BAB 2

Romance Completed 6832

“Kimi datang ni nak tanya ika pasal tawaran Universiti.” Hakimi bersuara sebaik kuih apam dalam mulutnya ditelan.

“Eh? Dah keluar ke tawaran? Tak ada pula Ika cakap apa-apa.” Zalila bersuara sambil menepuk-nepuk paha Ika disebelahnya.

Ika menghentikan suapan.

“A’ah, ibu. Ika baru dapat tadi. Tapi, belum sempat buka, si Kimi dah terjah Ika.” Sempat lagi Ika mengusik Hakimi.

“Dapat dekat mana?” Soal Hakimi lagi. Dia ingin benar tahu.

“Orang tak buka lagi surat ni. Kimi dulu cakap dapat dekat mana?” Soalan Hakimi dibalas dengan soalan.

“Yelah… Yelah… Kita cakap dulu.” Hakimi mencebik. Rahim, Zalila dan Ika sama-sama ketawa.

“Kimi dapat medik dekat UKM Cheras..”

“Wah! Tahniah, Doktor Hakimi!!” Rahim memeluk bahu Hakimi. Bangga pula rasanya bakal menantunya merupakan bakal doktor.

“Alhamdulillah…” Zalila dan Ika serentak memanjatkan syukur. Ika mengeluarkan surat yang dilipat dan diselit dalam kocek seluar sukan berwarna putih yang dipakainya. Lama wajah comel itu berkerut menatap kandungan dalam surat itu.

“Macam mana, Ika?” Soal Hakimi tidak sabar. Ika mengangkat wajahnya. Dia merenung wajah Hakimi dengan muka ‘seposen’. Surat di tangannya sudah berpindah ke tangan Zalila.

“Alhamdulillah! Ika dapat sama dengan Kimi.” Kuat suara Zalila. Bahagia dia membayangkan kejayaan anaknya yang semakin menunjukkan rupa. Hakimi tersenyum girang. Begitu juga Rahim. Masing-masing tidak lupa memanjatkan syukur.

“Pandai Ika nak kenakan Kimi, kan?” Marah Hakimi. Ika tertawa riang.

Ika menekan punat hijau telefon samsung S2 miliknya sebaik melihat nama Hakimi terpapar di skrin telefon itu.

“Assalamualaikum.” Kedengaran suara Hakimi di talian sana.

“Waalaikumussalam. Kenapa awak telefon malam-malam ni? Kita dah mengantuk ni.” Ika sedikit mendengus tidurnya terganggu.

“Alahai… Baru pukul sepuluh. Anyway, awak tahu tak parents kita nak cepatkan pernikahan kita? Sebelum kita sambung belajar lagi.” Ujar Hakimi serius. Mata Ika yang mulanya layu membulat.

“What?!” Separuh menjerit gadis itu. Mujur dia tiada sakit jantung. Kalau tidak, dah lama dia menjenguk alam kubur.

“Aduh, Ika… Jangnlah menjerit. Naik cair tahi telinga kita.” Omel Hakimi.

“Kita pun terkejut juga. Tapi Papa cakap, kita belajar medik lima tahun lama sangat. Lagi senang kalau nikah dulu awal-awal. Tak adalah risau sangat. Ibu dengan ayah pun cakap benda sama. Tak adalah risau nak lepas anak dara diorang jauh-jauh.” Terang Hakimi. Ika mengeluh kecil. Ika sememangnya memanggil ibu bapa Kimi dengan panggilan mama dan papa sejak kecil. Begitu juga Hakimi yang memanggil ibu bapanya sebagai ibu dan ayah.

“Kalau dah macam tu keputusan diorang…” Ika bersuara perlahan. Dia macam tidak kenal ibu bapanya. Kalau dia melawan, pasti ibunya akan menggunakan taktik air mata. Dia kemudian akan menjadi kelu dan akhirnya bersetuju juga. ‘Save the pain.’ Desis hati kecilnya.

“Ika okay ke?” Ada nada risau dalam suara itu.

“Hmm.” Acuh tidak acuh jawapannya.

“Kita kahwin, ya?” Soal Hakimi lagi. Ika hanya diam. Hakimi bersuara lagi.

“Muhammad Hakimi Farish sayangkan Ain Zulaikha.” Ujar lelaki itu lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience