BAB 6

Romance Completed 6832

Ahli Kumpulan lima yang berada tidak jauh dari situ termasuk Zariff dan Anuar yang sedang meminta bantuan semuanya terdiam mendengar jeritan nyaring seorang perempuan. Ada yang mula kelihatan pucat, ada yang terkumat-kamit membaca Al-Quran malah ada yang berpelukan sesama sendiri. Tapi tidak bagi Hakimi dan Zariff. Kedua-dua mereka mengenali suara itu. Itu adalah suara Ika.

Tanpa membuang masa, Hakimi berlari mengikut arah datangnya suara itu sambil berdoa agar isterinya dijauhkan dari segala bentuk kejahatan dan bahaya. Zariff turut berlari mencari kelibat Ika. Sempat juga dia berpesan agar Anuar membawa ahli kumpulan lima ke tempat Vinoth cedera.

“Ika! Ika!” Serta-merta langkah kaki Ika terhenti mendengar sayup-sayup suara Hakimi melaungkan namanya. Dia berpusing di tengah hutan itu mencari kelibat Hakimi.

“Kimi! Tolong Ika!” Laung Ika.

“Ika, Kimi dekat sini.” Terdengar lagi suara Hakimi yang kian mendekat. Ika berpaling sebaik mendengar bunyi derap tapak kasut dan ranting yang patah. Dalam kegelapan malam itu, Ika dapat menangkap kelibat satu susuk muncul dari sebalik pokok. Segera Ika menerpa ke arah tubuh itu hingga kedua-dua mereka jatuh terduduk di atas tanah yang sedikit lembab dibasahi embunan pagi. Ika memeluk erat tubuh itu.

“Kimi… Ika takut.” Adu Ika dengan suara serak-serak basah kerana terlalu banyak menangis. Terhinjut-hinjut bahu gadis itu menahan esakan. Ika merasakan kepalanya yang di baluti tudung bawal putih diusap lembut berulang kali.

“Ika…terdengar suara Hakimi menyeru namanya sebelum dia merasa lengannya ditarik dari arah belakang dan dia berpindah ke pelukan orang lain. Ika mengangkat wajahnya. Ternyata Hakimi yang menariknya. Dia terkedu. Habis, siapa yang dipeluknya tadi? Ika berpaling. Dilihatnya Zariff terduduk di situ dengan riak wajah yang sukar ditafsirkan. Ika kembali menyembamkan wajahnya ke dada bidang Hakimi.

“Sush… Kimi ada dekat sini.” Pujuk Hakimi saat merasakan tubuh isterinya menggeletar ketakutan. Dahi isterinya dikucup kasih. Hilang api cemburu yang baru mahu menyala melihat Ika di dalam pelukan Zariff tadi.

Ika mengeratkan pelukannya. Ketakutannya terasa berkurangan mendengar pujukan Hakimi. Berada dalam pelukan suaminya itu membuat dia berasa selamat.

Zariff mencampakkan beg galasnya ke atas lantai. Dia merebahkan tubuh sasanya di atas katil. Lengan kanannya diangkat lalu diletakkan di atas dahinya. Kipas syiling yang sedang berpusing ligat direnung kosong. Seketika kemudian dia mendengus marah.

Ray yang sedari tadi sedang asyik menonton drama House M.D. kegemarannya berpaling melihat Zariff yang kelihatan bengang itu. Komputer bimbitnya ditinggalkan lalu dia menukar duduknya di atas kerusi menghadap Zariff yang sedang terbaring di atas katil itu.

“Kau dah kenapa, Riff?” Tegur Ray.

“Ada masalah ke dengan budak yang cedera tu?” Soal Ray lagi. KEdengaran keluhan kasar dari bibir Zariff yang kelihatan merah semulajadi.

“Budak tu okay. Kena lima stitch.” Zariff bersuara akhirnya. Matanya masih merenung syiling. Berkerut dahi Ray melihat perubahan Zariff akhir-akhir ni. Almaklumlah, samseng kampung dusun layan blues.

Zariff mengeluh lagi. Kemudian bibirnya menguntum senyuman mengingatkan Ika yang berada dalam pelukannya semalam. Jiwa lelakinya terbuai dan tangannya secara automatik membelai lembut ubun-ubun gadis itu. Tiba-tiba wajahnya mencuka semula teringatkan Hakimi.

“Potong steam betul mamat lembut tu!” Getus Zariff perlahan. Dia rasa dia seorang perasan sifat Hakimi yang sedikit lembut itu berbanding lelaki biasa.

“Lembut macam tu pun, Ika suka.” Omel Zariff lagi.

“Apa, Riff?” Soal Ray yang terdengar suara Zariff mengomel sendirian. Zariff bangkit dari baringnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience