Bab 9

Romance Series 16529

“Medina, Medina, bangun cepat...!” Suara itu kedengaran cemas.

“Sakitnya kepala.....awak ni siapa...macam mana awak dengan saya boleh ada kat sini....?”

“Awak dah tak ingat saya?”

Medina menggelengkan kepala, wajah lelaki itu masih belum dapat mengingatkan Medina kepada sesiapa.

“Aduh...aku kat mana ni......” Medina mula membuka mata, terasa berat kepalanya. Kedengaran sayup dari jauh suara yang seakan dikenalinya.

“Kenapa korang ni bodoh sangat? Kerja senang pun tak boleh buat ke? Aku suruh bawak budak Medina tu! Yang korang angkut sekali budak lelaki yang entah sape-sape tu kenapa??”

“Nak buat macam mana bos, Jamal ni, lembap sangat buat kerja, sebab tu la budak lelaki tu sempat datang, nak tak nak, angkut jela bos, kalau tak kantoi kang susah”

“Apa pulak aku...”

“Dah..! Aku tak kira, aku nak korang settlekan masalah ni, macam mana cara sekalipun, aku nak budak tu mampus!”

Dalam kesamaran itu, jelas kelihatan sosok tubuh yang amat dikenali Medina.

“Pak su.....? Tu pak su ke? Tolong Medina pak su.......” lemah suara Medina.

“Ohhh...dah sedar pun kau ye...? Kesian anak saudara pak su ni ye...? Pening ke?” Tanya Pak su sambil mengekek ketawa.

“Pak su...apa ni pak su, lepaskan la Medina, kenapa pak su tak nak tolong Medina?”

“Tolong kau? Kau?? Manusia yang dah gagalkan rancangan aku dua tahun dulu untuk dapatkan harta abang aku?? Tak mungkin la..”

“Pak su...sedarlah pak su, ni Medina, anak saudara kandung pak su...mengucap pak su, apa pak su cakap ni...”

“Kau nak tahu kenapa mak dan ayah kau mati dulu Medina? Ayah dan mak kau mati dulu dalam kemalangan, dan kau tahu tak? Diorang mati katak, sebab aku yang bunuh! Aku sengaja rancang kematian diorang, memandangkan kau sekejap lagi akan mampus, jadi tak salah rasaya aku bagitahu kau hal sebenar...”

“Dan, tak lama lagi, adik kau akan menyusul...jadi tak perlu la kau risau, bila kau mati adik kau tak ada orang jaga, maklum la, aku tak nak susahkan diri aku jaga adik kau!” Pak Sunya sudah seperti orang hilang akal, tidak terlihat sedikit belas pun dimata tua itu.

“Pak su kejam! Sampai hati pak su bunuh keluarga sendiri hanya sebab duit! Apa salah kami pada pak su?!” Menggigil seluruh tubuh Medina mendengar pengakuan dari pak sunya, jika dia tidak diikat sekarang, sudah pasti habis pak sunya dikerjakan.

“Tak payah banyak bunyi, kau duduk je diam-diam kat situ ye? Nanti ajal kau akan sampai..” pak sunya terus berlalu dari situ.

“Pak su! Medina takkan maafkan pak su!”

“Sayangnya....perempuan cantik macam kau ni awal-awal dah kena mati kan...? Apa lagi Jamal? Buat la keje!” Arah Malik.

“Haaa...ada apa-apa lagi nak cakap? Nak mengucap dulu?”

“Korang ni memang binatang kan? Sanggup korang bunuh orang yang tak berdosa dekat korang!” Tengking Ikmal. Jika tangannya tidak berikat, mahu saja dia membelasah kedua manusia bertopengkan syaitan itu.

“Ahhhh...! Diam! Kau apa tau! Jamal, settle!”

“Selamat tinggal gadis cantik”

BANGGG...!!

“Allah...!”

Pandangan mata Medina mulai gelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience