BAB 11

Romance Completed 6832

“Ya Allah… Ika! Kenapa ni?” Ika terdengar suara seorang lelaki yang sudah memangku tubuhnya dari belakang. Ika yang sudah separuh sedar itu menyendar longlai di dada lelaki itu.

“Kimi…” Nama itu meniti lemah di bibir Ika yang sudah pucat. Lelaki itu tidak membuang masa. Tubuh Ika di cempung. Dia mengguna sepenuh tenaganya untuk membawa gadis itu ke keretanya.

“Ika, bertahan. Tarik nafas, hembus. Jangan tidur!” Arah suara itu tenang. Ika cuba membuka matanya. Bukan Hakimi, suaminya yang sedang memandu.

“Ray?” Suara Ika semakin lemah. Akhirnya dunianya menjadi kelam begitu sahaja.

Rahim, Zalila, Mikhail dan Hikmah berlari mendapatkan Ray yang sedang duduk bersandar di kerusi luar bilik bedah. Melihatkan ibu bapa ika dan Hakimi, lelaki itu bangkit dari duduknya. ‘Cepatnya diorang sampai.’ Getus hatinya.

“Macam mana Ika?” Soal Zalila. Jelas nada cemas pada suara itu. Rahim turut memakukan pandangan pada jejaka muda si hadapannya manakala Mikhail dan Hikmah hanya diam di belakang. Wajah mereka dibalut duka.

“Dia dalam bilik bedah. Dia tak dapat bersalin normal, bukaannya tak cukup besar.” Terang Ray tenang. Sebagai pelajar senior perubatan, dia sudah biasa melalui situasi sebegini. Melihat air mata yang mengalir di pipi kendur Zalila, Ray bersuara lagi.

“Mak cik dengan pak cik jangan bimbang. Sama-samalah kita doakan.” Ray memandang ke arah lorong hospital itu seperti mencari seseorang.

“Err… Maaf tanya. Hakimi mana?” Akhirnya terluah juga soalan itu. Tersentak Ray apabila soalannya disambut esakan kuat dari Hikmah. Dia mula diburu seribu persoalan.

Mikhail memimpin isterinya duduk di kerusi yang telah disediakan di situ. Bimbang isterinya rebah akibat dilanda badai kesedihan. Zalila, Rahim dan Ray turut melabuhkan punggung di situ. Rahim yang duduk di sebelah Ray meraup mukanua berkali-kali. Wajah tua itu kelihatan sarat dengan masalah yang berat.

“Kimi kemalangan…” Lirih suara itu. Ray sudah membulat matanya. Mulutnya terkumat-kamit beristighfar.

“Kami dapat berita tentang Ika pun masa kami dalam perjalanan ke hospital selepas mendapat panggilan dari pihak hospital tentang Hakimi. Sekarang ni, dia juga masih dalam bilik bedah.” Ray sudah mengurut-urut lembut belakang badan Rahim.

“Sabar pak cik. Kita doakan ketiga-tiga mereka selamat.” Ucap Ray perlahan. Sedih hatinya melihat air mata yang mula menuruni lekuk pipi Rahim. Lelaki tua itu hanya mengangguk perlahan.

“Lela, Im. Kami rasa eloklah kalau kami tunggu dekat Hakimi.” Ujar Mikhail perlahan. Zalila dan Rahim mengangguk perlahan. Mikhail segera menuntun isterinya meninggalkan kawasan itu.

“Ya Allah…. Selamatkanlah anak, menantu dan cucuku…” Doa Rahim dalam sendu. Hatinya pedih. Sakit! Mengenangkan Hakimi dan Ika yang sedang bertarung dengan maut.

Ika membuka matanya perlahan. Dia melihat sekelilingnya. Dia berkalih ke sisi saat pintu biliknya di kuak. Beberapa saat kemudian, dia merasa rambutnya di elus lembut.

“Ika…” Suara lembut Zalilah menjengah telinga Ika namun gadis itu masih diam membatu. Zalila menarik lembut bahu anaknya yang membelakanginya hingga ika terlentang menghadap syiling. Sayu hati ibunya melihat keadaan Ika. Gadis itu kelihatan terlalu kurus dan tidak terurus. Mata anaknya sembam dan merah. Pastinya menangis lagi. Saat itu, air mata Ika mengalir lagi. terbayang di matanya saat akhirnya bersama suami tercinta. Kebahagiannya direnggut dalam sekelip masa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience