BAB 12

Romance Completed 6832

“Lepas! Biar aku jumpa suami aku!” Ika menjerit seperti orang gila selepas mendengar berita tentang Hakimi yang kritikal. Habis semua jururawat yang memegangnya di pukul dan ditolak sekuat hati. Baru seorang doktor mahu menyuntik ubat penenang, Hikmah terlebih dahulu menegah.

“Nanti. Biarkan dia jumpa Hakimi. Mungkin ini peluang terakhir.” Ujar Hikmah dengan suara yang serak. Esaknya kembali. Ika yang mendengar berhenti meronta. Pipinya turut basah dengan air mata.

Melihat jururawat dan doktor sudah memberi ruang, Ika turun dari katil. Rahim membawa kerusi roda dekat dengan anaknya untuk dinaiki.

“Nurse… Anak saya.” Pinta Ika sayu. Jururawat itu segera mengambil bayi lelaki di dalam katil bayi berdekatan sebelum di serahkan pada Ika. Wajah mereka turut di bayangi sayu. Simpati dengan nasibnya mungkin.

Sampai di katil Hakimi, Ika bangkit dari kerusi roda lalu duduk di atas katil betul-betul di sebelah Hakimi. Terasa pecah pembuluh darahnya melihat keadaan suaminya yang kritikal.

Wayar berseliratan di tubuh itu. Bayi dalam dukungannya menggeliat. Ika tersenyum pahit. Bayi comel itu diletakkan di atas lengan Hakimi seolah-olah suaminya itu memangku bayi comel itu.

“Kimi… Ni anak kita. Ika bagi nama yang Kimi pilih. Muhammad Haikal Farish bin Muhammad Hakimi Farish.” Tersekat-sekat suaranya menahan sendu. Ika berbaring di sebelah Hakimi. Bayi mereka betul-betul berada di antara mereka. Pipi Hakimi di usap lembut sebelum dikucup penuh kasih.

“Kimi…” Dia terhenti. Ika menekup mulutnya cuba menahan pilu yang memalu dadanya. Dia menarik nafas panjang supaya tangisnya tidak pecah saat ini.

“Cinta ini ika akan bawa sampai mati.” Ucap Ika setelah tangisnya terkawal meski esaknya masih kedengaran. Tangannya menepuk perlahan bayinya yang menguit-nguit dalam pangkuan Hakimi. Ika merapatkan bibirnya ke telinga Hakimi.

“Ain Zulaikha CINTAkan Muhammad Hakimi Farish.” Bisik Ika sebelum bibirnya mengucup pipi itu sekali lagi.

“Terlalu cinta…” Ucapnya lagi. Ika dapat melihat ada air mata mengalir dari kelopak mata Hakimi yang terkatup rapat. Seketika kemudian, graf hayat di monitor menjadi rata. Ika turut terkulai di sisi Hakimi yang sudah di jemput Allah.

“Sampai bila Ika nak jadi macam ni. Dah setahun Hakimi pergi. Haikal tu perlukan ibu dia.” Suara Zalila mematikan lamunan Ika. Ika hanya memandang kosong syiling rumahnya. Langsung tiada reaksi darinya.

Zalila berpaling melihat suaminya yang sedang memangku Haikal. Dia menganggukkan kepala. Rahim menapak mendekati anaknya lalu cucunya diletakkan di sebelah Ika. Haikal mula memanjat tubuh Ika. Wajahnya mendekat lalu pipi Ika dikucup.

Suaranya terkekek ketawa. Ika mengalih pandangannya ke wajah Haikal. Mirip sekali dengan Hakimi. Terburai lagi tangisan Ika. Tubuh montel Haikal di bawa ke dalam pelukan. Zalila dan Rahim turut menangis sayu.

‘Tabahlah anakku…’ Getus hati Zalila dan Rahim.

Ika memimpin tangan kecil Haikal yang masih bertatih. Sesekali anaknya itu seperti tidak seimbang. Melihatkan Haikal yang terkedek-kedek cuba mengejar langkahnya yang agak panjang, hati ibunya tercuit. Terus dia mengendong tubuh montel itu. Pipi gebu anaknya di cium bertalu-talu sehingga anaknya itu mengekek ketawa. Dia turut tertawa.

Alhamdulillah Allah mengembalikan semangat ke dalam hidupnya melalui anaknya. Tanda cinta dia dan Hakimi. Zalila dan Hikmah yang mengekor dari belakang turut tersenyum senang melihat telatah ibu dan anak itu.

“Ika, tu nombor kita.” Bahu Ika dicuit Zalila. Mereka di klinik untuk memeriksa Haikal yang demam selsema. Ika segera bangun sambil menggendong Haikal ke bilik. Pintu dibuka. Jururawat muda yang berada di muka pintu menjemputnya duduk.

Ika merenung Doktor lelaki yang membelakanginya itu. Sibuk benar gayanya. Seketika kemudian kerusi itu berpusing ke arahnya. Mata mereka bertaut. Doktor lelaki itu kelihatan benar-benar terkejut. Ika juga begitu. Berkerut wajahnya melihat lelaki yang telah lama tidak dia ketemu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience