Completed
6561
"Eh... banyaknya kereta depan rumah aku ni, siapa pulak yang datang" Bisik Wardah.
Hati Wardah mula merasa tidak tenang, terus saja memikirkan perkara yang bukan-bukan. Moga-moga tidak berlaku perkara yang tidak diingini kepada orang tuanya, itu sahaja pinta Wardah.
"Assalamualaikum....." Wardah masih tidak dapat mempercayai apa yang sedang berlaku dihadapan matanya. Begitu ramai orang memenuhi ruang rumah, ibu dan ayah masih belum kelihatan, Wardah sudah tidak keruan, ingin saja dia berlari saat ini mencari kedua orang tuanya.
"Mak, ayah....." air mata mula bergenang dikelopak mata Wardah.
Kenapa semua orang tersenyum melihatnya, itu yang paling menyakitkan hati Warah, tidakkah mereka lihat Wardah sekarang sedang bergelut dengan perasaan, ibu dan ayahnya masih belum ada dihadapan mata.
"Wardah..!" Suara itu amat dikenali Wardah.
"Mak..! Ayah..!" Terpa Wardah setelah melihat dua sosok yang amat dikenalinya itu. Hilang segala gundah yang sedari tadi Wardah alami.
"Mak, ayah, kenapa ramai orang kat rumah kita? Mak ayah ok tak ni? Sakit kat mana-mana? Wardah risau! Wardah ingat ada apa-apa jadi kat mak dengan ayah" esak Wardah.
"La....kenapa kamu nangis pulak ni Wardah...mak dengan ayah ok aje ni.." jawab Puan Maznah sambil menahan tawa.
"Habis tu orang ramai sangat kat rumah kita ni kenapa... maunya Wardah tak nangis..."
"Oh.... itu sebabnya...ini ayah kenalkan mak cik Suraya, kamu ingat lagi tak?" Tanya ayahnya.
Tangan Puan Suraya diraih lembut dan dicium Wardah. Tersenyum Puan Suraya melihat Wardah, sungguh cantik anak ini, lembut wajahnya. Bertambah manis lagi melihat cara berpakaian anak ini, berbaju longgar, bertudung menutupi dada, pandai sungguh anaknya memilih bakal isteri. Gumam Puan Suraya didalam hati.
"Mak cik Suraya? Ermmmm....macam pernah dengar? Saya minta maaf mak cik, saya tak ingat" Jawab Wardah masih cuba mengingati dimana dia pernah mengenali wanita itu.
"Kamu dah lupa mak cik Wardah? Ni mak cik Suraya la Wardah, mama Nazril..." jawab Puan Suraya sambil tertawa.
"Mak cik Suraya? Nazril? Mama?" Hanya itu yang berlegar-legar dikepala Wardah, masih bingung memikirkan kehadiran mak cik Suraya dirumahnya.
Terasa mau saja Wardah pitam saat itu, apakah petanda ini semua, kenapa mama Nazril berada dirumahnya, apa tujuannya, pelbagai persoalan mula menerjah benak Wardah.
"Saya minta maaf mak cik, dah lama tak jumpa mak cik, sebab tu saya dah tak ingat" jawab Wardah gugup.
"Wardah, mak nak tanya, mak cik Suraya datang sini ada hajat, dia nak pinangkan Wardah dengan anaknya Nazril, Wardah setuju?" Tanya Puan Maznah lembut.
Terasa serba salah Wardah melihat senyuman diwajah ibu dan ayahnya, tidak sanggup dia untuk mengecewakan ibu dan ayahnya lagi, lagi pula dia sudah berjanji bahawa akan menerima Nazril sekiranya lelaki itu datang meminangnya sebelum jam 12malam ini.
"Kalau mak dengan ayah rasa ni yang terbaik untuk Wardah, Wardah terima" jawab Wardah tenang, tiada apa lagi yang diingini Wardah selain kebahagiaan kedua orang tuanya.
"Alhamdulillah...kira jadi la ni ye?" Tanya Puan Suraya dengan senyuman.
"Tapi ada sesuatu yang saya nak tanya Kak Nah, macam mana kalau hari ni kita tunangkan terus budak-budak ni, saya dah berkenan sangat dengan Wardah ni, takut lambat-lambat dikebas orang pulak, kempunan saya nanti ni kak..." tanya Puan Suraya.
"Saya memang setuju sangat, kita mudahkan aje benda baik, abang macam mana? Setuju tak?"
"Mana yang Nah rasa baik, abang ikutkan aje..."
Wardah hanya mampu tersenyum kelat. Itu yang sudah dipilihnya, bahagia sungguh senyuman ibu dan ayahnya hari ini. Itu sudah cukup untuk Wardah.Cincin disarungkan. Sungguh tidak disangka, dia sudah benar-benar menjadi tunangan si mamat poyo Nazril Hakimi.
Share this novel