menyembunyikan status Akifa sebagai isteri.

Zafril hanya tersenyum.

" owh..really ? Lega hati I. I ingat wife you tadi " Maya memaut lengan rayyan.

Akifa kini keseorangan. Tiha entah hilang dimana. Puan Dila dan Sheila pula sedang sibuk berborak. Kali ini betul betul rasa kekok berada di majlis tersebut. Andai saja dia tak pergi tadi kan senang.

Akifa duduk berdekatan dengan dinding kaca. Pemandangan malam Kuala Lumpur menjadi lukisan cantik melatari dewan tersebut.Akifa termenung dan tenggelam dalam fikirannya sendiri hingga tidak sedar seseorang duduk di hadapannya.

" you makin cantik " puji Zafril

" thanks " akifa hanya memandang sekilas sahaja lelaki di depannya ini. Dirinya masih belum berani bertentang mata dengan zafril.

" I rindukan you. You masih marahkan I? " 

Pertanyaan Zafril berjaya membuat Akifa memandang tepat pada wajah zafril.

" No. I dah move on. So please jangan katakan sesuatu yang boleh buat orang lain salah sangka. " Akifa marah kerana kata kata itu jika orang lain dengar akan berfikir yang mereka berdua ada hubungan.

Dari jauh rayyan memerhati Akifa dan Zafril. Hatinya dilanda cemburu melihat mereka duduk berdua dan berbual.

" Excuse me. Err..Joe you ganti I " Rayyan melepaskan pelukan Maya di lengannya. Dia berjalan menuju ke tempat akifa berada.

" I tahu I salah, Kifa. I just harap you maafkan I dan.."

" I dah maafkan you. Sorry I got to go " Akifa bingkas bangun. Hampir saja dia terhantuk ke dada rayyan. Lelaki itu tiba tiba berdiri di sebelahnya.

" Balik " ringkas saja arahan Rayyan tapi penuh dengan ketegasan. Akifa menelan air liur. Wajah lelaki tadi menunjukkan ekspresi marah. Dia buat salah apa pula kali ini?

Langkah kaki Akifa menuruti langkah rayyan.

Di Dalam kereta mereka berdua diam tidak berkata. Akifa benar benar kecut perut sekarang ni. Eh, sepatutnya aku yang marah! Dah la kemain mesra dengan perempuan gedik. Menyampah ! Akifa menarik muka masam.

" Awak nak cakap apa? Awak cakaplah abang dengar " lembut nada suara rayyan.

" awak tu..amboi gatal kan dengan perempuan lain. Perempuan lain pegang pegang awak..pegang dada awak,pegang tangan awak, pegang semualah..boleh awak diam je. Awak suka dia ye? " luah Akifa. Geram betul bila mengenang hal tadi.

Rayyan tersenyum. Perempuan ni jealous ke? Kalau ya, hatinya rasa gembira.

" awak jealous? "

Zass!

Bungkam terus mulut akifa bila mendengar ayat tu. Serta merta merah padam mukanya. Kan...dia jelous ke? "Err..saya....err "

Kring! Kring! Kring!

Bunyi telefon bimbit akifa memang penyelamat dirinya. Pantas dia menjawab panggilan tersebut.

" Ye ma. Haah akifa dengan rayyan. Okay ma don't worry. Baik. Bye ma "

Akifa menutup panggilan tersebut dan menyimpan semula telefon bimbit tersebut di dalam tas kecil miliknya.

Kereta yang dipandu rayyan berhenti di hadapan sebuah hotel. OMG! Lelaki ni dah kenapa bawa aku kesini? Aku tak nak !!

" Jom " Rayyan membukakan pintu kereta akifa. Akifa takut untuk keluar dari kereta tersebut. Fikir nya lelaki itu mahu berbuat sesuatu padanya malam ini di hotel tersebut. " No, saya tak nak keluar ! Sa...saya belum ready "

Mendengar itu Rayyan ketawa. Dia menundukkan badannya sedikit. Bibirnya menguntum senyuman menawan memandang Akifa.

" Abang nak ajak awak makan. Awak fikir kan apa tadi? "

" err …." Akifa merasa malu dengan rayyan. Terlanjur buruk sangka pula.

Di majlis hari jadi Tan Sri Musa,

" You suka rayyan? " tanya Zafril kepada Maya.

" obviously " Maya meneguk minuman di tangannya.

" If so, you kena pastikan Tan Sri Musa pilih syarikat rayyan untuk tender projek di Johor tu. So that you will have a reason to stay close to him. I yakin dengan pesona you tak mungkin rayyan akan dapat tahan perasaan dia untuk memiliki you" 

Maya ketawa mendengarnya. Lelaki ini memang bijak. I suka idea you!

Zafril gembira kerana plannya menjadi. Secara tidak langsung, dia juga akan mudah mendekati Akifa semula.

" opss sorry sorry. Saya tak perasan tadi. Sorry " Tiha tidak sengaja tertumpahkan air di kot Zafril. Mengelabah dia ingin membersihkan kesan kotoran tersebut.

" takpe takpe. Small matter " Zafril memegang tangan Tiha agar tangan itu berhenti dari mengibas ngibas permukaan kotnya.

Terpana Tiha melihat lelaki tersebut. Hatinya berdegup kencang. Ini ke rasanya jatuh cinta pandang pertama?

untuk 2 3 minggu ni akan lambat update tau sb busy sedikit ya. tq semua sudi baca dan sabar tunggu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience