BAB 15

Romance Completed 6832

Ika terjaga dari tidurnya. Kawasan biliknya hanya diterangi remang lampu tidur. Dia menggosok matanya yang terasa pedih akibat terlalu banyak menangis. Ika cuba berkalih posisi, namun terasa sempit. Dia dapat merasakan nafas perlahan Zariff di ubun-ubunnya. Dia kini berada dalam dakapan erat suaminya. Ika mahu bangkit. Tengkuknya terasa lenguh.

Ika cuba meleraikan pelukan Zariff namun pergerakannya membuat Zariff terjaga.

“Kenapa sayang?” Soal Zariff separuh sedar.

“Ika nak pusing. Lenguh…” Adu Ika. Serentak itu tangan Zariff memusingkan tubuh ika menghadapnya. Tubuh Ika dibawa rapat ke tubuhnya hingga wajah Ika tersembam di dada bidangnya. Ika berdebar sendiri. Dia kaku dalam pelukan kejap Zariff. Dia dapat mendengar jelas getaran jantungnya yang sudah lari irama. Seketika kemudian kedengaran dengkuran halus Zariff. Ika tersenyum sendiri. Cepat benar lelaki itu terlena semula.

Ika membelek album gambar perkahwinannya dengan Zariff. Sedar tak sedar sudah dua bulan perkahwinannya dengan Zariff. Dalam masa dua bulan itu dia tahu dia telah banyak mencabar kesabaran lelaki itu. Dia sering menyebut tentang arwah Hakimi meskipun dia tahu Zariff cemburu. Dia diserbu rasa bersalah, tapi dia sering tersasul. Rasa berdosa menerkam jiwa sementelah dia tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri Zariff dalam erti kata sebenar.

Dia menutup album berwarna merah itu. Tangannya mencapai pula Album putih di dalam laci. Album perkahwinannya dengan Hakimi. Sesekali dia tersenyum melihat pelbagai aksi dalam gambar itu.

Dum! Terhinjut bahu Ika mendengar bunyi kuat dari belakangnya. Rupanya Zariff yang mencampakkan briefcase hitam miliknya ke atas lantai. Berkerut wajah Ika melihat mendung di wajah Zariff.

“Ika belek apa tu?” Soal Zariff sinis. Ika memandang sekilas album putih itu sebelum menutup semula album itu lalu dimasukkan ke dalam laci. Ika mula merasa bersalah. Pasti Zariff cemburu.

Zariff mendekati Ika di katil. Isterinya itu hanya tertunduk. Tiada patah kata yang keluar dari bibir mungil itu. Dua bulan dia bersabar tapi kesabaran itu semakin terhakis melihat Ika masih tiada tanda mahu melupakan Hakimi dan mula mencintainya. Ika mengetap bibirnya.

Jiwa lelaki Zariff bergelora melihat wajah ayu isterinya. Tanpa sedar, bibirnya sudah melekap di bibir Ika. Ika terkaku. Namun sebentar cuma bila Ika menolak kuat dada Zariff. Ika sudah menggigit bibir. Air matanya mengalir laju.

“Hakimi takkan buat Ika macam ni.” Ujar Ika dalam nada sendu.

Zariff mendengus. Hatinya berdarah mendengar kata-kata isterinya. Maruahnya yang tercalar sebagai suami Ika merasa dirobek-robek oleh isterinya sendiri.

“Hakimi, Hakimi, Hakimi! Ika! Hakimi dah mati! I’m your husband now! Lupakan dia!” Nada suara Zariff sudah meninggi.

Ika menggeleng laju selaju air mata yang mengalir membasahi pipinya.

“Sam… Sampai hati aa… abang suruh Ika lupakan Kimi. Ika tak mampu.” Suara Ika tenggelam timbul dalam esakan yang kuat.

Zariff mengeluh. Dia penat. Penat menagih cinta isteri sendiri. Mungkin benar hati Ika takkan pernah terbuka untuk dia. Isterinya itu seolah tidak mahu menerima cintanya. Adakah dia terpaksa membawa sendiri cinta itu sampai dia mati? Zariff melangkah lesu meninggalkan Ika keseorangan tanpa sepatah kata.

Ray memandang sahabat baiknya itu. Jelas wajah itu dibalut duka.

“Aku dah tak tahu nak buat apa lagi. Ika takkan lupakan arwah Hakimi dan dia takkan cintakan aku.” Akhirnya Zariff bersuara memecah kesunyian.

Ray menolak cawan berisi kopi panas di hadapannya ke tepi. Dia meletakkan kedua-du belah tangannya di atas meja. Wajahnya serius memandang Zariff.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience