Bab 3

Romance Series 16529

"Tunggu...!!" Medina terjaga dari mimpi. Pipinya terasa basah dengan air mata. Masih terbayang mimpi yang dialaminya tadi.

Azan subuh mula berkumandang. Medina terus sahaja bergegas bangun untuk menunaikan kewajipan, dia tidak mahu terlalu terbawa-bawa dengan mainan mimpi.

Nur Medina Rose. Nama yang begitu indah seindah pemiliknya. Gadis manis berumur 26 tahun, mempunyai sepasang mata coklat cair berwajah bujur sireh dan berkulit sawo matang. Ditambah lagi dengan lesung pipit yang menghiasi pipi kanannya. Senyumannya sahaja mampu menggetarkan jiwa jejaka yang memandang.

*************

"Assalamualaikum mama, papa! Medina datang ni..."

Rumput-rumput halus dicabut dengan teliti oleh Medina disekitar pusara yang menempatkan jasad kedua insan yang paling dicintainya. Itu sudah menjadi rutin Medina pada setiap hari jumaat sejak dua tahun lalu setelah kehilangan kedua ibu bapanya dalam kemalangan jalanraya. Siapa sangka disebalik senyuman manis gadis itu tersimpan perit yang tidak pernah terbayang oleh sesiapa.

"Along...!" Suara kecil itu mengejutkan Medina dari lamunannya.

"Adik dah bawak tikar ni..."

"Terima kasih sayang..."

"Sama-sama"

Nur Iman Dahlia. Gadis kecil berusia lima tahun yang sentiasa menjadi peneman Medina. Adik bongsu yang diasuh Medina sejak dari kematian kedua orang tua mereka. Tidak pernah terlintas di fikiran Medina dia akan menjadi seorang kakak pada usia 21 tahun. Medina memandang sayu anak kecil itu, terimbas kembali saat adiknya meronta mahu bersama papa dan mama mereka. Sungguh dia amat menyayangi adiknya. Memori bersama mendiang ibunya berputar satu demi satu.

"Kenapa mama letak pangkal nama along dengan adik nama bunga?"

"Sebab mama suka sangat dengan bunga, mama nak anak-anak mama ni jadi secantik bunga-bunga ni..." hidung Medina ditarik lembut,gelak ketawa mula menghiasi kedua beranak itu.

Masih terngiang-ngiang perbualan antara Medina dan ibunya suatu ketika dulu. Andai saja masa boleh diputar, ingin sekali Medina kembali ke masa dulu.

"Mama, papa, Medina rindu...." bisik Medina perlahan.Setitis air mata gugur menuruni pipi.

"Kenapa along nangis..?" Tanya mulut kecil itu.

"Mata along masuk habuk la sayang..."

"Along....mama dengan papa sayang adik tak?"

"Mesti la sayang...mama dengan papa sayang adik sangat-sangat, adik tahu tak mama tau yang letak nama adik Dahlia, sebab mama nak, adik jadi cantik macam bunga" sengaja Medina mengalih topik perbualan mereka, dia tidak mahu melihat adiknya melihatnya bersedih.

"Ooo...sebab tu nama along pun ada nama bunga ye?"

"Ye sayang...jadi adik kena selalu doa dekat mama dan papa tau, sedekahkan Al-Fatihah, kita baca doa untuk mama dan papa ye?" Pertanyaan Medina dibalas dengan anggukan dari gadis kecil itu.

Itulah aktiviti Medina setiap kali berkunjung ke pusara milik mendiang orang tua mereka, mengulang dan menceritakan perihal kedua ibu bapa mereka kepada adiknya, dia tidak mahu adiknya melupakan orang tua mereka walau sedetik pun. Rasa rindu semakin menyesakkan Medina, sungguh dia berharap mereka masih berada disisi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience