Bab 17

Romance Series 16529

Skrin telefon milik Medina yang sedang mental dilihat sekilas olehnya, jam sudah menunjukkan pukul 11.30 pagi, sebenar lagi ibu dan bapa Ikmal akan datang kerumahnya, mahu berbincang mengenai lamaran yang dibuat Ikmal, semuanya terasa pantas, Medina gusar, apakah ini jalan yang terbaik, dia bimbang akan adiknya, dapatkah Ikmal menerima Iman dengan sepenuh hati, dia tidak akan pernah meninggalkan Iman, dia berharap kedua ibu bapa Ikmal dapat menerima dirinya dan juga Iman. Lauk-lauk yang dimasak olehnya dan mak Timah baru saja menggelegak, semuanya dikira satu persatu, takut tidak mencukupi atau tidak mengikut selera tetamu yang datang.Segera Medina mencicipi lauk-lauk yang ada, takut tidak cukup atau terlebih garam, susah pula nanti.Tepat jam 12.30 tengahari kesemua masakan yang dimasak siap, lauk asam pedas ikan mayong, ikan kembung goreng, sayur buncis bersama udang goreng,sambal belacan juga ulam-ulaman dan ayam goreng yang masih berwap itu sudah siap terhidang, tinggal menunggu untuk makan sahaja. Tudung saji yang sememangnya sudah berada diatas meja dicapai Medina,dia mahu menutup makanan-makanan itu, takut dihnggapi lalat. Usai memasak, Medina terus merapikan diri dihadapan cermin,mujur saja mak Timah membantunya untuk melihat sebentar lauk-lauk yang dimasaknya, bolehlah dia mandi dan bersiap sebentar.Tudung yang sedikit senget dibetukkan Medina, Iman juga sudah disiapkan rapi, mak Timah dan Pak Mat juga sudah siap,sebentar lagi ibu dan bapa Ikmal juga akak datang. Nafas berat dilepaskan Medina,gugup juga dirinya hari ini.Dia hanya mampu berdoa agar segalanya akan baik-baik saja.

"Assalamualaikum...." bunyi salam dari luah mengejutkan Medina yang sedari tadi melamun sendirian.

"waalaikummussalam .... alhamdulillah sampai pun, jemput masuk Ikmal, tan sri,puan sri..." jemput pak Mat yang sememangnya sudah ada diluar sejak tadi.

"Allah...bang Mat...tak payah nak tan sri sangat....panggil aja Omar, ni isteri saya Diba...." huluran salam disambut oleh Pak Mat. Puan Sri Adibah menganggukkan kepala sambil tersenyum.

"segan saya dibuatnya Omar, lagipun saya ni bukan siapa-siapa...cuma orang gaji aja kat sini merangkap penjaga Medina dengan Iman..." ucap Pak Mat.

"ada apa dengan status bang Mat,nanti mati ketanah juga kita....saya tak kesah, saya dah dengar semuanya dari Ikmal..." balas Tan Sri Omar sambil tertawa.

"ye,ye..betul ucapan Omar tu, Sila duduk dulu, saya panggilan Medina dan isteri saya..." ucap Pak Mat sambil menuju kearah dapur.

"waaa...yeaaayyyy....abang Ikmal...dah sampai, ada hadiah untuk adik tak....?" Iman yang baru menuruni anak tangga menyapa Ikmal setelah melihat kelibat lelaki itu, dia terus berlari anak menuju kearah Ikmal.Langkahnya terhenti disaat dia melihat kedua ibu bapa Ikmal,segera tangan dihulur untuk bersalaman.Dia masih ingat pesanan Medina untuk menghormati orang yang lebih tua.

"sorry uncle, untie,tak perasan tadi...hehehe..." sengih Iman menampakkan barisan giginya yang putih.

"tak apa....ni mesti adik Medina kan....nama apa..." peluk Puan Sri Adibah, dia cukup suka dengan kanak-kanak, apatah lagi kanak-kanak secomel Iman.

"nama saya Nur Iman Dahlia, tapi panggil Iman je..." ucap Iman.

"uishhhhh....sedapnya nama dia....comel pulak tu....baik lagi..." Tan Sri Omar yang berada disebelah turut menyampuk.

"mestilah, mak kita yang kasi nama kita dengan kakak..." becok mulut Iman, dia begitu selesai dengan kehadiran dua sosok insan ini.

"maaf...lambat sikit, buatkan air dengan kuih ni sikit tadi...." Mak Timah kelam kabut menuju keluar dari dapur menjinjing setalam air diikuti dengan Medina yang turut sama membawa sepinggan kuih lapis.

"tak apa kak....lagipun saya dengan abang baru aje sampai..." ujar Puan Sri Adibah sambil menghulurkan tangan,cukup baik budi pekerti ibu bapa Ikmal lansung tidak mempedulikan status kedua suami isteri itu.

"terima kasih sudi datang....jemput minum...Ikmal makan kuih ni, tadi Medina yang tolong mak Timah buatkan...sedap tau..." usik mak Timah, Medina yang ada disebelahnya seperti sudah udang dibakar mukanya,malu disusik begitu.

"betul ke mak Timah,kalau Medina yang buatkan, batu pun sanggup Ikmal telan..." usikan dari Ikmal itu meledakkan gelak ketawa seisi rumah itu,bertambah-tambah malu Medina dibuatnya.

"macam ni kak, abang, kedatangan kami kat sini ni, berhajat, kami ni datang nak memetik bunga ditaman...kalau boleh kami tak nak panjangkan, nak cepatkan aja...ini cincin tanda dari kami...." ucap Tan Sri Omar setelah berbasa basi dari tadi, cincin yang dikeluarkan dari beg tangan Puan Sri Adibah disua kearah Medina dan yang lain.

"cantiknya....kami ni mengikut saja,kalau keduanya setuju, kami iakan saja....macam mana Medina kamu setuju?" soal Pak Mat setelah melihat cincin yang diberikan Tan Sri Omar.

Medina yang bersebelahan hanya menunduk dan mengangguk, tidak mampu untuk mengangkat kepalanya,lengan mak Timah masih dipaut.

"yeaaayyyy... Iman dapat abang...!" Iman yang sedari tadi mendiamkan diri akhirnya bersuara,bukan main seronok lagi dia.

Medina yang sedari tadi mendiamkan diri menjegilkan mata kearah Iman, semua yang ada disitu tertawa.

"cantik bakal menantu mama, terima kasih sudi terima anak mama jadi suami Medina...." bisik Puan Sri Adibah,matanya tidak lekang memandang Medina cukup manis bakal menantunya itu, walaupun kedua orang tuanya sudah tiada, Medina tidak tersesat jalan, auratnya terjaga apalagi tutur bicaranya.Cukup-cukup menambat hati, sungguh dia berkenan akan Medina,pandai Ikmal pilih bakal suri, bisik hatinya lagi.

"tak la auntie, terima kasih sudi terima Medina yang banyak kekurangan ni...." ujar Medina.

"ishhhh....tak nak la untie-untie, mama, mama ok...." perlahan Puan Sri Adibah mengusap kepala Medina, cinta dan sayangnya sudah jatuh pada Medina.

"baik ma...mama...."ucap Medina kembali.

"haaa.....kalau semua dah selesai, jom la kita menjamu selera....nanti sejuk pula lauk-lauk kat meja tu...." ajak Pak Mat.

"haaa...jom la kita, perut saya pun dah lapar ni, macam dah terbau-bau je masakan kat dapur tu...." seloroh Tan Sri Omar sambil melangkah keruang makan.

"sedap betul asam pedas tadi, siapa yang masak kak?" Tanya Puan Sri Adibah usai menjamu selera,cukup berselera mereka menjamah hidangan yang disediakan.

"Medina yang masak, akak tolong-tolong aje, dia tak bagi lansung akak masak...seronok la tu bakal suami nak datang...." jawab mak Timah sambil tertawa kecil.

"kalau macam ni gemuk la Ikmal nanti ma, jangan mama tak kenal Ikmal pulak nanti...." sampuk Ikmal yang datang dari belakang.

"kamu ni ada-ada aje la Ikmal, kalau macam tu kak, abang, kami mintak diri dulu la ye, nanti majlis pertunangan, kita buat pada tarikh yang ditetapkan tadi, sekali dengan majlis pejabat...nanti saya uruskan semua, jangan susah hati....." ucap Puan Sri Adibah sambil meminta diri.

"Alhamdulillah, nanti kalau ada yang perlu akak tolong Diba beritahu aja ye....akak datang..." pelukan dari Puan Sri Adibah disambut mesra.

"malam ni jangan rindu saya tau....nanti saya dah sibuk...hari ni tenung la saya puas-puas tau..." usik Ikmal sambil tersengih.

"eeeee...tak kuasa la saya nak rindu-rindu awak....dah la,mama dengan papa dah tunggu tu...." Bebel Medina geram.

"dah la tu Ikmal,macam la nanti tak jumpa lagi..." sahut Tan Sri Omar.

"alaaaaa...papa ni,orang nak sembang kejap pun tak boleh......ok la Medina I love you bakal suri hati saya....." bisik Ikmal lalu berlalu pergi.

"I love you too...." bisik Medina kembali setelah kereta milik Ikmal berlalu pergi.Cincin yang tersemat dijari manisnya diraba lembut, doanya hanya agar segalanya dipermudahkan.

tq readers <3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience