Bab 8

Romance Series 16529

“Aku geram betul la dengan budak tak guna tu..!”

“Tu la abang, elok dari dulu lagi kita hapuskan budak tu, bukan main liat lagi kan nyawa budak-budak tu, ingatkan dah mampus dengan mak bapak diorang, rupa-rupanya, hidup lagi!”

“Kau cakap senang la Kiah, kau ingat keje bunuh orang ni macam bunuh lipas ke? Tu, kes yang abang long dengan kak long dulu tu, nasib baik kita boleh lepas tau? Kalau tak, kedalam kita, silap hari bulan, ke lubang kubur!”

“Habis tu macam mana lagi abang? Abang nak ke kita hidup macam ni je? Dah la hutang keliling pinggang!”

“Aku tahu la Kiah buat kerja aku, kau jangan banyak bunyi, satu hari nanti siap la budak tu, berani dia malukan aku depan mak, apa dia ingat dia dah bagus sangat..!” Sudah lama Imran menahan sabar, jika diikutkan hati, mahu saja sekarang juga dia menghapuskan zuriat abang kandungnya itu. Baginya Medina dan Iman sudah menjadi penghalang untuk dia mendapatkan harta abang kandungnya.

************

“Adik...belajar elok-elok tau, jangan nakal-nakal, petang ni, pak mat datang ambik adik tau, along ada kerja nak siapkan”

“Alaaaa...tak best la along takde, along asyik keje je, adik sunyi la, kat rumah adik tak buat apa pun...”

“Ok, macam ni, nanti cuti sekolah, along bawak adik, Mak dengan pak Mat pergi bercuti, nak tak?”

“Along tak mungkir janji kan kali ni? Janji?”

“Janji sayang....”

Dari jauh kelihatan seorang pemuda sedang merenung gelagat dua beradik itu dari celahan cermin kereta yang sedikit terbuka. Sudah menjadi rutin pemuda itu sejak dua bulan yang lalu mengikut setiap jejak Medina.

“Nur Medina Rose, kenapa la kau buat aku angaukan kau...” keluh Ikmal Firdaus. Dalam tidak sedar dia tersenyum keseorangan.

“Dah, masuk sekolah cepat....!!!! Nanti lewat...!” Pipi Iman ditarik lembut.

“Adoi...adoi...sakit la pipi adik along..hahaha..” balas Iman sambil membuat muka comel.

“Tata along! Adik sayang along..!”

“Along pun sayang adik jugak...!”

Medina mula menuju ke arah kereta yang diparkir diseberang jalan setelah bayang adiknya menghilang kedalam kawasan sekolah.

“Tu la budak tu Jamal, cepat, pergi tangkap dia!” Kereta berkaca gelap itu meluru laju kearah Medina.

“Ya Allah, apa ni..!” Nyaris Medina dilanggar kereta tersebut.

“Masuk! Aku cakap masuk! Jamal, cepat tekup mulut budak ni!”

“Lepaskan aku! Tolong! Tolong! Ummpphh...”

“Ya Allah, Medina!”

Pandangan mata Medina mulai kabur, hanya suara itu yang didengarinya sebelum semuanya kelam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience