BAB 9

Romance Completed 6832

Rasa mual menjolok anak tekaknya lagi. Dia cuba memuntahkan isi perutnya, tetapi hanya angin yang keluar. Hakimi menepuk-nepuk perlahan belakang isterinya itu.

“Nak air..” Rengek Ika.

“Air?” Hakimi menyelongkar beg Nike miliknya. Tak Ada! Hakimi memimpin Ika ke kerusi berdekatan.

“Ika duduk sini dulu. Kimi pergi beli air kejap.” Ujar Hakimi.

Ika hanya menghantar Hakimi pergi dengan pandangan. Seketika kemudian dia menyandarkan kepalanya lalu memejamkan mata.

“Kenapa tidur sini?” Kedengaran satu suara menyapanya. Dia kenal sangat suara itu. Siapa lagi kalau bukan lelaki biadap itu. Zariff.

Ika membuka matanya. Dia menjeling tajam wajah Zariff yang sedikit berkerut itu. ‘’Takkan bimbangkan aku, kot?’’ Getus hati Ika. Walaupun kepalanya terasa pusing sekali, dia cuba menggagahkan diri bangun dari duduknya. Dia tidak mahu berlama dengan Zariff, nanti bukan setakat terbakar hatinya, mahu rentung sekali.

“Nak pergi mana?” Zariff menarik tangan Ika yang mula melangkah pergi. Ika sudah mula naik amarahnya. Apa lelaki ini masih tidak faham-faham lagi yang dia tidak suka disentuh!

Ika cuba menarik tangannya namun waktu itu juga dunia sekelilingnya berputar hebat. Baru dia mahu rebah, Zariff terlebih dahulu merangkul tubuhnya dan segera pula tubuh kurus itu di cempungnya. Ika kelihatan separuh sedar.

Kebetulan Hakimi muncul bersama sebotol air di tangan. Melihatkan Ika di dalam dukungan Zariff, lelaki itu berlari menerpa ke arah mereka. Dia cuba mengambil Ika dari dukungan lelaki itu, tetapi Zariff tidak mahu mengalah.

“Biar aku bawa dia pergi hospital.” Tutur Zariff sebelum cuba berlalu. Mujur Hakimi lebih pantas menegah.

“Bagi Ika pada saya!” Agak tinggi suara itu lalu dia menarik Ika ke dalam dukungannya secara paksa. Ika yang sudah separuh sedar itu dapat menangkap suara Hakimi. Dia membuka matanya yang layu. Wajah suaminya yang sedikit memerah itu ditatap. Pipi suaminya dipegang membuatkan Hakimi berpaling melihatnya.

“Ika?” Hakimi menyeru nama itu.

“Ika rasa, Ika mengandung.” Perlahan suara Ika namun cukup kuat untuk menyapa telinga Hakimi dan Zariff.

Hakimi menunggu doktor di hadapannya membuat penjelasan. Zariff yang sedari tadi mengikutinya tidak dipedulikan. Doktor muda itu tersenyum sambil meletakkan stethoscope miliknya di atas meja. Kedua-dua wajah kacak dihadapannya direnung silih berganti.

“Yang mana satu suaminya?” Soal Doktor itu.

“Saya.” Hakimi pantas menjawab membuat Zariff berpaling ke arah lelaki itu. Biar betul? Jauh di sudut hatinya cuba menafikan.

“Tahniah, encik. Puan Ika dah hamil tiga minggu.” Khabar gembira itu membuat Hakimi segera mensyukuri nikmat Allah, tetapi khabar itu juga yang menghancurkan hati Zariff.

Hakimi segera mendapatkan Ika yang sudah sedar dari pitamnya. Tubuh isterinya dirangkul erat. Dahi gadis itu dikucup lama.

“Isteri Kimi dah bagi hadiah yang paling bermakna pada Kimi.” Ucap Hakimi. Ika mengangguk laju sambil membalas pelukan Hakimi. Sungguh indah kurniaan-Mu Ya Allah.

Zariff melangkah keluar dari bilik rawatan itu membawa hati yang lara. Lara kerana tersalah mencintai hak milik lelaki lain. Lara kerana mengharapkan gadis yang rupanya milik orang lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience