bab 3

Romance Completed 6375

Wardah hanya mampu menundukkan muka pagi itu mendengar leteran ibunya.

"Kamu dah 24 tahun Wardah, bila lagi kamu nak bawa balik menantu untuk mak dan ayah? Kami bukannya muda lagi Wardah, mak malu dengan orang kampung dan saudara mara kita" leter Puan Maznah.

"Mak tak kira, mak dah pilihkan calon untuk kamu, nanti kamu bersiap aje untuk jumpa dia" sambung Puan Maznah, sudah puas dia menunggu anaknya itu mencari calon sendiri tapi tak pernah kunjung tiba.

"Ok" Itu sahaja satu-satunya ayat yang mampu diluahkan oleh Wardah. Terasa payah untuk menelan saat ini, payah.

............................

Hari yang ditunggu sudah tiba, perjumpaan dengan calon menantu ibunya yang tercinta, Danial Hakim, berumur 24 tahun. Itu sahaja maklumat yang dia ada.

"Assalamualaikum" Terdengar suara dari luar.

"Waalaikummussalam,oh...Danial dah sampai ye? Masuk-masuk, jangan segan-segan.." Kedengaran ceria suara Puan Maznah.

"Wardah....cepat turun sayang,Danial dah sampai ni"

"Ye mak! Sejak bila pulak la mak aku ni pandai bersayang-sayang pulak" jawab Wardah sambil mengomel di dalam hati.

"Kenalkan, ini anak mak cik, Wardah Nadhirah, Wardah, ni Danial Hakim, anak kenalan mak yang mak ceritakan hari tu, kamu berboraklah dulu ye, mak cik nak kedapur"

"Hi, Danial kan?" Sapa Wardah memecahkan keheningan diantara mereka setelah ibunya berlalu kedapur sebentar tadi.

"Ye saya, Wardah ye? Boleh saya panggil awak Wardah atau awak lebih selesa saya panggil dengan nama yang lain?" Jawabnya

"Panggil saja saya Wardah, awak tahu kenapa awak datang ke rumah saya?" Tanya Wardah setelah sekian lama ketandusan soalan.

"Ye, saya tau" jawab Danial ringkas.

"Awak setuju dengan rancangan orang tua kita?"

"Saya hanya mengikut kata orang tua, yang mana baik bagi mereka, baik juga bagi saya, kalau tentang masalah cinta, saya rasa cinta selepas nikah itu lebih manis" jawab Danial tenang.

Wardah hanya mampu tersenyum mendengar jawapan itu, mana mungkin dia menolak, itu keinginan orang tua yang sedari kecil menjaganya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience