Berulang kali akifa menguap. Malam tadi tak tidur memikirkan bagaimana hendak khabarkan pada papa yang dia sudah berkahwin. Kahwin sebab tangkap basah pulak tu. Ermm…
" Lama pulak lif ni.." Entah berapa kali dia menguap dan mengeluh pagi ini. Terasa tidak bersemangat tapi hari ini dia perlu mengikuti rayyan ke tapak pembinaan.
Ting ! Pintu lif terbuka.
Rayyan sedang berdiri di dalam lif tersebut. Akifa mengeluh lagi. Aishh..awal pagi dah tengok muka dia.Orang pertama pulak tu ! Buang habis mood baik. Kenapa lah bukan zul ariffin ke? aeril zafran ke? remy ishak ke? kim jung hyun ke? jungkook ke? Jimin ke? Semangat sikit kan.
"Huargh Hmmm…" akifa menutup mulutnya. Hampir terlupa dia dalam lif ni ada rayyan juga.
Rayyan memerhati Akifa. Pagi pagi pun mengantuk. "Huh, sure jenis perempuan malas bangun pagi" gumam rayyan dalam hati.
Terbuka saja lif di tingkat lobi, Akifa mengikuti langkah rayyan dengan berat hati. Bantal lembut dan tilam empuk asyik berputar putar dalam fikirannya.
" Naila "
"eh, suara tu? Macam suara papa.." Mata Akifa terus menjadi segar. Fikirannya yang dari tadi memikirkan tilam dan bantal terus fokus kembali kepada realiti.
Akifa sedikit takut. Dia menundukkan kepalanya sedikit.
" Naila...kenapa tak salam dengan mama kamu? " Rusman menegur akifa apabila dilihatnya akifa membeku saja.
" Mama? papa dah kahwin? Kahwin sembunyi ke? " tanya Akifa tersenyum sambil bersalaman dengan lelaki itu.
" Assalamualaikum mama "
macam pernah nampak auntie ni tapi kat mana ye? Ermm..tak ingat la.
" Kamu tu yang kahwin sembunyi ! Kita pula yang dia tuduh. Ni kan mertua kamu" Rusman menjeling Akifa
" nak tunggu bila baru kamu nak bagitau papa hal ni ? Kahwin ni bukan isu kecil tau Naila "
Zap!
Seperti pedang tajam membelah jantung Akifa. Err..macam mana papa tahu? Akifa menjeling kepada rayyan. Sampai hati dia bagitau papa. Mesti kerja dia la tak mungkin orang lain!
Rayyan kelihatan tenang. Itu sangat menyakitkan hati Akifa. Kenapa dia je yang kena bash ni? Not fair !
Akifa menundukkan kepalanya. Entah mengapa dia sedih. Sedih kerana dia telah memalukan keluarganya. Belum pernah lagi dalam familynya ada yang kena tangkap basah. Pasti papa kecewa.
" Papa...ni semua salah naila. Naila nak hantar fail je kat lelaki ni. Lepas tu lepas tu naila tak sengaja tertanggal kan tuala lelaki ni. Tapi sumpah naila tak nampak apa - apa. Lepas tu tiba tiba je jabatan agama islam datang. Lepas tu lelaki ais ni pun satu..dia keluar dari bilik air pakai tuala je.Lepas tu tak sangka kena tangkap basah. Ni semua salah Naila. Naila minta maaf kat papa. Papa mesti malu…. " Akifa menerangkan kepada ayahnya dengan tangisan.
Tersedak rayyan dibuatnya mendengar kata kata Akifa. " ish, perempuan ni bodoh ke apa boleh cerita pasal tanggalkan tuala? Lelaki ais?! " maki rayyan di dalam hati.
Rusman memandang sekeliling. Nasib baik mereka saja yang ada di kafe tersebut. Kalau tak malulah orang dengar walaupun tak kuat pun suara Akifa.
" Dah ! Dah ! Papa tak marah pun "
" Ye betul tu kami tak marah. Kifa jangan menangis lagi. Nanti mama hukum rayyan. Rayyan lelaki..mesti kena bertanggungjawab " Puan Dila memandang tajam ke arah rayyan. Buat dono je lelaki ni bila bini menangis. !
Rayyan menghirup air kopi panas yang dia pesan tadi. Tenang wajah rayyan. Dia tersenyum sinis. " Tak sangka naila sepadan dengan mama..Drama queen! " lagi sekali rayyan bermonolog dalam hati.
Dia melihat jam tangannya. Waktu hampir pukul 10.30 pagi. Dia harus ada di site pukul 11.00 pagi.
" tapi...papa terpaksa halau kamu dari rumah. Kamu kena tinggal bersama suami kamu " tegas suara Rusman.
Puan Dila juga turut menganggukkan kepala tanda setuju.
Berhenti terus tangisan Akifa diganti dengan rasa terkejut dengan kata kata ayahnya. " tinggal dengan Mr. Ice ni? Euww...big no! " jerit Akifa dalam hati.
Rayyan malas melayan drama melayu yang bersiaran langsung di depan matanya ini. Huh macam lah dia tak tahu ini semua plan mama dan mertua ekspress dia. Sorry, i'm not gonna fall for it!
" ma dan pa, maafkan kami kena pergi dulu. "
Rayyan bingkas bangun dan bersalam dengan mereka. Akifa juga turut mengikuti Rayyan.
" Baiklah tercapai sudah objektif kita untuk hari ini " Puan Dila menghirup teh tarik
" Ya thank god "
" So now, let's go shopping ! "
" kita berdua? " rusman menggosok lembut tengkuknya.
" ya..takkan tak pernah dating dengan wife. I shop and you carry. " ceria suara Puan Dila.
Rusman menggaru kepalanya.Mana lah dia pernah beristeri. Dia ni kan Antertu! Anak teruna tua.
" err...anak you tiha tak ikut?"
" Tak, lagi membuta. Okay jom kita pergi. I dah bayangkan tema resepsi majlis anak kita nanti "
Ketika ini di bilik hotel,
" ma? "
" ma? "
" oo….ma!"
Tiada sahutan
" ermm...kena tinggal lagi. Ini maksudnya…...waktu untuk sambung tidur yeah!! " Tiha menghempaskan dirinya ke atas tilam. Anak bongsu puan Dila baru saja habis belajar diploma di salah satu universiti terkemuka tanah air.
Sementara itu buat hero dan heroine,
Cuaca pagi ini sangat baik. Tidak terlalu panas dan tidak juga mendung. Akifa menahan ngantuknya. Dia memerhatikan saja rayyan berbincang dengan klien dari Megah holding.
Gaya dan tingkah laku rayyan menjadi fokus Akifa. Nampak berwibawa dan good looking. Sikap rayyan yang kurang bercakap membuatnya seperti seorang yang dingin dan menambah aura macho pada diri lelaki itu. Ermm..macho….fikiran akifa melayang ke momen dia terlihat rayyan keluar dari bilik air. Gambaran jelas perut rayyan terbayang- bayang di fikirannya. Not bad juga rayyan ni cuma tu la kadang kadang je mulut longkang.Akifa tersenyum. Boleh tahan gedik aku ni!
" Dah, masuk kereta. Berkhayal je " Entah bila rayyan berada di sebelahnya pun Akifa tidak sedar. Tu la berangan je.
Akifa hanya duduk diam memandang pemandangan indah ibu kota negeri terengganu ini. Matanya dari tadi cuba dibuka luas. Bila terkena aircond macam ini ngantuknya tidak dapat dibendung lagi. Matanya terpejam dan akhirnya dia terlelap lena.
" Esok kita akan bertolak balik. Aku nak kau simpan dokumen elok elok. Jangan sampai ada yang tertinggal. Kau faham tak?"
Senyap tanpa jawapan.
Rayyan menoleh ke kanan dilihatnya wanita tersebut diam dan matanya terpejam. " Tidur rupanya "
Kereta membelok ke kiri dan tidak semena-mena Akifa rebah di peha rayyan.
Serba salah dia sama ada harus mengejutkannya atau membiarkan wanita tersebut. Akhirnya dia memilih untuk membiarkan wanita itu tidur.
Keesokannya mereka bertolak balik menaiki pesawat yang sama. Perjalanan mengambil masa lebih kurang dalam sejam lebih saja dari terengganu ke Klia.
Share this novel