Bab 7

Romance Series 25048

Akifa bersiap secepatnya ketika rayyan masih mandi dan turun ke bawah untuk bersarapan. Dia tidak mahu rayyan melihatnya bersiap apatah lagi jika dia melihat rayyan bersiap. Boleh gugur jantung nanti menahan rasa malu. Silap silap boleh berdarah hidung dia huhu..

" awal puan bangun. Duduklah dulu. Mak Jah nak buatkan air dan ambil bihun goreng kejap "

" takpe la mak Jah. Saya tolong " tanpa diminta akifa mengambil sebuah tray silver dan memasukkan bihun yang ada di dalam kuali tadi ke dalam tray tersebut.

" Mak Jah masak apa pagi ni? " suara seorang lelaki kedengaran di Pintu dapur.

" Mak jah masak bihun goreng,telur goreng,hot dog dan sambal nasi lemak. Raffael suka kan?" 

" you're da best ! " Rafael memuji Mak Jah

Terpana Akifa melihat lelaki berambut perak itu. Nasib baik selamat tray makanan tersebut sampai di atas meja. Jimin !!! Definitely lelaki di depannya ini sukakan BTS

" Ini wife rayyan? "

" ya betul. Saya Akifa Naila. Awak? "

" Rafael "

" oo.." ini mesti anak ketiga mama. Akifa duduk di salah satu kerusi di meja makan besar tersebut.

Rayyan turun dan duduk di sebelah Rafael. Sememangnya ianya hal kecil tapi terasa jugalah Akifa dibuatnya. Kenapa tak nak duduk di sebelahnya?

Mata akifa sekejap sekejap memandang rafael. Sungguh dia peminat jimin dan lelaki tersebut sedang berpenampilan seperti jimin dengan korean outfit dan rambut perak seperti jimin. OMG ! I like !

" Ehermm " saja rayyan mendehem. Boleh selamba bini dia pandang lelaki lain. Ini tak boleh jadi.

" Kau naik dengan Pak Akub. Aku pergi dulu. Jangan lambat. Aku tak suka staff lambat tanpa sebab " 

Rayyan bangun dan terus keluar setelah menghabiskan makanan dan meneguk air kopinya.

Puan Dila baru turun dan duduk di kerusi.

" Rayyan tinggal kamu ke kifa? "

Akifa menggangukkan kepala. " Bos eh rayyan suruh saya naik dengan pak akub "

" aish budak ni..dia tinggal bini dia ish. Ermm..pak akub akan hantar mama. Mama ada kerja luar hari ini. Aish..siapa nak hantar kamu ni. Rayyan rayyan "

Akifa naila menundukkan kepala. Malu dia pagi ini dengan tindakan rayyan. Kalaulah dia bawa keretanya kesini tentu tak jadi masalah.

" I don't mind sending her to work. After all satu jalan " rafael menawarkan diri untuk menghantar akifa ke tempat kerja.

" great. Kifa naik dengan rafael okay "

Akifa menganggukkan kepala sambil tersenyum.

" lets go ! " rafael sudah selesai sarapan. Dia bersalam dengan Puan Dila dan berjalan keluar.

Melihat itu, akifa segera menghabiskan minumannya dan bersalam dengan puan Dila. Akifa melangkah dengan laju agar tidak ditinggal rafael.

" apo? Naik motor ke? " kecewa Akifa bila dilihatnya lelaki itu menaiki motor berkuasa tinggi BMW.

" kenapa? Tak sudi okay je " rafael yang tadi menghulur helmet mula meletakkan helmet tersebut di depan.

" eh...sudi "  akifa segera mengambil helmet tersebut dan memakainya. Nasib baik dia hari ini pakai seluar. Kalau pakai baju kurung tadi? Mau jenuh pikir macam mana nak naik. Ini kali pertama tau naik motor ermm…

Sekejap saja mereka sampai di tempat kerja Akifa. Akifa turun dan menanggalkan helmet tersebut.

Beberapa orang rakan kerjanya melihat Akifa dan rafael. Mereka berbisik bisik sesama sendiri.

Ting !
Akifa segera masuk ke dalam lift. Dia melihat jam di tangannya. Lagi 5 minit menghampiri pukul 8. Aiyaiya..matilah dia! 

Terasa lift bergerak dengan lambat untuk sampai ke tingkat 5. Cepatlah cepatlah sampai...resah Akifa menunggu.

Ting !

Finally, sampai juga ke ofis. Akifa terus menuju ke mejanya dan meletakkan beg.

Tut tut tut!

Akifa menjawab panggilan tersebut dengan perasaan berdebar debar . Harap rayyan tak perasan dia lambat sikit hari ini walaupun sebenarnya tidak pun lambat. Tepat tepat beberapa minit sebelum pukul 8 kan?

" Bawakan air kopi. Sekarang! "

" baiklah encik "

Akifa segera bingkas bangun menuju ke pantry setelah panggilan diputuskan.

" eh..lelaki yang hantar tadi tu siapa? Pakwe kau eh? " tanya jun. 

" bukanlah, adik ipar " polos jawapan akifa.

" adik ipar? Bukan kau belum kahwin ke? " tanya Jun. Pelik dia.Dalam resume single. Bila perempuan ni kahwin? Tak jemput pun.

Terdiam sekejap akifa memikirkan betapa cerobohnya jawapan dia tadi. Kang nanti tak pasal pasal orang korek rahsia dia kena tangkap basah. Ermm...kena betulkan ni.

" bukan..kau salah dengar ni. Kawan aku tu..nama dia..adipah " macam makin teruk je bila cover dengan bohong.Tapi kalau tak bohong nak cakap apa kan?

" pelik la nama kawan kau tu "

Akifa mengangkat bahu tanda tidak tahu. " biasalah nama moden hihihi...Aku pergi dulu hantar air ni "

Dia meletakkan mug berisi air kopi permintaan rayyan dengan berhati hati di atas meja.

" kopi encik. Berhati hati panas "

Akifa ingin beredar dari situ tetapi…

" tadi kau datang dengan pak Abu?"

" tak, pak Abu kena hantar mama. Dia ada kerja luar hari ini "

Rayyan menghentikan kerja nya. Serius nada pertanyaan nya

" so kau pergi dengan siapa? "

Tak mungkin Tiha. Mungkin Rizman agaknya. Rayyan menjawab sendiri pertanyaan dia tadi dalam hati.

" Rafael hantar saya tadi "

Jawapan tersebut bagai kilat menyambar dirinya. Entah mengapa hatinya rasa lain macam. Rasa apa ye ni?

" naik apa? "

Ish lelaki ni kenapa? Tanya satu satu..?kan senang tanya sekali je.

" Err..naik motor Rafael "

" aku larang kau naik motor dengan dia. Dah pergi buat kerja kau elok elok " rayyan meneruskan semula kerjanya tadi.

" Pelik lelaki tu. Dah kenapa marah aku naik motor dengan rafael. Dia juga yang tinggal kan aku tadi." Gumam akifa perlahan agar tidak didengari oleh rayyan.

Dia membuka pintu. Nasib malang pagi ini dia buka terlalu rapat dengannya hingga pintu itu terkena kepala. Dia mengusap dahi yang terasa sakit.

Rayyan yang melihat kejadian itu tersenyum. Memang clumsy betul !

*********

Rusman baru saja selesai mengajar. Pelajarnya sedang bersiap siap mengemas meja mereka begitu juga dengan dirinya. Satu satu pelajarnya keluar dari dewan kuliah. Hingga hanya tersisa dirinya yang masih di situ.

Rusman membawa beg bimbitnya yang penuh dengan buku buku rujukan untuknya mengajar subjek matematik. Selepas matikan lampu dewan kuliah tersebut,dia melangkah perlahan menuju ke pintu keluar.

" En. Rusman! Assalamualaikum ! "

Rusman terkejut bila secara tiba tiba Puan Dila muncul dari balik pintu di depannya ketika dia baru saja hendak melangkah keluar dari pintu.

" Setan ! " bila kata terkejut memang betul betul rusman terkejut hingga melatah dibuatnya. Menggigil kakinya. Lama tak terkejut sebegini rupa.

" what did you say en. Rusman? " puan Dila mengerutkan dahi. 

" hah? " En. Rusman pura pura tidak faham apa yang Puan Dila katakan.

" never mind. Jom kita minum minum. You lead. I ada something nak discuss dengan you " ceria nada Puan Dila.

" err...you memang tak suka call dulu ya? " rusman tak nak tanya tapi tanya juga sebab jika berterusan puan Dila terjah tiba tiba ni boleh buat sakit jantung tau.

" tak. I lebih suka face to face. Effective dapat jawapan segera. After you sir " Puan Dila berundur ke belakang untuk memberi laluan kepada lelaki itu.

Rusman membawa Puan Dila ke restoran mamak memandangkan wanita itu juga setuju.

" err..mee goreng mamak satu dan teh tarik panas satu ya. You? "

" roti tisu dan teh tarik panas. "

" Ada apa yang you nak bincang? "

" pasal anak anak kita. I nak diorang segera berikan kita cucu "

" hah? Awal lagi tu you. Biarlah mereka honey moon dulu "

" honeymoon ? That's it. Kalau harap rayyan mungkin memang tak kan ada honey moon...so, i yang akan atur kan hahaha.." monolog puan Dila di dalam hati. 

Berkerut seribu wajah en rusman melihat telatah Puan Dila. Seram pulak jadinya bila fikirkan wanita di depannya ini sering bercakap sendirian dan sekarang ketawa tak tentu pasal pula.

" you memang bijak rusman.idea you bijak i suka "

" hah? " kali ini rusman bukan berpura pura tidak faham. Ini memang tak faham. Bila dia bagi idea?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience