Bab 14

Romance Series 16529

Tangisan semakin jelas kedengaran dicuping telinga Medina, suara tangisan itu amat dikenalinya. Baru sebentar tadi dia mendapat pengkhabaran dari inspektor yang bertugas tentang kes penculikan dan cubaan membunuhnya tempoh hari. Dia diminta datang ke hospital untuk membuat pengecaman mayat, mayat insan yang disangka penjaganya selama ini merangkap manusia yang amat membencinya.

“Anak aku......anak aku.....kenapa korang bunuh anak aku...anak aku tak bersalah..!!!” Suara tua itu semakin menggila.

“Mak cik, kami hanya menjalankan tugas, kami berharap mak cik banyakkan bersabar”

“Korang jahat! Korang bunuh anak aku....anak mak...jangan tinggalkan mak...”

“Nek.....” Medina cuba memujuk neneknya. Walaupun neneknya begitu kejam terhadap dirinya, sekelumit dendam tidak pernah tumbuh dihati.

“Kau buat apa haa kat sini???? Dasar cucu pembawa sial! Kau kan yang suruh polis-polis ni semua tembak anak aku??? Dulu kau dengan mak kau rampas anak sulung aku! Sekarang kau pulak rampas satu-satunya lagi anak aku! Kau memang sakit hati dengan aku kan??? Dasar cucu tak guna!” Nenek Medina terus menerus menghinanya. Hanya tangisan yang mampu dihamburkan Medina, dia tidak mahu terus menambahkan luka dihati neneknya.

“Nenek! Saya minta maaf kalau saya mencelah, tapi Medina tak salah, dia tak terlibat lansung dalam semua ni, malah anak nenek yang nak bunuh dia, nenek kena ingat tu!” Tegas Ikmal, dia begitu kasihan melihat nasib Medina yang terus menerus dibenci keluarga sendiri.

“Kau siapa nak bela-bela dia? Kau seronok la sekarang kan Medina ada jantan entah siapa-siapa bela kau! Kau ingat aku heran dengan dia ni??”

Hati Medina seperti disayat-sayat mendengar setiap patah butir bicara neneknya. Tidak adakah sekelumit sayang pun dihati neneknya buat dirinya dan adik.

“Dah Medina, mari kita pergi, tak guna kita tunggu lagi...” Ikmal pantas mengheret Medina jauh dari situ. Sakit hatinya melihat Medina diperlakukan tidak ubah seperti kucing kurap.

“Puan, puan diminta mengikut kami sekarang diatas penglibatan puan dalam kes pengedaran dadah bersama suami puan”

“Tapi saya tak bersalah, saya tak bersalah! Mak tolong saya mak, saya tak salah...!”

“Puan boleh ikut kami sekarang, segala perbicaraan bileh dilakukan dibalai nanti”

“Mak...mak!” Raung mak sunya.

Medina hanya mampu memerhatikan segalanya dari jauh. Dia tidak mahu dihina lagi, cukuplah segalanya tadi yang sudah cukup untuk merobek seketul hati yang dilukai.

Ikmal yang menjadi pemerhati dari tadi terus menarik Medina pergi dari situ,tidak betah dia melihat Medina dihina walaupun dari keluarga sendiri.Air mata yang mengalir dipipi Medina disapu lembut menggunakan sapu tangan miliknya. Hatinya semakin jatuh sayang pada Medina, tidak disangka wajah lembut gadis itu menyimpan begitu banyak luka.

"jom kita balik..." ajak Ikmal, sudah lama mereka disini dan urusan dengan pihak polis juga sudah selesai. Segala urusan pengkebumian bapa saudaranya juga sudah diuruska Medina walaupun baru sahaja bapa saudaranya itu ingin membunuh dirinya.Neneknya juga tidak mahu melihat kelibat Medina dirumahnya atau ditanah perkuburan, Medina redha, dia sudah lelah untuk bertegang urat dengan neneknya.Apatah lagi dia satu-satunya nenek yang dia ada, nenek sebelah ibunya sudah lama tiada sebelum dia dilahirkan kedunia lagi.

"jom..mesti adik saya dah risau kat rumah...." perlahan Medina menyambut ajakan Ikmal.

Burung yang berkicauan didahan pepohon yang mengelilingi villa milik Medina dan adiknya itu diperhatikan dengan pandangan sayu, hari ini pengkebumian bapa saudaranya telah selesai, dia hanya mampu memandang jenazah dimasukkan kedalam liang lahad dari jauh, menurut perintah dari neneknya. Dia sudah cukup penat untuk menerima segala maki hamun, biarlah dia hanya melihat dari jauh.Kelihatan juga ibu saudaranya dibawa oleh polis menuju ke arah kubur arwah bapa saudaranya, sugul dan kusut sungguh wajah isteri bapa saudaranya itu, apalagi hendak diucapkan, segala yang menimpa semuanya atas kehendak sendiri, mahu cepat kaya tanpa mempedulikan segalanya mahupun halal atau haram.

"akak....! akak kenapa menung ajak kat sini, akak ok?" Tanya Iman sambil memeluk Medina.

"hei sayang....adik akak dah bangun, akak ok la sayang....ni adik dah mandi belum?" peluk Medina sambil memcium pipi adiknya itu. Wajahnya yang muram terus saja digariskan dengan senyuman, tidak mahu adiknya melihat adiknya itu bersedih.

"hehehehe....dah la, adik dah mandi...akak jom makan, mak ada masak nasi goreng ikan yang sedap dengan keropok keeping tau, adik lapar la..." ajak Iman. Medina yang tidak sampai hati melihat ajakan adiknya terus saja membontoti adiknya turun ke ruang makan.

"sedapnya bau....mak masak apa ni....." terus saja perutnya berkeroncong setelah menghidu bauan yang membuat perutnya berlagu rancak.

"eh cik Medina, ni haaa....mak masak nasi goreng ikan, keropok keping goreng dengan kuih bom inti ikan ni...alang-alang ada baki ikan goreng semalam, mak masak la, ni mesti Cik Medina lapar kan, semalam seharian tak makan, cik Medina ok?" terang Mak Timah sambil bertanyakan keadaan Medina, kasihan dia melihat anak itu, segala sayang sudah jatuh pada kedua anak gadis itu, apatah lagi dia dan suaminya Pak Mat pemandu dirumah itu lansung tidak dikurniakan anak setelah berpuluh tahun berkahwin.

"Alaaa mak ni, cik,cik,cik, Medina sudah la mak, mak bukan orang lain dengan Medina kan, Medina ok mak, Medina kuat, mak, Medina lapar la, tak sabar nak makan nasi goreng mak yang legend lagi sedap ni..." seloroh Medina.

"ye,ye..mak mintak maaf...haaa..alang-alang Medina kat sini, bawa air the yang mak dah bancuh tu kedepan, kesian Iman, mesti dah lapar tu..."

"baik mak! menurut perintah!"senang hati Medina ketika berada dirumahnya, kedua orang gajinya itu begitu baik, sudah dianggap keluarga dari saat kedua ibu bapanya ada lagi.

Sarapan pagi itu terasa enak sekali apalagi dihiasi dengan gelak ketawa dari Medina dan Iman yang begitu seronok melihat gurauan dari Pak Mat suami Mak Timah yang menjadi pemandu dirumahnya.

terima kasih kerana menunggu, penulis akan memulai semula update novel yang tertangguh ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience