BAB 4

Romance Completed 6832

“Aku rasa diorang ni gilalah.” Ujar Diana bersahaja. Ika menahan tawanya yang hampir lepas. Dia mengangguk perlahan. Memang! Memang mereka gila. Kalau mereka waras, takkan disuruhnya meredah hutan tengah malam esok.

“Hah! Apa bisik-bisik dekat belakang tu? Ada yang tak puas hari ke? Ke nak masuk hutan malam ni juga.” Marah seorang senior yang mereka kenali sebagai Ray dengan nada yang agak tinggi. Ika dan Diana tersentak. Mereka menunduk. Malu ditengking seperti anak kecil. Dalam pada itu Ika menangkap wajah Hakimi yang berdiri tidak jauh dari tempat mereka. Bibirnya bergerak seolah-olah mencuba menyuruh Ika bersabar. Ika hanya tersenyum.

Rakan Ray tersenyum sinis. Kemudian, salah seorang dari mereka yang bernama Zariff melangkah sedikit ke hadapan berbanding Ray. Lelaki tinggi lampai itu berdiri sambil bercekak pinggang.

“Kau orang ingat, sepanjang minggu orientasi ni kitorang senior-senior ni ada kuasa sepenuhnya pada kau orang. So, BEHAVE!” Suaranya ditekan sambil matanya memandang tepat pada Diana dan Ika. Lama matanya singgah di wajah comel Ika. Gadis itu hanya diam tertunduk.

Selesai sahaja perjumpaan, Hakimi mendapatkan Ika. Diana yang masih setia di sebelah Ika dikenalkan dengan Hakimi. Diana berlalu setelah rakan sebiliknya menggamitnya.

Hakimi meraih tangan Ika yang masih lagi masam mencuka. Mereka masih lagi terpacak di hadapan dewan itu.

“Alahai… Kesian isteri Kimi ni.” Hakimi mengusap pula pipi mulus Ika yang kelihatan merah sedikit.

“Chill, Ika. It’s only for a week.” Pujuk Hakimi lagi Ika memandang wajah Hakimi yang tersenyum riang tapi wajah itu masih kelihatan tegang.

“Hisy! Mana senyuman isteri Kimi yang manis tu menyorok? Cak! Cak! Mana dia?” Hakimi mengusik Ika seperti mengagah bayi.

Ika yang melihat gelagat suaminya yang comel itu terus tertawa. Tangannya pantas mencubit manja dada Hakimi.

“Mengadalah awak ni.” Manja suara Ika memarahi Hakimi. Hakimi hanya tertawa riang.

“Ada pun senyuman isteri Kimi.” Hakimi mencuit lesung pipit Ika yang kelihatan saat gadis itu tersenyum. Genggaman tangannya dieratkan.

“Hisy, tengok tu. Bertudung litup segala bagai, tapi pegang-pegang, cuit-cuit dengan lelaki. Ingatkan budak baik, tapi… Haram…” Termuncung-muncung bibir Melissa menunjuk ke arah Ika dan Hakimi. Semua yang berada di situ turut menghalakan pandangan ke arah pasangan yang dimaksudkan Melissa.

Berderau darah Zariff melihat orang yang dimaksudkan gadis berambut perang itu. Ika! Dia memang ingat nama itu sejak gadis itu memperkenalkan diri semasa sesi ‘ice-breaking’ tadi kerana dia sudah jatuh suka pada gadis itu yang dilihatnya begitu comel dan lemah-lembut serta sopan seperti wanita melayu terakhir.

“Kau pun pegang-pegang juga dengan boyfriend kau, kan? Macamlah kitorang tak tahu.” Sindir Affendi. Melissa mencebik.

“Aku lain. Budak tu bertudung kot. Hipokrit!” Marah Melissa. Affendi dijelingnya tajam.

“Zariff, kau pehal pandang diorang macam nak telan je.” Tegur Adrian. Zariff mengalih pandangannya dari pasangan itu yang masih belum menyedari kehadiran mereka. Dia hanya menggelengkan kepala.

“Aku nak balik.” Ujar Zariff pendek tetapi nadanya cukup kasar. Affendi dan Adrian berpandangan.

“Aik? Cepatnya. Kita tak habis bincang lagi untuk esok.” Mardiah menyampuk. Ain di sebelahnya menganggukkan kepala.

Zariff merengus. Ray yang melihatkan perubahan Zariff meletakkan telunjuk di bibirnya menyuruh Mardiah diam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience