Bab 5

Romance Series 16529

"You ni dah kenapa Tasha? Tak habis-habis dengan perangai sombong, bongkak you tu, you ni memang tak tahu malu ke?" Amarah Ikmal sudah tidak dapat ditahan lagi, jika bukan kerana ibunya yang meminta tidak hingin dia keluar dengan gadis itu. Perangai sebijik macam kakak tiri Cinderella.

"Kenapa nak marah i pulak, sepatutnya you bela i, bukan budak tu, dia kan yang langgar i, i tak salah ok" Natasha tidak mahu mengalah.

"Dah, kita dah sampai, you dengan attitude you boleh keluar sekarang dari kereta i, rimaslah dengan perangai you ni"

Terus saja Ikmal memecut laju pacuan empat roda miliknya setelah menurunkan Natasha dirumahnya, tidak betah dia berlama-lama disitu, sakit mata yang melihat, sakit lagi hati melihatkan perangai barbie doll palsu itu. Sudahlah gedik, sombong pulak tu, harapkan muka je cantik. Jika bukan kerana permintaan mamanya tadi yang meminta menghantarkan Natasha pulang, tidak mungkin dia sesekali akan keluar dengan Natasha, apalagi mengikut kehendak gadis itu. Simpang malaikat 44. Desis hati kecil Ikmal.

********************

"Hah, nampak pun batang hidung kau, aku ingatkan dah tak reti nampak jalan balik rumah. Kau kemana Medina? Kau tau tak aku dah lama tunggu kau? Kau ni memang tak reti nak hormat orang tua lansung kan??"

Suara itu bergema sebaik saja Medina dan Iman menjejakkan kaki ke dalam rumah, entah bala apa lagi yang akan menimpa mereka berdua dia sendiri tidak tahu. Medina sudah lali mendengar laungan itu, siapa lagi kalau bukan neneknya. Setiap ucapannya sudah dapat dihafal Medina, apalagi tujuan mereka kesitu, tidak lain tidak bukan hanya untuk wang.

"Mak Timah mintak maaf cik Medina, mereka nak masuk jugak" adu Mak Timah, pembantu merangkap penjaga mereka sejak dari mereka kecil, kasihan dia melihat wajah tua itu, ada redup kerisauan yang terpamer di wajahnya, bimbang dimarahi Medina agaknya.

"Mak, jangan risau, Medina faham, mak ajak adik kedapur ye, Medina ada beli makanan, nanti kita makan ye mak" Medina sudah biasa dari kecil menggunakan kata ganti Mak kepada Mak Timah, sudah dianggap Mak Timah seperti ibu kandungnya sendiri, cuma Mak Timah saja yang sentiasa bercik dengan Medina walaupun sudah dilarang.

"Adik, adik ikut mak ke dapur ye sayang, kejap lagi along pergi ok?"

Angguk Iman perlahan, terus saja dia membuntuti Mak Timah ke dapur. Kasihan Medina melihat adiknya, dengan nenek sendiri pun dia takut, tidak pernah sekali pun dia dapat bermanja dengan neneknya itu.

"Assalamualaikum nek, pak su, mak su, ada apa datang ni?" Sapa Medina lembut, wlaupun dia sudah tahu hajat kedatangan anak beranak itu.

"Kau tak payah nak buat baik sangat la Medina, aku tahu hati kau tu, mesti mengata aku kan? Dasar busuk hati, talam dua muka!" Herdik neneknya. Medina hanya mampu beristighfar didalam hati. Ada saja yang tidak kena pada pandangan mata neneknya. Sedari dulu memang mama, Medina dan adiknya tidak disukai neneknya itu hanya kerana ayahnya lebih memilih untuk bersama jodoh pilihannya sendiri dari menerima jodoh pilihan neneknya.

"Ni aku nak tanya kau ni, kenapa kau bagi lima ribu ringgit je dekat pak su kau hari tu? Kau tahu kan dia tengah susah, aku pun nak guna duit, kau kena ingat, harta ni semua harta bapak kau tau, anak aku, walaupun dia dah wasiatkan semuanya atas nama kau, kau jangan lupa, aku ni mak dia, aku pun ada hak aku, mentang-mentang la aku tak datang hari tu, sesuka hati je kan kau buli pak su kau?"

"Aku tak kira, aku tetap nakkan sepuluh ribu lagi!"

Medina menarik nafas panjang sebelum memulakan bicara. Berat sungguh untuk meluahkan segala yang terbuku.

"Nek, Medina bukan tak nak kasi duit tu pada pak su, tapi dah berapa kali pak su cakap dia nak buat bisnes, tapi tak pernah jadi, duit pulak hilang entah kemana, pasal hal nenek pulak, Medina setiap bulan nek, tak pernah miss walau sekalipun masukkan duit dalam akaun nenek lima ribu ringgit setiap bulan, sesuai dengan kemampuan Medina sekarang nek, takkan tu pun tak cukup-cukup lagi nek..."

Medina sudah cukup buntu, setiap bulan perkara yang sama terjadi, sudah puas dia menerangkan segalanya kepada neneknya itu, tetapi tidak pernah sekalipun neneknya itu mahu menerima setiap penjelasan Medina, ada saja alasan yang diberi. Pak sunya pula, ada saja masalah yang dibuat, mereka hanya tahu meminta dan memeras setiap sen dari Medina, bukit yang ditarah juga akan habis, apalagi harta yang ada, mana mahu bayar gaji pekerja dan pusingan modal lagi, pusing Medina memikirkan mereka.

"Medina mintak maaf nek, tapi Medina tak boleh bagi duit sepuluh ribu tu, nenek dan pak su nak atau tak, Medina cuma boleh bagi lima ribu sahaja, itu keputusan muktamad"

"Kau ni kan, memang...." ucapan itu hanya sampai disitu. Cek yang diletakkan diatas meja diambil.

"Kau ingat Medina, nanti aku akan datang lagi tuntut duit anak aku" ugut neneknya sambil berlalu pergi. Pak su dan mak sunya hanya diam membisu sambil menunjukkan muka masam mencuka dibelakang neneknya. Sudah pasti mereka tidak berpuas hati kerana tidak mendapat apa yang diinginkan.

Penat Medina melayankan kerenah mereka. Mujur mereka terus berlalu pergi setelah mendapat wang tadi, barulah lega sedikit hati Medina.

"Along, nenek marah along ke? Along ok?" Tanya Iman sebaik saja melihat neneknya pergi.

"Tak sayang, nenek tak marah, nenek penat je tu, sebab tu muka nenek masam" Dalih medina, dia tidak mahu hati adiknya ditumbuhi dengan perasaan benci pada keluarga sendiri. Entah apalah nasib mereka, sudahlah yatim piatu, ada ahli keluarga pun lansung tidak mempedulikan nasib mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience