Bab 7

Romance Series 16529

-ROSA CANINA FLORIST (NUR MEDINA ROSE~0111xxxxxxx)-

“Hurmmmm....Nur Medina Rose...cantik...secantik empunya diri...”

“Apa lagi maklumat yang kau dapat pasal Medina ni...?”

“Setakat ni, yang saya dapat tahu, dia tinggal bertiga, sorang perempuan tua dan seorang budak kecil dalam usia 5 tahun, dia belum berkahwin, ibu dan bapa dia dah dua tahun meninggal dalam kemalangan jalanraya, dia sekarang menguruskan perniagan ayah dia dan perladangan mak dia, dalam pada yang sama dia ada buka kedai bunga tu la...”

“Jap....budak kecik tu siapa? Apa hubungan diorang, macam yang kau cakap tadi, dia tak kahwin lagi kan...?”

“Oh...budak tu adik dia tuan, adik bongsu, selepas kematian orang tua dia, dia yang ambik alih syarikat dan tanggungjawab menjaga adik dia tuan...”

“Ouhhh...ok, terima kasih, nanti apa-apa hal aku akan hubungi kau balik...”

“Baik tuan, saya mintak diri dulu...”

“Medina....Medina....kenapa la kau curi hati aku....” gumam Ikmal. Sungguh, gadis itu telah mencuri hatinya.

**************

“Uhukkk...uhukkk....!”

“Ehhh...dah kenapa ni Medina, tu la...gelojoh sangat, akak dah cakap tadi, jangan gelojoh, kan dah tersedak...”

“Mane ada kak Sri...Medina mana ada gelojoh...tah sape tah yang sebut-sebut nama Medina...”

“Pandai la kamu, percaya sangat dengan benda macam tu...dah la, akak nak balik, kamu ni tak nak balik lagi ke? Dah lewat sangat ni....”

“Ha’ah la kak.....dah lewat ni, tak perasan pulak, takpe la kak, akak balik dulu, ni kedai ni nanti saya tutup ok?”

“Betul ni? Akak balik tau...”

“Ye kak...akak balik dulu ok...”

KTANGGG...!

“Astaghfirullahalazim..! Amenda pulak la malam-malam ni, lindungilah aku ya Allah...”. Medina tersentak mendengar dentuman dari tin itu.

‘Kucing agaknya’ detik Medina menyedapkan hati.

Tanpa disedari Medina, ada sepasang mata yang menatap setiap perlakuannya dari jauh. Begitu tekun mata itu mengintip setiap tindak tanduk Medina.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience