Bab 18

Romance Series 16529

"Tasha! bangun, dah pukul berapa ni...! are you listening to me??"

Jerit Maria sambil menarik selimut yang membaluti tubuh anak perempuannya itu, dia sudah masak dengan sikap Natasha, jika waktu ini belum bangun tidak ada yang lain, pastinya malam tadi Natasha berparti di kelab malam.Bau muntah yang bercampur dengan minuman keras itu cukup menyengat dan busuk, entah bagaimana anak itu menahan bau sebusuk itu.Minuman keras seakan-akan sudah menjadi perkara biasa bagi Natasha,entah berapa botol yang diminumnya semalam, Maria hanya mampu menggelengkan kepala, sudah puas mulutnya menasihati Natasha, namun anaknya itu lansung tidak ambil pusing, bagaimana hendak dipedulikannya, terkadang Maria juga sama cuma tidak seteruk Natasha.

"what miii.... Tasha ngantuk la.....sakit kepala lagi ni...." Natasha yang masih didalam pakaian malam semalam bingkas bangun dan duduk dipinggr katilnya.Rambut yang kusut masai menutupi mukanya diseka.

"I have something important to tell you now.....its about Ikmal....kamu tahu tak apa yang akan terjadi nanti Tasha??" bentak Puan Maria.Hatinya sakit melihat perlakuan Natasha yang lansung tiada batas.

"Ikmal? kenapa mummy? Ikmal nak kahwin dengan Tasha ke?"

"kahwin dengan kamu? are you kidding right now? kamu dah terlambat Tasha,sia-sia mummy susah payah dapatkan janji temu untuk kamu goda Ikmal,mummy baru je dapat berita dari kawan mummy, hujung bulan ni Ikmal dah nak bertunang dengan orang lain....!" Bebel Puan Maria.

"what?!?? no, it can't be mummy, no,no, Ikmal tak boleh kahwin dengan orang lain selain Tasha...he's mine!!!" jerit Natasha seperti orang gila.Amarahnya membuak-buak, entah siapa yang berani mencaras Ikmal dari genggamanya.Dia tidak akan membiarkan Ikmal jatuh ketangan orang lain, takkan!.

"mummy, you have to help me.... Tasha tak nak orang lain, Tasha nak Ikmal je miii....!" air matanya mengalir ke pipi, dia sudah banyak menaruh harapan pada Ikmal, lelaki itu cukup semua ciri-ciri lelaki yang dia mahu, yang paling penting, duit.Dia mahu hidup senang lenang didalam dulang emas.

"of course la...nanti bila majlis pertunangan diorang Tasha ikut mama, kita kena tahu siapa yang dah curi lelaki Tasha" Rambut perang anaknya itu diusap, dia mesti mencari tahu siapa perempuan yang berani merampas kebahagian anaknya,perempuan itu harus dihapuskan.

Meja-meja yang disusun dan dihias rapi dibilang satu persatu oleh Puan Sri Adibah, dia hendak memastikan sendiri segala persiapan untuk majlis pertunangan anaknya nanti sempurna. Bunga-bunga untuk majlis itu juga diperhatikan satu persatu susunannya, bimbang tidak sesuai dari ekspetasinya.Bunga-bunga segar dari ladang Medina itu benar-benar cantik dan wangi,secantik Medina, walaupun dirinya bertegas untuk membayar harga bunga-bunga itu Medina tetap tidak mahu.Cukup baik budi pekerti Medina.Hatinya lega setelah semua persiapan untuk majlis itu selesai, barulah dirinya senang untuk meninggalkan dewan itu dan menuju ke bilik hotel untuk menyiapkan dirinya pula.

Tok! tok! tok!

Ketukan pada pintu bilik hotel itu mengejutkan Medina dan yang lain.Dia kini sedang bersiap untuk majlis pertunanganya jam 9.00 malam nanti, dirinya juga baru saja siap solat maghrib Dan mahu bermula untuk dirias wajahnya oleh mak andam yang ditempah oleh Puan Sri Adibah.Mak Timah yang berada dihujung katil bersama Iman terus bangun dan membuka pintu hotel.

"Assalamualaikum mak Timah, Medina ada?" Ikmal yang datang sambil membawa sejambak bunga itu tersengih menunjukkan barisan gigi yang memutih, dirinya yang baru saja selesai bersiap tadi kelihatan begitu kacak dibaluti baju melayu moden berona beige dan bersongkok.

"waalaikummussalam....kamu rupanya Ikmal,kami ingat siapa la tadi,amboi...tak sabar nampaknya....nanti kejap lagi dah nak bertunang, Medina kat dalam tengah bersiap, mak Timah mintak maaf, tak boleh kasi korang jumpa lagi, Medina tak pakai tudung tu, tak manis pulak nanti ye...." terang Mak Timah panjang lebar sambil tersenyum.

"eh....takpe mak Timah, Ikmal tanya je.... Ikmal nak kasi bunga ni je mak Timah,mama lupa tadi nak kasi...." Ikmal menganggukkan kepala tanda faham,huluran sejambak bunga tangan dari bunga mawar segar itu disambut mak Timah. Setelah meminta izin Ikmal terus berlalu menuju kedewan tempat bermulanya majlis tadi untuk menyambut tetamu yang hadir.

"Hai you...handsome you hari ni kan..."

Ikmal yang sedang leka menyambut tetamu terkejut apabila ditepuk dari belakang. Suara dibelakangnya membuat Ikmal geli geleman, tanpa memalingkan wajahnya dia sudah tahu siapa pemilik suara itu.

"Assalamualaikum,eh.... Tasha....ye...terima kasih,macam mana you boleh ada kat sini?" soal Ikmal hairan,rasanya dia tidak menjemput Natasha ke sini.

"Alaaa......you ni,macam tak tahu, kat mana you ada mestilah I ada.....you tak perlu tahu pun macam mana I ada kat sini...pandai you ek.....senyap-senyap je dah nak tunang...tak bagitahu I pun...ni pun nasib baik ada orang cakap tau...patutlah I call you, mesej you, you tak balas....kesian I tau....." ucap Natasha gedik.

"I rasa tak perlu la cakap macam tu Tasha, lagipun kita tak ada apa-apa...keluar pun sekali je atas permintaan mama I....I pun tak pernah menjanjikan apa-apa dengan you, apatah lagi nak dijadikan kekasih atau isteri...I keluar dengan you atas dasar kawan je...kalau you terasa, I mintak maaf, I takde niat pun nak buat you tertunggu I ....." panjang penjelasan Ikmal, pada dasarnya itu yang sebenarnya berlaku, tidak pernah ada sepatah perkataan pun dari mulut Ikmal yang dia sukakan Natasha,segala pesanan dan panggilan dari Natasha pun tidak pernah dilayan.

"uuurrrgghhhhh.....you ni kan, saje je nak sakitkan hati I kan....you tahu kan I suka you Ikmal,kenapa you buat I macam ni...!" ucap Natasha separa menjerit.Bibirnya yang kemerahan disaluti gincu itu dikemam geram.Sakit hatinya dengan perlakuan Ikmal yang tidak seperti lelaki-lelaki lain yang selalu mengejar dirinya. Sudahlah berjam dia bersiap hari ini untuk menawan Ikmal agar membatalkan pertunangannya.

"dah la Tasha, I ada banyak lagi nak kena buat, I harap you terima apa yang dah tersurat ni, assalamualaikum..." Ikmal yang sudah rimas dengan perlakuan Natasha segera meminta diri, tidak betah dirinya untuk berlamaan melayan Natasha disitu.

"Ikmal...how dare you...jangan ingat you bertunang or kahwin sekalipun I akan lepaskan you, no, never Ikmal...!"ucap Natasha sebelum kelibat Ikmal hilang dari pandangannya, gelas yang berisi air oren itu diteguk laju.Panas hatinya.

"ok cik....dah siap...cik boleh tengok cermin sekarang,kalau ada apa-apa yang cik tak berkenan boleh bagitahu saya, saya akan betulkan...." lembut tutur bicara Aminah, jurumekap atau yang selalu disebut orang ramai sebagai mak andam itu.Cermin yang berada ditangan disua kearah Medina.

"ya Allah....cantiknya kak...takde apa yang nak diubah pun, saya yang tak berapa cantik ni pun macam tak percaya tengok muka sendiri, terima kasih kak..." Medina tersenyum melihat dirinya didalam cermin, walaupun dia hanya meminta untuk merias wajah secara alami saja, hasilnya begitu cantik.

"wahhhhhh...cantiknya akak....!" Iman yang baru saja keluar dari kamar mandi mendapatkan Medina, Iman sudah siap dari tadi disiapkan mak Timah, comel adiknya,getus hati Medina.

"Mana ada la, cantik sikit je, adik akak ni,comel betul ye malam ni....." pipi Iman dicubit lembut, geram dengan pipi tembam adiknya. Setelah Aminah meminta diri untuk pulang usai kerjanya selesai, barulah Medina bangun dan merapikan baju dan tudung yang bewarna senada dengan Ikmal tadi agar kelihatan kemas.Dia tidak mahu kelihatan comot dimajlis pertunangan sendiri.

Pesanan ringkas dari telefon bimbit ya dibaca, Ikmal yang berada dibawah sudah menunggu dirinya, sebentar lagi majlis akan bermula, dia harus cepat, jambakan bunga tangan segar dari bunga mawar itu dicapai dan dicium Medina,segar bauan dari mawar itu sedikit menghilangkan rasa gugup yang baru saja bertamu,tangan Iman dicapai, mak Timah yang berada disebelah kanannya pula dipaut lengannya sambil memegang jambakan bunga. Perlahan mereka mengorak langkah dibawah. Pak Mat yang baru saja tiba dibilik hotel untuk menjemput mereka tadi segera menekan butang lif untuk turun ke dewan.

"Diumumkan ketibaan Cik Medina Rose masuk keperkarangan dewan kita malam ini menuju kearah pelamin dihadapan...berikan tepukan gemuruh....!" Suara jemputan dari pengacara majlis diringi dengan tepukan para hadirin mengejutkan Medina, tangan milik Iman digengam,dia terlalu gugup untuk berjalan sendiri,mujur Iman ada untuk menyelamatkan dirinya, dari pintu utama Iman akan menemaninya ke pelamin sebelum berlalu turun kearah meja keluarga Ikmal bersama dengan Pak Mat dan Mak Timah yang betul-betul berada dihadapan pentas pelamin.Terasa kecil dirinya saat berjalan ditengah apitan tetamu yang begitu ramai, suluhan lampu kamera yang bertubi-tubi menyilaukan pemandangannya.

Acara sarung cincin oleh mama Ikmal berjalan dengan lancar, lenguh dirinya tersenyum disaat tetamu bakal ibu mertuanya itu datang untuk bergambar.Kini gilirannya pula untuk bergambar dengan Ikmal.

"Assalamualaikum cik tunang...." Ikmal yang berada disebelahnya bersuara.

"waa... waalaikummussalam...." Medina yang masih tidak percaya dan malu itu tergagap-gagap menjawab salam dari Ikmal.

"cantik awak hari ini...tak sabar nak jadi suami awak....!" usikan dari Ikmal itu membuat Medina malu, mahu malu dirinya jika ada yang lain mendengar.

"ishhhh....mana ada...!" Medina menjegilkan mata kearah Ikmal. Ikmal yang berada disebelah sudah ketawa terbahak-bahak. Medina yang berada disebelah hanya mampu menutup muka menggunakan jambangan bunga. Cincin yang tersemat dijari manis ditatap Medina.Akhirnya dia sudah ada tempat untuk berlindung, sebak hatinya memikirkan kedua orang tua yang telah tiada.Malam itu diakhiri dengan gelak ketawa dari kedua belah pihak, cuma dipihak Medina hanya ada Iman, Pak Mat dan Mak Timah. Neneknya lansung tidak mahu datang meraikan majlis pertunangannya, apalagi setelah dia tahu Medina akan menjadi menantu Tan Sri, hanya maki hamun yang menjadi hadiah buat Medina. Medina tersenyum, dirinya kini sudah hampir dengan bahagia, alhamdulillah.Doanya hanya satu,agar segala derita akan betukar bahagia.

terima kasih kerana menunggu <3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience