bab 13

Romance Series 16529

“Assalamualikum...maaf lambat, lama tunggu” segaris senyuman manis dilemparkan kepada Ikmal.

“Waalaikummussalam, eh...takpe cik Medina, tak lama pun, saya baru je sampai ni” balas Ikmal.

Medina masuk kedalam perut kereta setelah adiknya hilang didalam rumah. Dia tidak mahu pergi terlebih dahulu sebelum memastikan adiknya itu selamat.

“Medina, kejap...cuba pusingkan muka awk....”

“Errr...kenapa en.Ikmal?” Medina sudah gelabah, dia yakin Ikmal sudah melihat kesan tamparan maut dari neneknya pagi tadi.

“Kenapa dengan bibir awk ni...macam kena tampar je ni..ada orang serang awak ke? Awak ada musuh? Orang yng dengki?” Bertalu-taku persoalan diajukan Ikmal.

“Eh, tak ada apa-apa la...jom la kite pergi, nanti lewat pulak kita balik...” Sehabis daya Medina cuba mengalihkan topik perbualan. Dia sebolehnya tidak mahu memburukkan keluarga sendiri, bagaimana jahat dan kejamnya nenek dan ahli keluarganya yang lain, Medina yakin, pertalian darah tidak akan putus, dia tetap akan melindungi aib keluarganya.

Tanpa disedari, sepasang mata memandang mereka dari jauh. Jelas api dendam bersinar didalam sepasang mata itu.

“Tak guna kau Medina, kau tunggu la nasib kau lepas ni...!”

“Hello? Ha...ye...macam mane sekalipun aku nak die mampus!”

.....................

“Abang sampai bila nak sembunyi macam ni? Saya tak senang duduk tau tak” celah isteri pak sunya itu.

“Jangan risau. Macam mana sekalipun, kita teruskan rancangan kita sebelum ni, yang lain pandai la aku uruskan, ni barang Mr.Leong macam mana? Dah sampai?”

“Dah, nanti abang ambik je kat tempat biasa”

“Bagus, nanti apa-apa hal abang akan telefon lagi”

“Baik abang”

Tanpa disedari, sepasang mata begitu asyik memerhatikan gerak geri mereka dari jauh, sudah lama mereka mengintip pasangan tersebut, hanya menanti detik yang sesuai beserta bukti yang kukuh sahaja untuk menangkap mereka. Enjin kereta dihidupkan, hari ini mereka harus mendapatkan bukti yang telah lama dinanti.

Sudah 20 minit sosok itu menanti dibawah pohon besar yang begitu kukuh dibalik semak tersebut, hati makin gusar, nyamuk dan agas sedari tadi berlegar dan menyedut setiap titis darah dari badannya, kesabarannya semakin menipis. Mahu saja dia berlalu dari situ, akan tetapi apabila mengenangkan ketegasan Mr.Leong didalam urus niaga hatinya mula bergetar, mahu sahaja kepalanya ditembusi peluru jika dia tidak muncul ditempat yang telah dijanjikan, bukan baru sehari dua dia mengenali lelaki itu.

“Aduh....mana pulak apek ni...lama dah ni...aku dah la semak dengan nyamuk-nyamuk ni, kenapa la dalam semak ni jugak yang diorang nk aku hantar barang!” Bentak lelaki itu. Sudah berbatang-batang rokok disedut.

“Hello....you sudah lama tunggu arrr....” suara itu menyentak lamunan lelaki yang sedari tadi begitu asyik menyedut setiap atom gas yang keluar dari puting rokoknya.

“Eh...hello Mr.Leong, tarak lama....baru saja ma...” dia mula berbasa basi, jika diikutkan hati mahu sahaja dia menyumpah seranah lelaki buncit itu.

“Barang you sulah bawak kan....kasi buka wa mau tengok...”

“Saya tarak tipu sama you apek....” beg yang dibawanya dibuka.

“Ok-ok...ini lu punya duit...manyak bagus kerja lu....” ucap Mr.Leong sambil menghamburkan ketawa.

“Jangan bergerak! Kamu sudah dikepung! Letakkan senjata dibawah dan angkat tangan keatas!” Suara itu bergema.

“Lari..! Lari! Polis!” Tanpa berlengah lelaki itu terus meloloskan diri kedalam kereta dan meluncur laju. Tembakan yang dilepaskan pihak polis lansung tidak diendahkannya. Apa yang ada dibenaknya hanyalah menyelamatkan diri dari disumbat kedalam lokap.

“Aaarrrghhhhhh....! Tak guna, hancur rancangan aku, hancur!” Tempik lelaki itu, jika dia tertangkap rancangannya selepas ini untuk menghancurkan orang yang dibencinya akan ranap. Dia nekad, dia perlu meloloskan diri dengan apa cara sekalipun.

“Berhenti! Jika tidak kami tembak!”

Laungan dari kereta peronda polis tetap tidak diendahkan. Kereta terus dipecut sehingga ketebing tinggi.

“Bang! Bang! Bang!” Tembakan dilepaskan.

Pandangan semakin kabur yang kedengaran hanyalah suara yang semakin sayup dan dentuman kuat menghentam tebing gaung yang curam itu. Nafas semakin sesak, sakit yang mencengkam semakin terasa dan semakin menghilang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience