Bab 13

Romance Series 25048

' Done '

Sheila menghantar mesej tersebut pada puan Dila.

" Ok, thanks darling. I need to go now. Here is your gift " sheila menyerahkan not RM100.

Huh? 100 je? Terus hilang semangat dibuatnya.

" ala..kak..takkan 100 je upah" tiha mengeluh. Dah buat kerja susah susah macam ni lepas tu dapat upah seciput je. Tentulah tak puas hati.

" Upah minta auntie. Ok tata~ " sheila berlalu keluar dari bilik tersebut. Misi selesai.Ya...even dia tak berapa berkenan dengan Akifa tapi harus diakui juga rayyan ada hati dengan akifa. Hanya saja lelaki itu ego untuk mengakui. Akifa pun cantik sepadanlah. " urmm whatever..i'm still the most beautiful okay " 

*********

"Yang ni cantik..yang itu pun cantik

Urmm..nak pilih mana ye?" akifa memegang dua warna baju ditangannya. Buntu dia memilih antara dua. Warna soft blue atau warna cream ya? Ermm

" Ambil saja dua dua. Pandai kamu pilih design latest tau "

" hajar, semua design latest you pack okay.Saiz M right kifa?" arah puan Dila kepada pembantu kedai. Kifa hanya menganggukkan kepala mengiyakan apa yang puan Dila katakan mengenai saiz bajunya.

" Warna apa puan? " hajar memandang Akifa. Alahai bertuahnya perempuan ni jadi menantu Puan Dila. Nampak gayanya Puan Dila ni mertua yang baik.

" semua warna " Puan dila yang menyahut pertanyaan hajar. 

" Kifa, ma nak ajak kifa teman ma pergi birthday party kawan mama. Nak pergi tak?" 

" Err...bila tu ma? "

" Malam ahad ni "

Akifa diam, dia belum ada jawapan lagi. Dia perlu minta kebenaran pada rayyan dulu.

" Jangan risau rayyan. Ma akan bagitau dia.Tapi kalau akifa tak nak teman mama...ermm….mama pergi sorang sorang la jawabnya. Rina sedang berpantang. Dah balik rumah mummy dia pulak tu. Tiha? Ermm...dia tu mana rajin nak teman mama.Takpe la kalau kifa pun tak nak. Mama boleh pergi sendiri. Don't worry okay " sedih nada suara puan Akifa.

" okay ma. Kifa teman ma "

Hihihi...berjaya juga pujuk kifa temankan ke majlis Puan sri Haidah. Puan Dila tersenyum membayangkan next plan dia juga pasti akan berjaya.

" Puan, semuanya dah siap pack. Saya suruh staff bawakan ke kereta ya "

" terima kasih "

Selepas beberapa ketika menghabiskan masa di butik Dayla, mereka menuju ke butik pengantin Datin sheila pula.

Hari ini adalah hari temujanji bersama Datin sheila untuk buat fitting baju pernikahan dan persandingan. Biasanya dalam waktu yang singkat  hanya sewa pakaian apa yang ada saja tapi memandangkan Puan Dila adalah rakan baik Datin sheila maka Datin sheila setuju untuk design dan jahit baju baru khas untuk akifa.

" Ya Allah cantiknya kifa. Wow..i tak sangka you cepat buat baju ni "

Kembang hidung akifa dipuji cantik oleh Puan Dila. Sememangnya baju ni cantik. Dia memusingkan badannya melihat pantulan dirinya di cermin. Bahagian belakang cun, tepi cun, bahagian depan lagi cun tidak terlalu ketat dan tidak pula terlalu longgar.

" tengoklah jari jemari i kan. Everything i dah settle kan tau. Semua dah lengkap tinggal tunggu majlis saja."

" kad jemputan I dah siap? "

" Dah. Siti, tolong ambil box kad jemputan untuk Puan Dila di bilik i "

Datin sheila arah pembantu kedainya membawakan kad jemputan yang sudah siap.

" nah puan " siti meletakkan satu kotak berwarna putih. Didalamnya berisi kad jemputan yang direka eksklusif.

Puan Dila dan Akifa mengambil satu dari kad tersebut. Kad itu keras. Muka depan kad tersebut dihiasi kerawang dan bunga timbul.

"cantik tak? Kad sepadan dengan tema majlis. Tema majlis i buat klasik english garden. Ada kerawang klasik like you suka dan garden with a lot of flowers macam akifa mahukan."

" Wow, Cantik. I suka. Kifa suka tak? "

" suka.memang cantik. Baju cantik dan kad pun cantik " sudah terbayang bayang di mata akifa bagaimana rupa majlisnya nanti. Well walaupun nikah cowboy but at least majlis persandingan seperti yang diimpikan.

' rayyan, boleh ambil kifa di butik Datin sheila? Kalau tak boleh mama suruh rafael '

Puan Dila hantar mesej tersebut kepada rayyan. Saja dia hendak bagi peluang mereka berdua menikmati suasana malam bersama.

Tit tit tit !

Mesej balasan dari rayyan sampai jua akhirnya. Tak perlu tunggu lama seminit je terus dapat jawapan. Taktik guna nama rafael memang berkesan !

" okay ma "

Puan Dila tersenyum. Gembira bila segala plan nya berjalan lancar.

Mereka bertiga berbual sementara menunggu rayyan datang ambil akifa. 

Sejam menunggu akhirnya sampai jua rayyan menjemput akifa. Terkejut Akifa dibuatnya apabila rayyan muncul dihadapannya.

" mama yang panggil suruh jemput kamu balik. Mama ada hal tak dapat nak hantar kamu "

Akifa hanya diam saja. Ye lah apa yang nak dikata lagi kan? Redha sajalah. Lagipula dari tadi rasa lain je bila setengah hari tak nampak rayyan.Selalu seharian bersama. Bila rayyan muncul,hilang terus rasa kosong tadi.

" rayyan sebelum balik bawa isteri kamu makan malam dulu. Mama balik lambat. Tiha keluar dengan kawan kawan dia. Rafael aishh..macam biasalah dia. Biar Mak Jah rehat sikit "

" okay. Jom "

Akifa bersalaman dengan puan Dila dan Datin sheila kemudian segera mengikuti langkah rayyan.

" you nak kemana? " tanya Datin sheila. Ye lah hari hampir senja takkanlah sahabatnya ini ada urusan pejabat lagi.

" tak kemana. I saja bagi mereka peluang berdua duaan "

Suasana dalam kereta sunyi hanya ditemani suara lagu yang kedengaran dari radio.

"nak makan kat mana?" bersuara juga rayyan akhirnya

" pernah makan gerai tak? Saya tunjukkan jalan" tanya akifa. Soalan dibalas soalan.

Rayyan hanya menganggukkan kepala. Sejujurnya dia tak kisah sangat makan di mana pun.

Akhirnya mereka di sini duduk di kerusi plastik dan meja plastik. Sederhana tapi pemandangannya yang sukar ditandingi. Pemandangan indah Kuala Lumpur

" cantik tak pemandangan? Saya selalu ke sini masa study dulu tau "

" datang dengan kekasih? "  

"dengan kawan kawanlah! " Ish otak lelaki ini perlu dicuci tau takkan lah asal tempat best je mesti pergi dengan kekasih kan.

" biasakan macam tu " rayyan tersenyum

" kenapa? Awak dulu selalu habiskan masa dengan kekasih ye?

Rayyan terdiam. Hilang senyuman di wajahnya. Dia teringat kenangan lama dengan seseorang namun segera dia tukar topik perbualan.

" aku teringat kau kata parents kau dah meninggal? "

" haah masa saya 5 tahun. Meninggal sebab eksiden. Sejak tu papa rusman la yang jaga saya."

" I'm sorry to hear that. " 

" Takpe. Saya okay lagipun dah lama kan" akifa sambung makan mee laksa yang terhidang di depannya.

" Awak pernah bercinta ? Ye la manalah tau..kita kan kahwin cara.."

" tak pernah.." belum sempat akifa habis bicara rayyan sudah pun memberikan jawapannya.

Kening akifa berkerut mendengar jawapan rayyan. Biar betul tak ada?

" memang tak ada. Hanya kawan. Dia pilih orang lain " pendek saja penerangan rayyan. Dia tidak mahu mengingati kisah itu. Melihat reaksi rayyan, akifa tidak berani untuk bertanya lebih lanjut tentang hal itu.

Malam itu pertama kalinya mereka berbual mesra tanpa kekok. Saling bertukar cerita mengenai diri mereka.

Ketika mereka sampai di rumah waktu sudah hampir larut malam. Ruang tamu pun sudah gelap. Agaknya puan Dila sudah tidur.

Akifa terus menuju ke dalam bilik manakala rayyan duduk di ruang tamu. Seperti biasa memberi ruang kepada akifa untuk bersiap.

" Oh my, I'm dead. Mana semua baju tidur aku kenapa pula berganti baju tak cukup kain ni hah..jarang pula tu. Okay sabar sabar...think akifa think ! " Akifa memegang sehelai baju tidur berwarna maroon. Dia meletakkan semula dan keluarkan pula sehelai gaun tidur yang kainnya sangat jarang hingga pandangannya menembusi baju tersebut.

" kau buat apa?tak mandi lagi? "

Alamak! Akifa cepat cepat masukkan semula baju tersebut. Tangannya menggapai baju secara rawak. Nasiblah entah baju apa yang diambil.

" kau dah kenapa berbaju kebaya tidur? Buang tebiat? " rayyan menegur penampilan akifa setelah dilihatnya wanita itu memakai baju kebaya keluar dari bilik air. Dah kenapa dia ni?

Akifa hanya berdiam diri saja. Dia duduk di katil bersiap sedia untuk tidur. Wajahnya masam mencuka. "kurang asam ! Siapalah yang tukar baju baju aku ni hah? Mak Jah ke? Aish tak mungkin mak Jah. Takkan lah mak Jah pandai beli baju macam tu. Mama tak mungkin sebab seharian dengan dia tadi. Tiha ke? Aish lagi la! kejadahnya diorang nak tukar baju tidur aku dengan baju ermm.. seksi macam tu. Entah entah…." monolog akifa dalam hati.

Akifa memandang tajam rayyan. Matanya mengecil kerana fokus pada rayyan. Rasa macam dia sorang je suspek kes ni. Dia je yang pernah tegur cara akifa berpakaian.Matanya membontoti langkah rayyan yang menuju ke bilik air.

Ketika Rayyan keluar dari bilik air pun akifa masih memandangnya. Spekulasi telahan dia mengenai rayyan berputar ligat di kepala. Rasanya memang tepat kemungkinan 90% rayyan adalah suspek utama! Semestinya lah tak ada orang lain lagi.

" kenapa pandang pandang? Tergoda?" 

Akifa mencebik bibirnya. Huh,Siapa je yang tergoda!

Rayyan berjalan mendekati akifa. Tubuh badannya yang terdedah tanpa pakaian menampakkan potongan badan yang menarik, dada bidang, perut rata dan tangan berotot. Telan air liur akifa melihatnya.

Rayyan melepaskan tuala yang dipakainya. 

"aaa..gila ke? " akifa cepat cepat menutup matanya. Dasar pervert !!!

Suara rayyan berdekah ketawa kedengaran jelas memenuhi bilik mereka.

Akifa membuka matanya. Siut betul lelaki ini kenakan dia. Rupanya rayyan tidak bertelanjang. Dia memakai seluar pendek paras lutut.

" jahat!! "

Rayyan kembali ke tempat tidurnya. Dia baring dan berselimut hingga paras pinggang.

" tak pakai baju ke? " takut pula akifa melihat lelaki disebelahnya ini bertelanjang dada. Gerun wei! 

" panas. Cukup lah kau sorang pakai baju bertutup litup masa tidur." selamba je rayyan memerli akifa.

Akifa meletakkan bantal peluk di sebelah rayyan sebagai pemisah sempadan antara mereka. Geli kalau tersentuh kulit badan rayyan.

Rayyan hanya tersenyum sinis. Alah, sempadan tu sekejap je. Nanti lengan dia juga yang jadi bantal kepala akifa. Badan dia juga yang akan jadi bantal peluknya.

[pause] hihihi..pandai betul puan Dila ni kan.Errmm...kenapa rayyan diam ye bila akifa sentuh tentang kekasih? Aa..jom get back to story. Lambat laun mesti terungkai kan? Ok ready 1,2,3 action!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience