bab 12

Romance Series 16529

“Medina...!!! Keluar kau sekarang!!! Aku cakap keluar....!!!!!” Lantang suara itu bergema.

“Nek....kenapa ni?”

“Dasar cucu tak guna! Apa yang kau dah buat ha?? Sanggup kau aniaya bapak saudara kau sendiri! Kau memang kurang ajar kan? Kau dengan mak kau sama je! Dua-dua datang dan hancurkan keluarga aku, rampas anak-anak aku!” Tempik neneknya sambil terus menyerang Medina. Pipinya ditampar,habis tudung Medina ditarik kasar.

“Nenek, apa yang Medina dah buat? Salah ke Medina laporkan pada polis apa yang pak su dh buat pada arwah mak dan ayh termasuk Medina dan adik Medina sekarang?” Air mata yang mula berkumpul mula menitis dipipi. Perit masih dirasai dipipi mulusnya.

“Kau jangan nak buat drama dekat sini! Aku kenal anak aku! Die takkan buat kerja kotor macam tu! Kau memang sengaja kan nak susahkan hidup aku dan anak aku, kau suka kan aku hilang anak, dasar cucu bawa bala!”

“Kau jangan nak tuduh suami aku bukan-bukan ye, kau sakit hati kan sebab kami bahagia, kau sengaja buat cerita macam tu supaya kami tak minta duit kau lagi kan??” Tambah mak sunya.

“Kau ingat ye Medina, kalau kau tak tarik balik laporan polis yang kau buat tu, kau jangan pernah mimpi nak panggil aku nenek lagi, aku tak ada cucu jahat macam kau! Dah, jom kita balik, makin lama aku dekat sini, makin panas hati aku, nanti tak pasal-pasal aku pulak yang dituduhnya membunuh!” Herdik neneknya sambil melangkah pergi.

Air mata mengiringi pemergian nenek yang amat dikasihi Medina walaupun neneknya tidak pernah menyayangi dirinya.

“Kenapa nenek tak percaya dekat Medina nek.....” esak Medina dalam sendu yang entah bila akan menemui pengakhirannya.

**************

“Assalamualaikum awak, ni saya, Ikmal...”

Mesej itu dipandang sepi. Dia terasa malas mahu membalas dan melayan mesej dari Ikmal, hatinya masih sakit mengingatkan kata-kata dan tamparan dari neneknya pagi tadi.

“Mama, papa...kenapa cepat sangat tinggalkan Medina...Medina tak kuat......” cepat-cepat Medina menekup muka dibantal, dia tidak mahu Iman mendengar esakannya.

“Ishh...kenapa Medina tak balas mesej aku ni....aku ada salah cakap ke? Ke dia dah bencikan aku? Takkan laaa....” bebel Ikmal.

“Nak mesej lagi ke tak...nak ke tak...?”

“Ahhhhh.... mesej jela...”

“Ting....!” Sekali lagi pesanan memasuki ruang telefon Medina.

“Awak kenapa diam ni, awak marahkan saya? jom keluar dinner dengan saya? Pleaseee......” pesanan itu hanya dibaca dengan ekor mata.

“Ahhhh....mamat ni dah kenapa, beriya sangat dia ni.....” keluh Medina.

“Tapi kalau difikirkan, bukan salah dia, aku jugak tak reply mesej dia, nak pergi ke tak...hurmmmm.... “

“Pergi jela, boleh jugak hilangkan stress hari ni dengan tatap muka mamat hantu hensem tu! BAIKLAH, NANTI SAYA TUNGGU AWAK AMBIL SAYA...done!” Omel Medina sambil membalas pesanan dari Ikmal.

“Yesssss!!! Yahoooo....die nak keluar dengan aku....!!”

“Eh, eh, eh.....Ikmal! Kamu ni dah kenapa terjerit terpekik, terlolong dalam bilik ni? Sampai keluar mama dengar! Ya Allah, kena sampuk jin apa kamu ni Ikmal...!!” Bebel ibunya.

“Huhuhu...sorry mama, ada la....mana boleh bagitahu mama, dah-dah, mama keluar dulu ye, Ikmal nak mandi, nanti Ikmal nak keluar makan dengan kawan, love you ma...!” Segera pintu bilik ditutup. Bahagia benar dia saat ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience