" rayyan, kenapa rayyan setuju nak ke johor waktu waktu ni? Majlis you ada seminggu lebih saja lagi tau. Banyak yang kita nak prepare ! " marah Puan Dila bila rayyan khabarkan pada nya yang dia akan ke johor selama lima hari.
" bukan ke kita dah upah wedding planner ma? After all, just five days. I sempat balik untuk majlis tu "
" ikut you sajalah rayyan. Mama penat nak cakap. Ikut you saja. Akifa cuti start esok boleh? "
" boleh " rayyan setuju jadi dia tak perlu risau tentang joe mencuba ngorat akifa. Trip ke johor , joe takkan ikut kerana dia perlu memantau projek di banting dan juga projek terengganu.
Akifa hanya diam saja dari tadi. Dia bingkas bangun dari sofa dan melangkah naik ke atas menuju ke biliknya. Dia duduk di bucu katil. Diam memikirkan hal rayyan ke johor bersama maya. Entah mengapa dia resah dan risau.Mau tak risau nya dah la si Maya tu nampak macam desperate je asyik peluk sana peluk sini si rayyan tu. Dia ingat laki aku tu bantal peluk bergerak?
Pintu bilik dibuka dan ditutup semula oleh rayyan. Dia melihat isterinya itu hanya duduk diam tidak berkutik. Marah ke?
" sayang marah abang? "
" tak la " akifa beralih ke katil dan merebahkan diri. Perkataan sayang tu memang sweet buat hati cair tapi sekarang ni dia tetap pilih nak merajuk.
Rayyan juga baring di sebelah akifa. " pandang abang please. Dosa tau kalau tak dengar cakap suami"
Akifa memalingkan wajahnya menghadap rayyan.
" tell me. Are you mad at me?
" tak. Kifa cuma rasa resah je "
" resah sebab abang nak ke johor dengan Maya? "
Akifa mengangguk kepalanya perlahan.
Rayyan tersenyum. " maksudnya sayang jealous la ni ye? "
" no..i'm not ! "
" ye..jealous kan? Kalau sayang kat abang cuba abang nak dengar sayang panggil abang. Cepatlah "
" tak nak sebab saya tak jealous. Dah la saya nak tidur lagi bagus huh " akifa menutup mukanya dengan selimut.
Tergelak rayyan melihat telatah isterinya. Susah betul nak sebut perkataan 'abang' tu.
**************
Keesokan harinya joe seperti biasa mencari akifa tetapi meja akifa kosong.
" kau cari naila ke? " rayyan menegur joe. Dia membawa satu mug berisi air kopi yang baru saja dibancuh dari pantry.
" dia tak datang ke? "
" cuti dua minggu " rayyan masuk ke dalam biliknya dan duduk di kerusi menyambung semula kerjanya.
Joe turut masuk mengikuti rayyan.
" kenapa cuti dua minggu? "
" cuti kahwin katanya "
" hah? Kahwin dengan siapa ? "
Rayyan hanya diam saja. Dia khusyuk menghadap laptop. Mimik wajah joe mempamerkan kekecewaan yang dia rasakan ketika ini. Joe mengacak rambutnya kasar. Kenapa semua perempuan yang dia suka akhirnya tidak memilih dirinya? Dia melangkah keluar dengan langkah perlahan seakan sangat berat beban yang dibawanya. Beban di hati rasanya lebih berat dari 100 dumbbell 9kg.
Rayyan mengeluh dia tidak mahu sakitkan hati sahabatnya itu tapi dia tidak sanggup jika Naila dirampas oleh sesiapa. Isterinya itu memang menarik ramai lelaki untuk jatuh cinta. Apa seeloknya dia suruh naila pakai purdah ya?
**********
Teringat tentang malam semalam bila rayyan kata nak ke Johor. Runsing Puan Dila memikirkannya. Selalunya bila nak bersanding ni masing masing patut excited. Ni dia tengok si rayyan ni selamba je. Siap nak ke Johor 5 hari. Ermm...
"apa yang auntie menungkan tu? " sheila menegur Puan Dila yang kelihatan tidak bergerak memandang meja kerja.
" auntie tengah berfikir ni sheila. Auntie tengok rayyan dan akifa tu lain macam. Kekok pun ya. Kurang bercakap pun ya "
" biasalah pengantin baru mestilah kekok auntie "
" No no...i think diorang berpura pura depan I."
" auntie, stop worrying something yang tak pasti lagi. Just give them space and privasi"
Privasi and space ya? Ermm..Puan Dila diam sebentar. Otaknya ligat mencari penyelesaian.
" oh really ? Okay kalau begitu auntie akan bagi space dan privasi pada mereka berdua hehehe.."
Sheila menggeleng kepalanya. " Datang dah sewel auntie "
Puan Dila membuka telefon bimbit dan mula fokus dengan apa yang ada di skrin telefon miliknya.
" okay siap! " Puan Dila tersenyum.
" apa yang auntie plan? " Sheila pun nak tahu juga plan apa yang sudah dirancang puan Dila ni. Kalau merepek dia boleh cegah sebelum melarat. Kan mencegah lebih baik dari merawat. Kalau dah terlajak kan susah nanti.
" nothing. I cuma berikan space and privasi yang mereka perlukan "
Sheila memandang Puan Dila. Huh ni mesti ada lagi idea orang tua ni. Tak sudah sudah. Risau juga kalau idea love booster tu dibuat betul betul. Naya kat orang wei!
***********
5 hari kemudian,
" rayyan, you dengan your secretary ada apa apa ke? " tanya Maya.
" kenapa? " tiba tiba saja wanita di depannya ini bertanya tentang akifa naila.
" i heard that she's ex girlfriend zafril tau." Maya mengibas rambutnya yang berjurai di dadanya ke belakang.
" really? " sejujurnya berita itu mengejutkan rayyan. Hampir saja dia menumbuk seat penumpang hadapan.
" Ya. Zafril kata Akifa curang padanya sebab tu break. Who knows wajah yang nampak polos sebenarnya evil "
Rayyan mengetap giginya menahan marah. Tak pernah pun akifa cerita padanya.
" kalau you tak percaya why don't you ask him " saran Maya.
" unlike me. I setia orangnya " maya puji diri sendiri.
Automatik Rayyan faham. Ini semua plot maya la ni rupanya. Macam mana rayyan tahu? Part last itu klise. Ayat untuk menjatuhkan orang lain demi buat diri nampak baik. Rayyan tersenyum. Kemarahan tadi menghilang sebaik sahaja dia menyedari taktik Maya.
Perjalanan pulang terasa lama walaupun menaiki kapal terbang. Wajah manis akifa dan senyuman menawan akifa dihiasi lesung pipit terbayang bayang. Susah juga ya jatuh cinta ni tapi cinta dia tak susah mana la sebab dah kahwin kan. Rindu?apa susah peluk cium je la.Halal kan.
Entah apa la yang dibebel wanita di sebelahnya ini. Malas betul nak dengar!
" Rayyan, you dengar tak?"
" sorry maya. I ngantuk " mata rayyan dipejam. Dia tidaklah mengantuk sangat tapi pejam mata dan berpura pura tidur adalah lebih baik dari layan minah renggek sebelah dia ni.
********
Bayangan maya memeluk lengan rayyan setiap hari tanpa gagal sentiasa hadir di fikirannya sepanjang 5 hari ketiadaan rayyan.
Tidurnya pun tak lena tanpa rayyan. Agaknya dah terbiasalah tu dengan ketiak rayyan. Setiap malam menyelit je kepala tu kat lengan rayyan kan? Kaki pun dah terbiasa jadikan rayyan bantal guling.Ni bila tak ada rayyan mula lah macam mak ayam hilang telur.
Makanan di pinggan hanya di kuis sahaja tanpa disuap ke dalam mulut. Hilang selera makan.
" are you okay kifa? Mama tengok termenung sana termenung sini macam orang hilang anak je mama tengok. "
" rayyan…"
" hah dah kenapa dengan rayyan? " tanya puan Dila. Menantu dia ni tengah mabuk rindu ni confirm! Ada hasil juga idea gila dia.
" kifa! "
" hah? Kenapa mama?" tersentak akifa terus sedar dari lamunan. Uish, malu betul mengelamun. Jauh pula megelamunnya sampai ke johor.
" tadi kamu sebut rayyan. Jadi mama tanya lah kenapa dengan rayyan? Hah kenapa dengan rayyan tu? "
" err...bila kifa sebut nama rayyan. Ma salah dengar tadi ni " cepat cepat akifa menyuap makanan ke mulutnya.
" hihihi..ermm" suara ketawa tiha menarik perhatian Puan Dila. Tiha khusyuk melihat telefon bimbitnya.
" hah ni lagi sorang. Sejak dua menjak ni tersenyum,ketawa la bagai depan handphone. Kamu dah ada boyfriend ke tiha? " telus soalan puan Dila.
" ada la...not gonna share with you "
" ish, siapa saja yang nak share boyfriend kamu tu. Handsome macam tom cruise takpe juga " bebel Puan Dila. Satu sudu nasi disuap ke dalam mulut. Melayan kerenah anak anak ni memang buat sakit kepala betul. Kang aku kahwin kan si tiha ni baru tahu. Anak teruna Ustaz Hanapi single lagi. Baru je balik dari Mesir. Handsome dan berbudi bahasa budaknya.
Selesai makan tengah hari, akifa duduk di pangkin. Air Jernih kolam kelihatan biru dengan mozek berwarna biru muda didasarnya. Deruan air terjun buatan berdekatan pangkin makin membawa akifa mengingati rayyan.
" you rindu i ke? "
Ermm...sah dia dah angau. Sebentar tadi macam kedengaran suara rayyan. Oh rayyan...kenapa tak balik balik lagi ni? Entah entah seronok dia berkepit dengan maya. Lelaki ni bukan boleh dipercayai sangat. Pantang nampak dahi licin.
" sayang "
Kalau sekali mungkinlah imaginasi kot. Kalau dua kali dengar...maksudnya? Akifa menoleh ke kiri dan kanan. Tiada siapa. Adakah ini maksudnya? Seram..
Akifa bangun dan mula berjalan menuju ke pintu. Menyesal dia duduk berangan sorang sorang dekat pangkin tadi. Kan dah kena keteguran.
" sayang! "
Allah...akifa terkejut. Kaki kirinya tersadung kaki kanan hingga terduduk jatuh di lantai. Hah tu lah pakai lagi kain labuh labuh. Ala princess katanya kan.
Hahaha...
Akifa mendongak melihat suara orang yang gelakkan dirinya tadi. La...rupanya rayyan. Kurang asam jawa betul! Tak pasal pasal punggungnya cium lantai. Kalau tak sakit takpe. Ni sakit dibuatnya.
" abang minta maaf. tak ada niat nak ter..kejutkan sayang." rayyan menolong akifa bangun.Masam mencuka muka akifa. Ah..dia nak merajuk juga!
Akifa melepaskan pegangan tangan rayyan dan melangkah menjauhi dirinya. Akifa naik ke tingkat atas. Tak ada niat katanya? yang tiba tiba muncul dari balik pintu tu dah kenapa? huh,sebal tau hati ni !
" bro, you have to learn how to be a romantic husband hahaha.." rafael bersuara.
Dia baru saja sampai ke rumah. Sempat juga dia menyaksikan moment moment rayyan sergah akifa. Pufft...tersembur air liur dia masa tu. Mana ada sergah orang di sebalik pintu adalah kejutan yang baik kan?apatah lagi romantik. Jauh panggang dari api.
Sepanjang makan malam,Akifa berdiam diri saja. Masih merajuk dengan rayyan plus sakit di punggungnya pun masih terasa. Bayangkan badan tak berapa ada isi sangat macam dia ni jatuh terduduk..diulang jatuh terduduk atas lantai keras nauzubillah macam tu. Lepas tu langsung tak ada pujuk.Huh, sia sia rindu dekat rayyan sepanjang 5 hari. Hurm..rindu..sebenarnya rindu sangat. Akifa tersenyum sendirian.
" kamu kenapa senyum senyum sendiri kifa? " tegur Puan Dila.
" eh, tak ada apa ma. Teringat papa je " Tak sangka mata puan Dila ni macam mata helang. Tajam semua boleh nampak.
Kalau perempuan tadi marah lepas tu diam lepas tu teringat Ayah dia..maksudnya apa? Rayyan tertanya tanya sendiri. Mungkinkah kesalahan dia lakukan tadi terlampau berat hingga buat isterinya teringat papa? Difikir- fikirkan memang tak patut dia buat akifa terkejut. Sepatutnya dia buat kejutan yang romantis sikit macam bagi bunga ke kan.Tapi dia bukan sengaja kejutkan akifa lagi pula dia dah minta maafkan?
Selesai makan malam, akifa berbual bertiga dengan tiha dan puan Dila. Gosip orang perempuan begitulah. Kalau tak pasal fashion pasal ghibah. Agaknya lah.
Rafael sedang menghisap rokok di laman luar. Dia duduk di tepi kolam renang. Kakinya di juntai masuk kedalam kolam mengocak perlahan air kolam tersebut.
" kau buat apa? " rayyan menegur rafael. Dia turut melabuhkan punggungya dan duduk di sebelah rafael. Kakinya ikut berjuntaian seperti rafael.
" aku tengah masak bro " sarkastik jawapan rafael. Soalan pun soalan teka teki untuk orang buta. Nampak dah dia duduk hisap rokok lagi tanya buat apa.
" aku nak minta kau tolong "
" tolong kau? " rafael memandang rayyan lalu ketawa. Rokoknya dihisap kemudian asapnya dilepaskan ke udara. Pelik juga dirinya tiba tiba rayyan minta tolong.
" Can you be my best man? "
Hahahaha…..
Rafael ketawa. Entah apa yang kelakar pun tak tahulah. Rayyan masih setia menunggu jawapan rafael. Walaupun rafael gelak sakan,rayyan tetap dengan muka seriusnya. Ya dia memang serius. Teringat dia pesan Puan Dila sebelum dia berangkat ke Johor.
" you better find your best man now. I don't care who he is as long as you ada pengapit. At least itu saja kerja yang you boleh buat. I tak nampak keterujaan you or your effort la. Kesian Akifa. "
" Me? Serius la "
" serius bro " betul la tu dia serius. Dia bukan ramai sangat kawan rapat. Kawan bussiness tu ramai la tapi takkan lah nak suruh mereka jadi pengapit. Joe? Ermm..lelaki tu patah hati kot. Macam tambah garam kat luka kan kalau minta dia jadi pengapit.
Ketika itu di kediaman Tan Sri Musa,
" Macam mana Ayang nak cakap dengan Maya tentang rayyan? "
" nak cakap tentang apa? " tanya Tan Sri Musa tanpa memandang isterinya. Jarinya sibuk meleret ke atas skrin telefon miliknya. Spek mata berbingkai emas terletak kemas di batang hidungnya.
" ye la..abang tahu kan Maya sukakan Rayyan. Saya ingat nak satukan mereka tapi tak sangka rayyan dah kahwin pula. Sabtu ini majlis resepsi mereka."
Tiada balasan kata kata dari Tan Sri Musa. Lelaki itu khusyuk melihat skrin telefon sambil duduk bersandar di kepala katil.
" abang dengar tak ni? " Puan Sri Haidah meletakkan losyen di tapak tangan kemudian mengolesnya ke serata tapak tangan hingga ke siku.
" Dengar. Bagitau sajalah biar anak dara kita tu tak simpan harapan tinggi. Banyak lagi lelaki dalam dunia ni. Kalau dia suka melayu. Anak Tan Sri Razlan ada. Kalau suka chinesse, anak Tan Sri vincent ada, kalau suka ala ala hero hindustan, anak Dato' Sri Nathan pun ada."
" ish susah lah cakap dengan abang ni. Tak membantu langsung. Sakit hati"
" La..kita pulak yang dimarahkan. Tidur lagi bagus " Tan Sri Musa membuka spek matanya dan diletak atas meja sisi begitu juga telefon bimbit.
[ pause ] agak agaknya macam manalah reaksi Maya tu. Mesti kecewa. Ish Akifa ni main tarik tali pula dengan rayyan. Kalau suka cakap je la suka kang melepas nanti macam mana.Siapa susah? Penulis skrip juga susah. Ok ok jom sambung cerita..
Sehari sebelum majlis resepsi,
" okay semua hurry up settle kan kerusi. Malam ini kita ada majlis berinai" arah Datin Shiela.
" you dah buat ke macam yang I minta tu?" tanya Puan Dila.
" Dah dear. Semua dah kawtim macam yang you minta."
Puan Dila tersenyum. Dia senang hati plan space dan privasi untuk rayyan dan Akifa berjalan seperti yang dirancang. Surprise gift untuk rayyan dan akifa.
Ketika itu,
" Kenapa kau tak cintakan aku?! Kau jahat ! Aku sayang kan kau. Aku balik cepat cepat dari Uk untuk jumpa kau.Aku pilih kau untuk projek daddy tapi….ini balasan kau?? Jantan tak guna! Arghhh.." Maya campak barang barangnya yang ada di atas meja solek. Botol kaca minyak wangi dan juga SK ii jatuh ke lantai.
Tak puas dengan itu. Baju baju di dalam almari direntap kasar oleh Maya. Habis kesemuanya di campak ke lantai. Walaupun almari tersebut sudah kosong dibuatnya kemarahan di hati belum juga reda. Cadar dan bantal di katil pula jadi mangsa.
" maya ! Kenapa ni sayang? " Puan Sri Haidah meluru masuk ke dalam bilik maya. Dia memeluk maya dari belakang.
" mami ! Rayyan dah kahwin mami! " terhambur juga air mata maya. Terinjut injut bahunya di dakapan Puan Sri Haidah.
" shh...its okay sayang..its okay! " puan Sri Haidah mengelus belakang kepala anaknya.
" No mami. It's not okay. I love him. I really do mami ! "
" Yeah I know sayang tapi dia dah kahwin. Kita tak boleh buat apa sayang "
" No mami !" Maya melepaskan pelukan dirinya
" I' m gonna make him love me and regret hurting my feelings mami." Maya mengesat air matanya. Tangisnya sudah berhenti hanya sedunya saja yang ada.
Puan Sri Haidar mati kata kata mendengar tekad anak gadisnya itu. Dia menyalahkan dirinya kerana sebelum ini menyokong andai Maya mengambil inisiatif mendekati Rayyan. Dan kini kerana dirinya hati maya terluka.
maaf lambat update dan reply ya sebab buzy sikit buat preparation majlis resepsi adik. Minggu depan lagi super bz sb hmpir mdekati date majlis. thank you semua sudi baca..tq tq tq=)
Share this novel