Bab 11

Romance Series 16529

“Mata,hidung,mulut, sosok tubuh ni....kenapa macam aku pernah nampak dia? Kenapa aku rasa macam kenal dia? Dia siapa...? Kenapa dia nak selamatkan aku....?” Medina bermonolog sendirian.

“Kenapa aku selesa dengan dia...? Padahal aku lansung tak kenal dia...kenapa hati aku rasa sedih dan sakit sangat tengok dia dalam keadaan ni....” tanpa sedar air mata menuruni pipi.Perasaan ni terasa begitu asing pada Medina.

“Aduh.....” perlahan erangan itu.

“Medina........?” Perlahan kepala Medina diusap. Lena sungguh tidurnya, lansung tidak terkutik sedikitpun.

“Hurmmmm....dah pukul berapa ni....rasa macam lama je aku tertidur kat sini....” Medina mula membuka mata setelah sekian lama tertidur disebelah Ikmal.

“Huwaarrrgghhhh...mengantuknya....” Medina mula meneliti sosok tubuh dihadapan matanya.

“Aaarrrgghhhh...!!! Eh, awak, encik, tuan dah bangun!” Bagaikan ingin luruh jantung Medina setelah matanya bertentangan dengan sepasang mata dihadapannya. Rasa malu mula menerjah ruang hati.

“Ma...maaf....saya tertidur tadi, ermmm, encik nak minum? Makan?”

“Comel.....” perlahan suara Ikmal.

“Aaa...apa encik?”

“Awak comel sangat bila gelabah macam tu....”

“Ooo....ok, urmmm...saya panggil doktor dulu ye....” terus saja Medina memecut laju keluar dari bilik itu.

“Tadi aku macam rasa ada orang usap kepala aku...dia ke? Ishhhh...takkan la.....”

“Adoi....asal la aku menggelabah macam tu...Medina, jangan clumsy sangat boleh tak...malunye....!!!” Ingin saja Medina menjerit sekuat hatinya. Rasa malu semakin menimbun. Entah bagaimana lagi dia boleh berhadapan dengan Ikmal.

************

“Assalamualaikum....”

“Waalaikummussalam, eh...Medina...masuklah...kenapa duduk kat situ je...”

Perasaan malu masih menebal dihati Medina sejak kejadian minggu lepas. Belum sempat lagi Medina berterima kasih kepada penyelamat nyawanya, digagahkan jua kakinya untuk bertemu dengan Ikmal.

“Errrr....awak ok? Bila boleh keluar wad?”

“Saya alhamdulillah ok, doktor cakap esok saya dah boleh keluar wad dah”

“Emmmm....saya....saya nak ucapkan terima kasih kat awak sebab dah selamatkan saya...” terasa mahu saja kepala Medina meletup saat ini, malu bukan kepalang, Ikmal pula sedari tadi tidak melepaskan pandangan padanya.

“Its ok....lagipun saya kan sayyy....eh..lelaki...mestilah kena jaga perempuan..” hampir saja rahsianya bocor. Kelam kabut Ikmal dibuatnya.

“Emmm...cik Medina, kalau tak keberatan, boleh tak saya nak mintak nombor telefon cik Medina? Bukan apa, saya dengar cik Medina ada kedai bunga kan? Mana la tahu saya nak tempah bunga ke dari cik Medina..hari tu saya tak sempat nak mintak dari Medina, Cik Medina lari cepat sangat...” pinta Ikmal.

“Kita pernah jumpa ke..?” Medina mula mengerah setiap sel di otaknya, dia masih belum dapat mengingati jejaka itu.

“Hurmmm....dinner, hotel...bunga ros..terlanggar...” Ikmal cuba membantu Medina mengingati kejadian pertama kali mereka bertemu.

“Haaa....encik hantu hensem...!!! Ehhh...oppss...err...encik yang berlanggar dengan saya tu kan...ingat...ingat....”

“Hantu hensem? Apa tu..?”

“Errr...tak ada apa-apa...ni kad saya...kalau encik nak bunga ke, apa ke boleh contact saya kat sini ye...saya pergi dulu...assalamualaikum...” bagai lipas kudung Medina berlari keluar dari wad itu, baru dia ingat dimana dan kenapa dia seperti pernah menemui jejaka itu. Rupa-rupanya mamat sama yang pernah dilanggarnya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience