Bab 16

Romance Series 16529

Ikmal menoleh kearah 6 bungkus nasi ayam yang dibeli tadi setelah selesai melarikan diri dari Natasha, hatinya girang, senyuman menghiasi bibirnya yang merah tanda dirinya tidak pernah merokok, dia tidak tahan akan bau rokok yang begitu menyengat baginya, terkadang sampai selsema apabila dia terhidu terlalu banyak asap rokok yang dinyalakan orang lain. Keindahan alam yang menghiasi kiri dan kanan jalan menuju kearah ladang Medina cukup menyejukkan mata yang memandang, udaranya juga nyaman, sudah tandanya dia hampir sampai kearah kebun Medina, semakin mendekat, semakin berdegup kencang jantungnya memainkan irama dangdut.

"Assalamualaikum....." sayup kedengaran suara dari arah parkir kereta,

"waalaikummussalam....." Bunyi salam dan tutupan pintu kereta dari arah luar mengejutkan Medina yang sedari tadi berehat dibawah gazebo, matanya melilau mencari arah suara yang memberi salam tadi. Matanya tertumpu pada sesosok jejaka yang tersengih dari jauh sambil melambaikan tangannya.

"hai Medina, buat apa tu....." Tanya Ikmal setelah bersusah payah menjinjing sebiji bakul yang berisi coklat dan dua plastik nasi ayam ditangan.Peluh yang baru saja menghiasi dahinya dengan pantas diseka malu jika Medina memandangnya lemah.

"oh....hi Ikmal,td saya tengah cek pokok bunga, tapi ni dah siap dah"

"kalau macam tu jom kita makan nak? saya ad bawa nasi ayam ni... Iman jom makan..." Iman yang sedang bermain mengelilingi gazebo turut menghentikan permainannya.Mak Timah dan Pak Mat yang sedang memetik bunga untuk diletakkan dirumah turut menuju kearah mereka setelah dipanggil Medina.

"eh...anak ni Ikmal kan? yang tolong Medina dulu....." sapa Pak Mat.

"ye....saya Pak cik...." tangan segera dihulur tanda menghormati orang yang lebih tua.

"jemput makan mak cik,Pak cik, saya ada bawa nasi ayam ni....."

"Alhamdulillah, rezeki kita hari ni bang makan nasi ayam....tak payah Pak cik mak cik la Ikmal,panggil je Pak Mat dengan Mak Timah...." sahut mak Timah.

Tanpa disangka perkenalan Medina dan Ikmal sudah mencecah 6 bulan, masa yang berlalu terasa begitu cepat, Medina dan Ikmal juga semakin rapat, Ikmal gelisah, sampai saat ini, dia masih belum dapat meluahkan isi hatinya, takut Medina akan menjauhkan diri, tapi hari ini dia nekad, apa pun yang terjadi perkara itu harus dilakukan saat ini, dia tidak mahu Medina terlepas je genggaman lelaki lain. Bunga-bunga yang berada dilorong kiri dan kanan batas bunga itu diperhatikan silih berganti,hatinya cemas, Medina yang berada dihadapannya begitu khusyuk membelek setiap helaian daun.

'Rosa Damascena'/'Dark Red Damask Rose's, papan tanda yang menentukan jenis-jenis bunga disetiap lorong dibaca perlahan oleh Ikmal,pedih matanya membaca pelbagai jenis bunga-bunga disini, tanpa berlengah sekuntum bunga mawar bewarna merah gelap itu digunting Ikmal, dia harus menyatakan hasrat hatinya hari itu juga, bunga ditangan dibelek-belek dan dibuang daun-daun yang menjelekkan pemandangan.Medina mahu marah atau tidak dia tidak peduli, langkah ya dilakukan menuju kearah Medina.

"awak...! tunggu kejap....!" panggil Ikmal.

Medina yang masih khusyuk meneliti kelopak-kelopak bunga dihadapannya memalingkan wajah. Entah apa yang dimahukan Ikmal.

"nahhhhh....." bunga ditangan beralih kedudukan ketangan Medina.

"Shhhhh ..shhhhh.....dengar dulu,dengar dulu, saya ada sesuatu nak cakap dengan awak, hari ni jugak, saat ni jugak.....sekejap-sekejap....." Medina yang baru saja ingin bersuara dihentikan Ikmal dengan melayangkan jari telunjuknya ke arah bibir Medina, ucapannya terhenti, Ikmal yang ada dihadapannya mula mengatur nafas perlahan.

"saaa...saya....saya kena juga cakap hari ni, samada awak nak terima atau tak, nak benci atau tak, saya dah tak peduli....saya cintakan awak....! sudi tak awak jadi isteri saya!" dengan satu nafas sahaja Ikmal menyuarakan hasrat hatinya. Dadanya seakan mahu pecah,pelbagai irama sudah dilakukan detak jantungnya, tidak pernah lagi dia buat kerja gila macam ni.Medina yang masih belum bersuara diperhatikan Ikmal. Entah apa yang bermain difikiran Medina dia pun tidak tahu.

"sooooo ...macam mana? apa jawapan awak .....kenapa diam je....?" soal Ikmal setelah 1 minit Medina mendiamkan diri.

"hmmmmmmphhhh...hmmmm....mmmmm....." Medina meronta sambil menepis kedudukan jari Ikmal yang sedari tadi dibibirnya.

"awak ni dah kenapa?? kan jari awak dari tadi duduk dekat bibir saya...nak cakap macam mana....!" Bebel Medina.

"sorry...sorry....saya tak perasan tadi...!" Ikmal yang sedari tadi terlalu gugup hingga tidak sedar tangannya masih dibibir Medina.Jelingan maut diberikan Medina.

"a..awakk...awak...terima tak....?" soal Ikmal kepada Medina yang masih membebel.

"Terima tu terima la, tapi tak perlu la tutup mulut macam tu...bawak la mak ayah awak datang rumah saya....ni haaaaa ..bunga ni...mahal tau...penat saya tanam nak hidupkan bunga ni...dah la anak pokok kemain mahal....ni sape nak bayar ni...rugi saya tau..." Bebel Medina tanpa henti.

"yahooooo .....!!!! Pak Mat, mak Timah, Iman, Ikmal dah nak dapat isteri ....!!!!" laung Ikmal sekuat hati kegirangan. Pak Mat Dan mak Timah yang berada dilorong bersebelahan tertawa melihat aksi Ikmal.Medina yang sedari tadi membebel baru menyedari jawapan yang diberikan dirinya, wajah yang memerah segera ditutup, walaupun jawapan yang diberikan ya itu tanpa sedar, hakikat sebenar, dirinya sudah begitu lama juga menaruh hati pada Ikmal,hanya dirinya saja yang mendiamkan diri, malu jika dicop perigi cari timba.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience