bab 16

Romance Completed 6375

Lima bulan sudah berlalu sejak pertunangan Wardah dan Nazril terputus. Air mata sudah tidak menjadi teman karib Wardah lagi, dia kini sudah mula pulih dari sakit yang tidak dapat dilihat dari mata kasar sesiapa pun selain dirinya sendiri. Wardah yang kini bukan lagi dia yang dulu, sebulan selepas Nazril meninggalkan Wardah tanpa berita, Wardah nekad untuk kembali berjuang, penampilannya sudah berbeza, tidak lagi seperti Wardah yang dulu, sesiapa yang memandang pasti akan tertawan dengan kecantikan dan kemanisan Wardah, ditambah pula dengan sifat lemah lembutnya, bisa saja membuatkan jiwa melayang-layang. Dia tidak mahu lagi dihina.

"Assalamualaikum, Wardah, ingat saya lagi?" Pesanan yang diterima dipandang lama.

"Waalaikummussalam, siapa ni? Dari mana dapat nombor saya? Saya tak ingat dan tak kenal awak, maaf ye" balas Wardah, puas dia cuba mengingati nombor berkenaan, tapi sedikitpun dia tidak mengingati akan nombor tersebut. Tidak mungkin nombor itu kepunyaan kliennya, jika benar sudah pasti Wardah menyimpan nombor mereka.

"Hmmmm....tak apa lah, have a good day"

Setiap hari pasti ada pesanan dari nombor misteri itu. Wardah hanya membiarkan penghantar misteri itu terus menghantar pesanan kepadanya.

"Saya sayang awak...."

Mesej terakhir yang diterima Wardah petang itu agak aneh, semakin parah nampaknya pengirim pesanan itu. Akhirnya, Pesanan itu Wardah biarkan tak berbalas, malas dia mahu mengambil tahu tentang nombor yang tidak dikenalinya itu, lagi pula baru 4 bulan dia menggunakan nombor ini, mungkin ada sesiapa yang tersilap nombor, detik hati Wardah.

..........................................

Mahu saja kaki Wardah tercabut ketika ini, begitu banyak kerja yang perlu diselesaikan hari ini, sudahlah dia terpaksa memakai kasut tumit tinggi, jika bukan kerana terpaksa bertemu klien, tidak mungkin dia bersiap sebegitu rupa.
Kerja sudah menjadi rutin harian Wardah sejak dia tidak lagi menjadi tunangan Nazril, lansung tidak duduk diam, ada sahaja benda yang dia lakukan semata-mata untuk membuat dia tidak memikirkan Nazril. Dia mahu melupakan segala duka yang pernah dialaminya.

"Jangan lupa jaga kesihatan, jangan kerja kuat sangat..."

"Jangan pakai kasut tumit tinggi sangat kalau banyak kerja...."

Pesanan dari nombor yang sama seperti hari itu diterima Wardah setelah hampir dua minggu pengirim itu mendiamkan diri. Seram sejuk Wardah dibuatnya, seperti ada yang selalu memerhati,bagaimana dia tahu Wardah bekerja dimana. Hati Wardah mulai tidak tenang.Sepantas kilat Wardah melarikan diri kedalam perut kereta. Kecut perut dibuatnya.

"The sun goes down and it comes back up, the world it turns no matter what..." hampir saja tercabut jantung Wardah mendengar lagu dendangan Steve Aoki dan Louis Tomlinson yang dijadikan caller ringtone telefonnya. Terus sahaja punat hijau ditekan tanpa melihat terlebih dahulu pemanggilnya.

"Assalamualaikum..."

"Hei betina...! Kau takde kerja lain ke? Jangan ganggu jantan aku la...!"

"jangan cuba nak rebut dia dari aku, dia milik aku...sedar la diri tu sikit perempuan kampung!"
Tempik pemanggil itu.

"Cik, jantan apa ni? Cik ni siapa tiba-tiba call saya dan marah-marah saya macam ni? Saya lansung tak kenal cik, lagi pulak nak tahu jantan cik tu siapa, tak kuasa la saya nak layan jantan orang cik oiii....." balas Wardah, sudahlah tadi dia menerima pesanan dari orang yang mungkin sudah gila, sekarang ini muncul pula seorang lagi yang sudah tidak waras mengatakan dirinya mahu merebut 'jantannya'. Agak pelik manusia sekarang,getus hati Wardah.

"Kau tak payah nak buat-buat tak kenal aku, aku Aria! Aria Mariana..."

Bagai direntap jantung Wardah saat ini, dari mana Aria mendapat nombor telefonnya. Dia lansung tidak faham situasi yang berlaku sekarang, siapa lelaki yang dimaksudkan Aria.

"Hei perempuan, kenapa diam?? Kau jangan ingat kau tukar penampilan kau, kau dah bagus sangat, Ril takkan suka kau balik la...! Kau suka la kan dia mesej-mesej kau??Jangan kau berani nak balas mesej dia dan call dia!" Terus saja ganggang diletak. Ril? Nazril? Bila? Dari mana? Semua itu menjadi tanda tanya bagi Wardah. Akhirnya segala yang berlaku sudah terjawab, Rupanya mesej misteri yang diterima Wardah selama ini dari Nazril. Tapi kenapa dia muncul lagi, adakah mahu menyakiti Wardah lagi, Wardah buntu, tanpa sedar air mata mula menuruni pipi Wardah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience