Bab 2

Romance Series 16529

Masih terasa lembutnya angin bayu pada waktu itu menyentuh pipi Medina. Terasa damai sekali, tidak mahu rasanya dia berlalu pergi. Akan tetapi bebanan yang dipikulnya seakan tidak dapat menghilang dengan keindahan dan kedamaian yang terhampar didepan mata. Seakan mahu saja dia menghentak kepalanya yang sakit ini pada batu yang bergelimpangan disetiap penjuru tebing itu.

"Sayang......" panggilan itu menangkap deria pendengaran Medina.

Kedengaran langkah kaki semakin menghampiri. Lembut panggilannya masih dapat didegari Medina. Bergetar seluruh saraf mendengar alunan suara itu. Hangat sentuhannya masih dirasai, begitu erat dia memeluk Medina dari arah belakang, pelukannya seakan membawa penawar yang menghilangkan segala sakit yang ditanggung.

Dengan sekelip mata, segala masalah dan bebanan yang ditanggung sekian lama beransur hilang. Hilang dibawa pergi oleh semilir angin yang menyentuh pipi. Serasa dirinya seperti diawangan. Masih kukuh tersemat diminda Medina sebentuk cincin tersarung kemas dijari manisnya seakan memberi petunjuk bahwa dia adalah miliknya. Air mata mula membasahi pipi Medina, tetapi kali ini ianya bukan lagi air mata duka. Entah mengapa tiba-tiba saja duka yang ditanggung Medina seakan hilang, terbang meninggalkan dirinya. Terasa bahagia mula mengisi ruang hati.

"Siapa ini Tuhan....? Adakah dia malaikat utusanMu? Adakah Kau menghadiahkannya padaku?" Pelbagai persoalan mula menerjah ruang fikiran Medina.

Pelukannya masih erat. Tidak sedikitpun dia bersuara, seolah-olah dia sedang menikmati keindahan yang terbentang di depan mata. Perasaan ingin tahu semakin mencengkam hati Medina. Perlahan pelukannya dileraikan Medina, wajahnya ditatap, akan tetapi Medina masih tidak mengenali sosok lelaki itu, entah....seakan dapat melihat, tetapi tidak dapat dizahirkan dengan akal fikiran dan kata-kata. Hanya itu yang dapat digambarkan Medina. Ingin saja Medina bertanya gerangan jejaka itu, akan tetapi kata-kata itu lansung tidak terluah dari kantung suara Medina sepertinya ada seketul batu besar didalam tenggorokannya.

Apa yang mampu dilakukan Medina hanyalah melihat setiap inci makhluk yang berada dihadapannya. Tinggi lampai orangnya, kulit tidak terlalu cerah atau gelap, berdada bidang walaupun tidak sasa. Aneh, Medina lansung tidak merasa asing disisi lelaki itu, seolah-olah Medina telah lama mengenalinya.

Lelaki itu tiba-tiba tersenyum melihat kelakuan Medina, indah sekali senyuman itu. Terasa lapang dada Medina melihat senyuman yang terukir dibibir lelaki itu.

"Siapa dia Tuhan....." Hanya itu yang terlintas dihatinya, dan bayangan lelaki itu mulai hilang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience