BAB 7

Romance Completed 6832

“Nothing.” Jawab Zariff sambil tersengih. Ray sudah menggaru kepalanya. Dah biul agaknya kawannya ini. Dia mengeluh…perlahan.

Ika terbatuk-batuk kecil. Matanya masih terpejam rapat. Amirah dan Syuhada berpandangan. Mereka merapati Ika yang sedang terbaring lemah di atas katil. Batuk-batuk kecilnya masih kedengaran. Syuhada meletakkan tapak tangannya di atas dahi Ika yang sedang berkelubung dengan selimut itu.

“Panas!” Syuhada membulatkan matanya pada Amirah.

“Macam mana ni?” Soal Amirah. Belum sempat Syuhada menjawab, telefon bimbit milik Ika berbunyi. Waktu itu juga Alissa muncul di pintu membawa makanan malam.

Alissa memandang telefon bimbit Ika di atas meja berdekatan pintu. Dia mencapai telefon itu lalu menekan punat hijau sebelum dilekapkan alat itu di telinganya. Bungkusan makanan di tangannya diletak di atas meja.

Alissa berbual sekejap dengan orang di talian itu. Selepas beberapa minit, Alissa mendekati Syuhada dan Amira dengan wajah yang keliru.

“Siapa?” Soal Syuhada dan Amirah hampir serentak.

“Suami Ika.” Pendek jawapannya.

“Hah?!”

Hakimi meletakkan telapak tangannya di dahi Ika.

“Dah kebah sikit.” Hakimi bersuara. Dia mengelus lembut pipi mulus isterinya yang melentokkan kepala ke bahunya sambil memejamkan mata. Hakimi memandang wajah rakan-rakan sebilik Ika di hadapannya. Ketiga-tiga mereka menumpukan perhatian pada minuman di kafe itu.

“Terima kasihlah tolong jaga Ika. Demam sebab takut sangat masa dekat hutan hari tu.” Ujar Hakimi. Tiga gadis itu tersenyum.

“Tak ada apalah.” Alissa menolak gelasnya yang sudah separuh kosong.

“Tak sangka Ika betul-betul dah bersuami. Ingatkan dia bergurau sahaja.” Tutur Alissa.

Hakimi tersenyum. Dia tidak menyalahkan mereka. Siapalah yang akan mempercayai status sebenar hubungan antara dia dan Ika. Mereka masih terlalu muda.

Ika mengangkat kepalanya. Meski demamnya sudah agak kebah, namun kepalanya masih terasa pusing.

“Kimi… Esok dah mula kuliah.” Ika menggumam. Malas rasa mahu tercongok berjam-jam di hadapan pensyarah.

“Alah… Esok mesti sembuh punyalah. Isteri Kimi ni kan kuat.” Hakimi menggosok-gosok ubun-ubun Ika. Ika tersenyum. Dia semakin bahagia mendengar gelaran ‘isteri Kimi’. Semakin hari kasihnya buat suaminya semakin mendalam ditambah dengan sikap Hakimi yang prihatin itu. Alissa, Syuhada dan Amirah tersenyum penuh makna melihat pasangan di hadapan mereka itu.

Ika berjalan berseorangan sambil membaca nota kecil di tangannya. Tanpa dia sedari, tubuh kecilnya merempuh seseorang hingga jatuh terduduk dia. Habis buku-bukunya tercampak di atas lantai kaki lima itu.

“Sorry, sorry.” Affendi menghulurkan tangannya mahu membantu Ika yang terjatuh tadi. Salahnya juga tidak menyedari gadis itu hingga merempuhnya. Ika menolak baik lalu bangkit sendiri dari jatuhnya.

Dia segera mengutip buku-bukunya yang berterabur dibantu Affendi, Zariff, Ray dan Adrian. Selesai semuanya, sekali lagi Affendi memohon maaf. Ika hanya tersenyum sebelum cuba berlalu. Langkahnya terhenti saat terasa tangannya di pegang kejap. Berderau darahnya, dipegang lelaki bukan muhrimnya dengan sengaja.

Secara tidak langsung Ika menarik tangannya kasar. Mukanya merah menahan marah. Zariff yang agak tersentak pada mulanya merasa tercabar dengan tindakan Ika.

“Baru pegang tangan, dah marah?” Zariff tersenyum sinis. Nadanya jelas menyindir. Rakan-rakannya yang lain sudah berpandangan sesama sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience