BAB 1

Romance Completed 6832

“Kimi! Kimi!” Laju langkah gadis itu cuba menyaingi lelaki yang jauh meninggalkannya itu.

“Tunggu aku!” Gadis itu mempercepatkan langkahnya saat melihat lelaki itu sudah berhenti di tepi jalan.

“Ika. Awak tu perempuan… Apa yang terjerit-jerit macam hilang laki ni?” Tegur Hakimi dengan suara yang agak-agak gemersik sebaik ika berada di sisinya. Hakimi memang seorang lelaki yang agak lembut, tetapi tidaklah sehingga terpesong dari fitrahnya.

Ika menarik nafas berkali-kali. Mengah dia berlari tadi masih belum hilang.

“Awaklah! Ada ke menonong tinggal saya. Orang panggil dia buat pekak je. Tak sayang tunang langsung.” Marah ika. Dia mencebik ke arah Hakimi yang tersenyum nipis.

“Kita dengarlah. Baru jalan jauh sikit dah tuduh kita tak sayang. Manja!” Sindir Hakimi. Makin melebar senyumannya melihat Ika menjelir ke arahnya. Siapa tak sayang tunang? Walaupun mereka ditunangkan sejak kecil oleh ibu bapa mereka tanpa wujud cinta antara mereka, tapi hubungan mereka sentiasa baik. Tak mengapa, cinta boleh diasuh. Tambah pula sayang dah wujud di hati.

Kimi melambai ke arah ika, menggamit gadis itu agar menuruti langkahnya melintas jalan. Terkedek-kedek tunangnya itu membontotinya.

Ika keluar dari pagar rumahnya. Tuala dikepala dieratkan pegangan takut terlucut. Peti surat merah yang tersangkut di tepi pagar rumahnya dibuka. Jatuh tiga keping surat bersampul putih di hujung kakinya. Ika tunduk lalu mengambilnya. Satu dari surat itu ditujukan padanya. Dia sudah tahu dari mana kiriman itu.

Baru ika mahu melangkah masuk semula ke rumahnya, sebuah motor Yamaha hijau berhenti di hadapannya. Ika tersenyum melihat Hakimi turun dari motor mendekatinya.

“Ika, kita dah dapat tawaran universiti semalam. Ika dapat tak?” Soal Hakimi dengan nada riang.

“Waalaikumussalam.” Suara Ika sengaja ditekan menyindir Hakimi yang tidak memberi salam tadi. Lelaki itu menggaru-garu kepalanya yang ditutupi topi keledar hijau sambil tersengih. Malulah tu…

“Sorry… Sorry… Lupa pula. Assalamualaikum…” Lembut suara Hakimi memberi salam. Ika mengangguk dengan muka puas hati.

“Waalaikumussalam…” Ika menjawab juga dengan nada yang lembut. Gadis itu mengecilkan matanya. Terasa terik matahari menyengat kulitnya tengah hari itu.

“Jom masuk dululah, Kimi.” Ajak Ika. Hakimi mengangguk lalu membontoti ika ke dalam rumah.

Sampai di dalam rumah, Hakimi segera menyalami Rahim, ayah kepada Ika saat melihat lelaki berusia lima puluhan itu sedang khusyuk menonton televisyen. Hakimi mengambil tempat di sebelah Rahim. Ika meninggalkan tunangnya itu berbual dengan ayahnya. Dia berlalu ke kamarnya di tingkat atas bagi menggantikan tuala yang dipakainya dengan tudung agar lebih kemas.

Beberapa ketika kemudian, Zalila, ibu Ika muncul dari sebalik pintu dapur sambil menatang dulang berisi sejag air sirap ais dan beberapa cawan. Dia berselisih dengan Ika yang baru masuk ke dapur untuk membawa keluar kuih apam dan kek lapis yang baru mereka buat semalam.

Perbualan Rahim dan Hakimi terhenti saat Zalila menyuakan air kepada mereka. Ika turut tiba membawa dua pinggan berisi kuih dan kek.

“Jemput makan, Kimi.” Ujar Rahim. Paha bakal menantunya itu ditepuk lembut. Zalila dan Ika mengambil tempat di sofa sebelah.

Hakimi menghirup air sirap sejuk itu. Lega! Hilang sebentar bahang tengah hari ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience