Bab 3

Romance Series 25048

"cepatlah tiha! Angkat tinggi tinggi board tu nanti dia tak nampak!" 

"Really ma? Kan senang ma call je bagi tahu kita kat sini" pelik lah dengan mama tu. Kalau tak sebab I phone 13 tak mahu aku ikut serta dalam kegilaan ini. Tak pasal pasal kena pegang board nama ni. Aishh…

"Puan Dila?" seorang lelaki berumur dalam 40an bertanya kepada Tiha.

Belum sempat tiha menjawab pertanyaan lelaki itu. Puan Dila terlebih dahulu bersuara

"Hi,Encik Rusman?" Puan dila mendekati lelaki tersebut. Sempat dia melirik penampilan lelaki tersebut. Nampak muda pulak bila pakai seluar jeans dan baju kemeja.

Rusman menghulurkan tangan untuk bersalaman.

"Tak pe..musim musim penyakit ni tak payah salam" Puan Dila menolak untuk bersalaman. Rusman okay saja tidak terasa hati sememangnya benar apa yang dikatakan oleh wanita di depannya ini.

"I dah booked hotel and everything. Mereka di sini selama 3 hari so hopefully by then Akifa naila jadi menantu I" puan Dila seronok memikirkan bahawa plan dia kali ini pasti akan menjadi.

"Are you sure?" Rusman agak khawatir andai plan wanita ini tidak berjaya. 

"very sure" Puan Dila tersenyum. Tiha yang duduk di sebelah mamanya menggeleng kepala. "Moga moga abang Rayyan tak mengamuk"

"Ok baik Tuan Zainal. Semua rekabentuk ni dah kita persetujui. Saya akan buat pengubahsuaian pada layout ikut apa yang dah dipersetujui. So,esok kita lawat tapak binaan?" Rayyan kelihatan tenang dan bersahaja ketika membentangkan kertas kerja projek tersebut. 

"ya betul. So jumpa esok" Tuan Zainal bingkas bangun dari kerusinya. Huluran salamnya disambut oleh Rayyan.

Rayyan menyusun semua kertas kerja dan file yang ada. " you simpan dalam beg bimbit I elok elok" arah rayyan kepada Akifa.

Akifa menganggukkan kepala. Rayyan bingkas bangun dan menuju ke luar.

Akifa takut ditinggal jadi dia cepat cepat memasukkan dokumen dokumen tersebut ke dalam beg bimbit. Bukan boleh percaya lelaki tu. Naya lah kalau kena tinggal!

Setibanya didalam bilik hotel, akifa merebahkan tubuh. Tadi dia hanya sempat sarapan saja. Tengah hari belum makan lagi. 

"Keluar ke cafe sekarang? atau mandi lepas tu keluar ke cafe?  atau mandi then order je room services?"

Ermm...susah juga jadi libra ni kan. Semua penimbang,itu timbang ini timbang semua perkaralah mencari "pertimbangan" alih alih tiada keputusan yang dibuat. Tersenyum akifa dengan fikirannya yang asyik melalut je.

"ok la..room services. Tak ada apa yang lebih penting dari makan sambil tengok drama korea dalam handphone" 

akifa mendail nombor room service di telefon yang terdapat dalam biliknya.Dia memesan hidangan makanan berat agar malam nanti tak perlu dia makan. Diet IF katanya.

Sementara menunggu makanan sampai dia membersihkan badan.

"Tiha, mama nak kamu tengok kan perkembangan plan kita. Mama dah deal dengan ustaz hanafi." Puan Dila memberikan RM50 kepada tiha.

Berkerut dahi Tiha bila diberi Rm50 tu.

"untuk apa ma?"

"aish..untuk kamu beli makanan or minuman la tiha oi. Stalk orang pasti buat perut lapar"

"really ma? RM50 je?" Tiha masih mengerutkan dahinya. Biar betul mama ni? ingat gurau je suruh dia mengendap abang Rayyan. Ermm..kenapalah dia boleh terjebak ni. 

"Iphone 13 max...…" Puan Dila mengingatkan anak gadisnya.Tiha ambil duit not RM50 tersebut dan duduk di sofa yang ada di lobi.

Rusman hanya tersengih saja dari tadi. Tidak tahu bagaimana mahu menyampuk bualan mereka berdua.Dia memandang Puan Dila. Wanita ini berpenampilan anggun, berfikiran cerdas dan tegas serta suka memaksa. "Harap rayyan bukan jenis memaksa"

Dia teringat kali pertama wanita ini menerjah ke universiti tempatnya mengajar semata mata untuk melamar Akifa Naila.

"I berkenan dengan Akifa Naila. I nak dia jadi menantu I. You takkan dapat menantu seperfect anak teruna I. Hensem,berjaya,kaya dan baik. Part baik tu i tak menambah.Dia memang lelaki baik"

Puan dila memberi isyarat tangan. Pembantu peribadinya dengan segera menyerahkan fail kepada Rusman.

"Take a look at my son's picture. Nama dia Rayyan Razaleigh bin Muhammad Edward. Yes, arwah ayah dia from US."

Rusman memandang gambar tersebut. Tampan. Kemudian dia menyelak helaian seterusnya.

"That was my son's income per month. Dia mampu menyara dan membahagiakan Akifa Naila"

Rusman mengerutkan keningnya. Biar betul wanita di depannya. Tak pernah lagi orang melamar bawa proposal macam ni. Biasa bawa cincin,ada dulang hantaran lepas tu ada pantun sikit sikit kan?

"erhm.." Rusman berdehem. Kurang selesa dia menghadapi situasi tersebut.

"I harap you pertimbangkan anak I. As a mother, I nak dia bahagia. Umur I dah tua. Entah esok lusa I pergi. Hati I akan rasa tenang andai rayyan berkahwin. Rayyan ni sudah berumur 32 tahun tapi satu perempuan pun dia tak berkenan. I really berkenan dengan Akifa. I percaya Rayyan pasti akan terpikat dengan pesona Akifa. Well, she's a good girl, pretty and I believe she's a perfect match untuk anak I. Mencari pasangan yang baik zaman ini sangat mencabar dan susah." wajah puan Dila kelihatan sayu dan suaranya juga lembut penuh aura keibuan.

Rusman diam sebentar memikirkan hal tersebut. "Well, tak salah rasanya. Nak harap budak tu..aishh, citarasa teruk betul. Ada ke muka macam zafril tu yang dia kejar. Lelaki buaya darat! kaki kikis duit! " gumam Rusman dalam hati.

"okay..baik! I setuju"

Haaa! part inilah yang tiba tiba datang team pembasmi maksiat tu. Akhirnya,kahwin juga si rayyan dan si Akifa. Walaupun muka monyok Akifa tu buat muram satu terengganu tapi berita pernikahan mereka jadi keseronokan di hati puan dila. Ok jom kita sambung.Setelah itu….

Selesai sudah akad nikah rayyan dan Akifa.Akifa nangis teresak esak. Bukan air mata gembira tapi air mata berduka. Dulu masa sekolah dia berangan nak majlis kahwin ala ala garden.Ni...alahai !

"ustaz doakan kamu berdua berbahagia dunia akhirat. Tercapai lah hasrat puan dil..eh.." Ustaz hanafi tersasul dalam bertutur. 

"ustaz beransur dulu. Assalamualaikum"

Sebenarnya ustaz Hanafi tak nak bekerjasama dengan puan Dila. Cadangan puan Dila tu terlalu gila dan melanggar etika sebagai pegawai penguatkuasa. Tapi team nya dapat panggilan telefon mengadu tentang maksiat terpaksa lah dia memeriksanya. 

Dan tak disangka pula mereka berdua ni dalam keadaan yang..mm..begitu. Dia tak mahu bersubahat jika dibiarkan jadi akhirnya dia bersetuju untuk menikahkan rayyan dan Akifa. Lebih gila..borang mereka sudah pun siap diisi dan lengkap. Begitu juga permohonan online. Cekap Puan Dila buat kerja.

Rayyan sudah dapat menangkap apa yang berlaku sebenarnya. Dia tersenyum. "Tunggulah!"

Mereka berdua kembali semula ke hotel tempat menginap. Malu tak malu belakang cerita. Sejujurnya mau tak malu kena tangkap basah siang hari? Tentulah malu

Di dalam lif, akifa buntu nak tanya atau tidak lelaki di sebelahnya ni. Err..tanya je la.

"kita kena sebilik ke?" merah muka akifa menahan rasa malu.

Rayyan mendekati akifa. Kaki Akifa melangkah ke belakang sedikit. Makin akifa berundur makin Rayyan mendekati Akifa. Akhirnya Akifa terhimpit antara dinding lif dan Rayyan. Makin merona wajah akifa.

"kenapa lari? Kata nak sebilik kan?" 

"Eh tak..tak.." Akifa terus lolos ke sebelah tepi kanan sudut lif tersebut.

Ting!

Cepat cepat Akifa keluar dari lif tersebut. Rayyan juga keluar menuju ke biliknya. Dia melihat isteri yang baru sejam dia nikahi itu tercari cari nombor bilik. Dia menggelengkan kepalanya.

"Bilik kau kat bawah! Berkhayal je " kuat suara Rayyan. Ye la takkan nak berbisik rapat rapat kat telinga macam cerita korea tu kan.Lagipun perempuan tu 1 meter di depan.Tak kuasa dia nak mengejar.

Akifa tersentak mendengarnya. Dia berpaling ke belakang. Dilihatnya lelaki tadi sudah tiada. Dia berjalan perlahan. Akifa menghembus nafas berat. Apalah nasib...dah la kena tangkap basah, tak pasal pasal jadi isteri ekspress and now dia tersalah tingkat hotel pulak "Errmm...macam mana la boleh lupa nak tekan butang lift tadi?"

Perut rayyan terasa lapar. Dia turun ke bawah menuju kafeteria hotel. Dia ternampak puan Dila duduk di sofa kafeteria sedang menikmati minuman.

Rayyan duduk di sofa berhadapan dengan puan Dila.

"How was your wife?"

"Give me 1 month and you will see. Dia pasti minta cerai! " Rayyan tersenyum.

"oo..really? So i guess i will try harder to make two of you fall in love"  Puan Dila menghirup lagi air kopi. Tenang ekspresi wajah Puan Dila.

"I think it is will be easier sebab you berdua dah jadi suami isteri.Dia ada pesona menarik kan?" Puan Dila tersenyum.

Rayyan hanya mendiamkan diri.

"well, mama perlu berehat. Your wife dah makan? Tak kesian dia kelaparan?" Puan Dila bangun dan keluar dari kafeteria.

Kelaparan? Tak kesian dia kelaparan? Kata kata Puan dila asyik terngiang ngiang di telinga rayyan. Tak senang pula dia nak makan dengan tenang. "waiter! Boleh pesan makanan untuk bilik  276?"

"Alhamdulillah...Prihatin" Rusman menarik nafas lega. Dia dari tadi hanya duduk di kerusi di belakang rayyan. Memerhati tindak tanduk lelaki itu. Kini dia yakin,Lelaki yang berkahwin dengan Akifa seorang yang prihatin. Dia menaip mesej kepada Puan Dila.

"Ya betul kata you. Dia prihatin. Now i rasa relief"

Tit tit tit

Telefon bimbit Puan Dila berbunyi tanda notis kemasukkan mesej baru.Puan Dila membaca mesej tersebut.

Dia tersenyum. Tekaan dia tepat. Sengaja dia menampakkan diri agar dilihat rayyan di kafeteria. Dia perlu tahu reaksi rayyan dan sengaja dia bangkitkan soalan tadi pada anaknya itu. Umpan dia senang saja. Kalau rayyan tak berkenan dia takkan susah payah perlu bertahan sebulan bersama Akifa Naila. Kenapa nak tunggu sebulan sedangkan esok pun boleh bercerai? Apatah lagi risau tentang wanita itu kelaparan. Ya hello...hotel ini dikelilingi sumber makanan. Tak ada istilah lapar dengan kafeteria 24 jam.

"Well...rayyan,mama menang 1st round. Tunggu next plan mama"

Tiha yang baring di sebelah katil melihat Puan Dila sambil jari nya lincah bermain permainan di telefon bimbit.

"Ma , stop cakap sorang sorang. Kind of freaky to me!"

update setiap isnin,rabu,jumaat,ahad ya. berselang seli dengan Maria =)tq sudi baca

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience