BAB 10

Romance Completed 6832

“Ika kena tangguh dahululah pelajaran nanti tapi tak lama. Ika belajar dekat rumah dan terus ambil exam bila dah due nanti.” Sampuk Ika sedang dua buah keluarga itu sibuk berbual dan membayangkan kebahagiaan saat bayi dalam kandungan Ika lahir nanti.

Hakimi merangkul pinggang isterinya yang duduk betul-betul di sebelahnya.

“Nanti kita uruskan dengan pihak universiti.” Ujar Hakimi. Sekali lagi pipi gebu Ika dikucupnya. Ika mencubit paha Hakimi, malu dengan sikap Hakimi di hadapan ibu bapa mereka. Yang lain hanya tertawa gembira. Terhibur melihat kebahagiaan pasangan itu.

“Hakimi nak balik rumah papa ke nak stay sini je?” Soal Mikhail, bapa Hakimi. Ika dan Hakimi berpandangan. Ika hanya mengangguk.

“Balik rumah pa, lah. Ibu dengan ayah tak kisah kan?” Soal Hakimi sambil memandang wajah kedua-dua ertuanya silih berganti.

“Apa nak kisah pula? Eloklah tu. Takkan asyik nak berkepit je dengan kami.” Ujar Zalila selepas melihat Rahim tersenyum.

Mikhail dan isterinya Hikmah sudah bangkit dari duduknya diikuti Rahim, Zalilia, Hakimi dan Ika. Mereka bersalaman dengan mesra sekali.

“Kimi ikut belakang kereta papa.” Arah Mikhail dan Hakimi hanya mengangguk perlahan. Hakimi memimpin Ika ke kereta.

Zariff melangkah longlai ke biliknya. Dia membuka pintu perlahan. Ray yang sememangnya ada di dalam bilik bersama affendi dan Adrian berpaling sekilas melihat Zariff sebelum kembali menyertai perbualan mereka di katil Zariff.

Zariff terus-terusan menapak longlai sebelum dia berdiri betul-betul di belakang Ray. Affendi dan Adrian yang duduk di atas katil menghadap Ray dan Zariff sudah berpandangan sesama sendiri melihat wajah pucat Zariff. Jelas rakan mereka itu tidak bermaya.

Ray berpaling tanpa mengalih kedudukannya. Dia merenung wajah sendu Zariff yang menunduk dengan kening yang berkerut.

“Kau okay tak ni?” Soal Ray. Dia sudah bangun mendapatkan rakannya itu. Bahu rakannya ditepuk lembut.

Zariff mengangkat wajahnya. Beberapa saat mata mereka bertembung, Zariff rebah tidak sedarkan diri. Mujur Ray sempat menyambut tubuh sasa Zariff. Adrian dan Affendi turut cemas mendapatkan Zariff yang sudah longlai dalam pelukan Ray.

Affendi menjamah dahi rakannya itu. Dia kemudiannya bertukar pandang dengan rakan-rakannya yang lain.

“Panas sangatlah…”

Ika tersenyum lembut sambil mengusap perutnya yang semakin memboyot. Sudah lapan bulan usia kandungannya. Hari ini, dia dan Hakimi bercuti selama lima hari makanya suaminya itu seperti biasa mengajaknya pulang menjenguk ibu dan bapa mereka.

Ika melihat jam di tangannya. Lama pula Hakimi masa yang Hakimi ambil untuk servis kereta. Ika sudah mengeluh. Kakinya terasa lenguh berdiri lama di hadapan kampus.

Akhirnya dia bergerak ke tangga depan kampus dan melabuhkan punggungnya di situ. Kakinya di urut perlahan. Susah juga mengandung. Ika melirik lagi jam di berwarna hitam di tangannya.

“Janji pukul sepuluh. Ni dah sepuluh empat lima.” Rungut Ika perlahan.

Dia menyeluk telefon bimbit miliknya di dalam poket gaun mengandungnya. Nombor Hakimi di dail. Lama dia menanti jawapan, namun hampa. Entah mengapa, hati Ika di buru resah.

Dia cuba bangun dari duduknya, tapi entah di mana silapnya dia terpijak gaun mengandungnya yang agak labuh itu hingga menyebabkan dia terduduk kembali. Punggungnya terhentak kuat di tangga bermozek itu. Wajahnya menyeringai menahan sakit.

Dapat dirasakan ada air yang mengalir membasahi kainnya. Dengan seenuh tenaga, dia menjerit meminta tolong. Beberapa pelajar yang ada berhampiran sudah mendekat. Ada yang menyuruhnya bersabar, ada yang menghubungi ambulan.

Peluh sudah merecik di dahi Ika. Matanya mula tarasa kelam. Sakit yang dirasa menjalar ke ari-arinya. Sakitnya terlalu hebat hingga dia tidak mampu menjerit. Tenaganya dirasakan kering begitu sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience