Bab 10

Romance Series 16529

Medina mula membuka mata, ada cahaya terang yang menerpa pancainderanya.

“Aku kat mana ni...aku dah mati ke....kenapa terang sangat ni......”

“Along...along..!” Sayup kedengaran suara itu.

“Cik Medina...doktor! Doktor! Cik Medina dah sedar!”

“Cik...cik...cik nampak tak saya?”

“Kepala saya sakit....saya kat mana? Saya dah mati ke?”

“Cik...cik belum mati lagi, cik sekarang dekat hospital, pihak polis yang bawa cik dan lelaki yang selamatkan cik tadi ke hospital...” terang doktor itu.

“Kalau tak ada apa-apa saya keluar dulu ye cik...” pertanyaan itu dibalas dengan anggukan oleh Medina.

“Along! Along sakit tak? Adik takut sangat tengok along tadi, ada lelaki dua orang tangkap along, adik baru je pusing belakang nak bagi buku dekat along, adik tengok orang tu dah tarik along dalam kereta dengan abang Ikmal..” esak adik kesayangannya itu.

“Along ok sayang...along mintak maaf sebab buat adik takut,siapa abang Ikmal?”

“Along tak tahu? Polis tadi jumpa along dengan dia la, dia kene tembak sebab nak selamatkan along, nasib baik dia tak mati, polis sempat sampai...”

“Betul ke mak?”

“Betul cik Medina, budak tu dah selamatkan cik...dua orang yang culik cik Medina tadi pun dah diberkas polis, nasib baik Iman sempat nampak Medina tadi, kebetulan guard pun ada sama, dia terus ekori Medina dan call polis..”

“Mak...lelaki tu dah sedar ke belum? Medina nak jumpa dia....”

“Dia belum sedar lagi, dia ada dekat wad sebelah, nanti mak bawak Medina jumpa dia ye?”

“Takpe mak, mak bawak adik balik dulu ye? Esok adik sekolah, nanti Medina pergi sendiri..”

“Betul ni?”

“Ye mak...adik balik dulu dengan mak ye...esk datang lagi kat along...” pujuk Medina. Pujukan Medina dibalas dengan anggukan dari Iman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience