Bab 15

Romance Series 16529

"Kamu ni nak pergi mana pagi-pagi lagi ni Ikmal? bukan main cepat kamu bersiap, biasanya kalau hari Ahad macam ni, kamu pukul 10 baru bangun..." sapa Puan Sri Adibah.

"pergi memetik bunga ditaman....ewahhhhh..." gurau Ikmal.

"kamu jangan macam-macam dengan anak dara orang Ikmal, nanti mama libas belakang kamu..." pesan Puan Sri Adibah, matanya dijegilkan kearah anak bujangnya itu.

"ok-ok ma, sorry, Ikmal gurau jela...Ikmal nak jumpa kawan je...." jawab Ikmal pendek.

"kawan ke girlfriend? mama ni Ikmal penat tau cari jodoh kat kamu, kamu tahun ni dah 28 tau, takkan kamu nak jadi anak teruna tua....macam mana dengan anak kawan mama Tasha baru-baru ni? ok? cantik kan...?" Bebel Puan Sri Adibah sambil merisik khabar tentang perjodohan tidak rasmi yang dicadangkan olehnya kepada anaknya .

"ishhhh....mama ni, eeeeeuuuuu...tak nak lah Ikmal dengan dia, harap muka je cantik, tapi perangai kelaut dalam! mintak simpang la ma dapat bini macam tu, Ikmal tak nak, mama jangan macam-macam ea...tak sangup dah Ikmal nak layan Barbie doll tak siap tu!" tegas Ikmal.

"hahahahah...sampai macam tu sekali ye kamu tak suka si Tasha tu, tapi sebenarnya mama pun tak berapa berkenan kat dia,kalau tak sebab maknya yang berkeras suruh mama kenalkan kamu dengan anak dia, tak kuasa la mama nak layan,ada ke die merengek-rengek dengan mama nak jumpa dengan kamu, nak tidur rumah ni, disebabkan nak jumpa kamu, apa dia ingat rumah ni hotel, memang tak la mama nak izinkan, sudahlah kamu dengan dia tak ada ikatan apa-apa, nanti. jadi apa-apa mama dengan papa jugak yang malu,nanti kalau dibiarkan perangai ulat bulunya tu, jangankan kamu, bapak kamu pun di tryna nanti, mintak simpang...kusss semangat mama tau..." panjang lebar penerangan Puan Sri Adibah.

"Amboi...bukan main rancak lagi papa dengar, dari atas pot pet, pot pet dengar suara mama kamu berlagu, ada apa ni...?" tegur Tan Sri Omar yang baru saja keluar dari ruang kerjanya menuju ke meja makan yang berada ditingkat bawah.

"anak awak ni la abang oiiii....pagi-pagi lagi dah bangun, biasanya tak....macam ada sesuatu je tau...." gurau Puan Sri Adibah.

"haaa...kenapa Ikmal, ada apa-apa yang papa dengan mama tak tau ke?" Tanya Tan Sri Omar,sejujurnya dia tidak suka anaknya berpeleseran seperti orang lain, apa lagi mengheret anak dara orang kemana-mana, kekayaan keluarga bukan menjadi tiket untuk Ikmal melakukan perkara yang salah.

"tak ada apa la pa,mama ni dia tanya Ikmal pasal si Tasha tu, apa cerita, tak nak la Ikmal dengan dia, dah la seksi, perangai macam Barbie doll tak siap....geli geleman Ikmal tau" menggeliat Ikmal menceritakan perihal perangauli Natasha yang dianggapnya cukup menggelikan.

"hahahahaha...ooooo...pasal Natasha anak kawan awak si Maria tu ye Diba?" tergelak Tan Sri Omar mendengar penerangan Ikmal.

"bukanlah kawan mana pun bang...kenal-kenal macam tu aje dekat majlis baru-baru ni, kalau ikutkan saya pun tak berkenan dengan si Tasha tu, tapi dah dia beria-ria memaksa kenalkan, saya kenalkanlah, saya ingatkan anaknya tu boleh than la, rupanya terbeliak mata saya masa dia datang kat rumah ni mintak nak tunggu Ikmal, seksi bukan main, dengan skirt pendek, pakai tank top aje, tak masuk dengan suara manja macam kucing parsi melesek-lesek kat saya ni ha, mujur tak pengsan saya kat situ ..." ulas Puan Sri Adibah lagi.

"hahahahaha, Diba, Diba, patutnya awak mintak la gambar dulu ke, siasat dulu ke, tak pasal-pasal dapat kucing parsi Barbie doll!" bergema suara hialaian tawa dirumah Tan Sri Omar pagi itu.

Deretan pokok bunga yang mekar itu diperhatikan Medina, pokok-pokok yang berderetan diperiksa satu persatu, bimbang ada sebarang kerosakan dan bunga akan mati.

"Akak....!!! tengok ni, adik jumpa ulat...!" jerit Iman dari jauh.

"eeee...adik, buang cepat, nanti gatal, kenapa adik kutip ulat-ulat ni....nasib bukan ulat bulu,risau akak" Bebel Medina, bimbang adiknya terkutip ulat bulu. Medina menggeleng melihat perlakuan adiknya itu, ada saja benda yang hendak dibuat. Peluh yang bercucuran jatuh dari dahi di lap, baru saja pukul 10 pagi, tapi cuaca sudah mulai membahang, untung saja semua kerja-kerja sudah siap, hari ini dia hanya perlu memeriksa kerja-kerja pembajaan yang telah dilakukan pekerja-pekerja diladang itu, mana tau ada pokok-pokok yang belum dibaja atau bajanya tidak mencukupi, sememangnya Medina suka memeriksa dan memastikan sendiri semua kerja dilakukan oleh pekerjanya, dia mahu semuanya teratur.

"nak beli buah ke, coklat? bunga dah banyak dah kat ladang dia....hmm...." Ikmal memerhatikan deretan buah-buahan yang ada didalam pasaraya itu,sesekali dia menggaru kepalanya yang tidak gatal, buntu mahu membawa buah tangan apa untuk melawat Medina dan adiknya nanti, rindunya sudah menggebu-gebu, dia kini dalam misi menambat hati si bakal suri hati.

"ehhh...you....!!!!!" jerit satu dari jauh, Ikmal yang sedang berbelanja tersentak, begitu kuat laungan suara seorang wanita itu. Kepalanya segera dipusingkan kekiri Dan kekanan mencari arah pemilik suara tadi.

"sini laaaa!!"

satu tamparan lembut pada bahunya mengejutlan Ikmal, entah siapa yang sesuka hati menepuk bahunya.Wajahnya dipalingkan kebelakang.

"oh...Tasha...haaaaa....ada apa.." selamba saja Ikmal menyapa Natasha.Malas dia hendak melayan Natasha, dalam banyak-banyak pusat membeli-belah disitu juga la dia bertembung dengan Barbie doll palsu ni, detik hantinya.

"rupanya you pun belanja dekat sini ye, akhirnya jumpa jugak dengan you...kenapa you tak reply mesej-mesej I, lama tau I tunggu, I call pun you tak jawab....." perlakuan dan lenggok tubuh Natasha cukup memualkan Ikmal,tergedik-gedik macam ulat beluntas.

" hai...kenapa pulak I kena jawab mesej you, angkat call you,you bukan isteri I, lagi pun kita bukan ada apa-apa....ok la Tasha, I sibuk ni,jumpa lagi eh, assalamualaikum....." troli terus didorong laju oleh Ikmal, dia sudah tidak betah melayan Natasha, lagi lama dia disitu, lagi menjadi-jadi perangai ulat beluntas Natasha, dia tidak mahu terlalu melayan Natasha,bimbang Natasha memikirkan yang dia memberi laluan untuk mencintainya, tidak akan sesekali dia membenarkan itu, dihatinya hanya Medina.Lagian matanya sudah sakit melihat pakaian yang dikenakan Natasha, begitu ketat membalut tubuh, apalagi singkat sampai ke peha.

Natasha yang baru saja memulakan butir bicara tergamam disaat Ikmal berlalu saja pergi,tidak pernah lagi seorang lelaki seperti Ikmal menolak untuk bersamanya, kakinya dihentak geram.

"Tasha....what's wrong? muncung aje mummy tengok..." Tanya Maria, dari jauh dia melihat Natasha menghentakkan kaki, tadinya ada seorang lelaki bersama Natasha.

"Ikmal mummy, die buat bodoh je dengan Tasha,tadi dia tinggalkan aje Tasha, Tasha baru nak cakap dengan dia tau....!" marah Natasha.

"Tasha cakap apa sampai dia pergi, dah-dah jangan nagis nanti mummy cakap dengan mak dia tau....mana ada la lelaki yang boleh tolak anak mummy, anak mummy ni gorgeous, seksi,baik...." pujuk Maria. Bagaimana pun caranya, dia harus menjadikan Tan Sri Omar Dan Puan Sri Adibah besannya, bila lagi dia hendak merasa hidup yang lebih kaya tanpa membimbangkan harta yang takkan habis.

"ye...ye....boleh..." talian dimatikan, Puan Sri Adibah menggelengkan kepala.

"Ada apa Diba? abang tengok awak macam ada masalah besar aje..." tegur Tan Sri Omar setelah melihat isteri kesayangannya itu menggelengkan kepala setelah menyambut talian telefon yang tidak diketahui dari siapa.

"ni...kawan saya cakap, si Maria nak juga datang majlis akan datang ni, mereka nak menolak pun tak boleh, terpaksa la terima...kalau diikutkan hati saya ni bang....malas nak melayan...." adu Puan Sri Adibah.

"takpe la Diba, biarkan, kalau dia bertanyakan apa-apa mengenai anak kita dan dia, jawab kan aje, kita serahkan seratus peratus pada anak kita, dan tidak mahu memaksa,habis cerita...." ulas Tan Sri Omar. Puan Sri Adibah yang mendengar dari tadi menganggukkan kepala, ada benarnya ucapan suaminya itu, tidak perlu bergaduh atau bermasam muka.

"betul juga cakap abang tu, terima kasih abang,kalau takde abang ni, tak tau la saya nak cakap apa dekat Maria tu....." senyum Puan Sri Adibah.

terima kasih sudi menunggu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience