Bab 4

Romance Series 16529

"Along, adik rasa nak makan ayam goreng la...dah lama adik tak makan ayam goreng, along asyik sibuk je"

"Hurmmm...ayam goreng ye? Boleh! Tapi adik kena mandi dan mengaji dulu, lepas tu janji dengan along adik nak sekolah rajin-rajin"

"Betul ni along?? Tak tipu??"

"Betul la, muka along ada macam tengah tipu adik ke?" Jawab Medina sambil membuat mimik muka.

"Yeaaayyyyy!!! Adik sayang along!!"

"Along pun sayang adik, along mintak maaf sebab along sibuk, cepat pergi mandi, nanti lewat"

"Baik along!" Iman terus berlalu pergi setelah menghadiahkan sebuah ciuman dipipi Medina, gembira sungguh dia.

Ceria sungguh wajah adiknya. Menyesal pula Medina kerana terlalu sibuk kebelakangan ini. Sejak kematian kedua orang tuanya, Medina terpaksa menggalas segala tanggungjawab menjaga adiknya dan menguruskan perniagaan ayahnya termasuklah ladang bunga milik ibunya. Untung saja sejak kecil Medina sudah diajar dan diasuh untuk menguruskan hal-hal berkaitan perniagaan dan pengurusan ladang bunga milik kedua orang tuanya,jika tidak entah apa nasib yang akan menimpa Medina dan adiknya.

*************

"Adik, kita dah sampai ni, nak ayam goreng tak?" Medina mengejutkan adiknya yang sedari tadi terlena didalam kereta, letih agaknya sedari tadi mengikut Medina diladang.

"Dah sampai ke long...? Adik nak ayam goreng..." jawab Iman sambil menggosok kedua matanya dengan belakang tangan.

"Ok jom..."

Senyuman tidak lekang dari wajah Iman, begitu seronok dia. Tidak henti-henti mulutnya berceloteh.

"Along cepat, adik nak ayam goreng, adik dah tak sabar ni" Iman berlari-lari anak menuju ke kaunter pesanan.

BUKKKK..!!!

"Aduh! Maaf kakak" tiba-tiba secara tidak sengaja Iman terlanggar seorang pelanggan.

"Apa kakak-kakak?? Hei budak, kau tak nampak ke aku kat sini?? Buta ke apa??" Bentak perempuan itu.

Medina yang menyedari situasi tersebut terus meluru kearah adiknya.

"Maaf cik, dia tak sengaja, ada apa-apa yang rosak? Saya ganti balik...Iman ok?" Pertanyaan Medina dibalas dengan anggukan dari Iman.

"Ni budak ni langgar-langgar orang, dia bodoh ke apa? Mak bapak tak ajar ke? Dia tahu tak beg aku ni mahal, kalau rosak kau ada duit ke nak ganti??"

"Cik, saya rasa cik kot yang terencat akal kat sini, dia tak sengaja, cik faham atau tak? Dia pun dah mintak maaf, apa cik ingat cik pakai beg mahal cik dah boleh kurang ajar dengan orang ke?" Medina sudah tidak dapat menahan amarah. Perempuan itu sudah berlebihan, bukannya Iman sengaja melanggar dia.

"Kau dah kenapa perempuan? Anak kau ke? Ikut suka aku la nak cakap apa pun, bukan masalah kau!"

"Kalau anak aku pun kenapa, sekurang-kurangnya dia tak macam kau! Dasar mak cik glitter...!"

"Eeee...kau kan..."

"Tasha..!" belum sempat tamparan diberi, satu suara menyergah dari arah belakang.

"Saya minta maaf cik, dia memang macam ni, Tasha, kenapa dengan awak ni, dengan budak pun nak cari pasal" Marah Ikmal Firdaus.

"Kenapa pulak saya, dah la, saya nak balik..!" Bentak Natasha Erina sambil berlalu pergi.

Puas hati Medina, memang padan dengan mak cik glitter tu, sudahlah kurang ajar, baju lip-lap, lip -lap macam pokok krismas, ada hati nak memgata papa dan mamanya.

"Dah dik, jom kita beli ayam goreng lagi best! Along tiba-tiba pulak lapar teruk.." seloroh Medina.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience