bab 11

Romance Completed 6375

"Assalamualaikum! Hai cik tunang!" Bahagia sungguh Nazril ketika ini, terbayang-bayang wajah Wardah Nadhirah, gadis comel yang sedari dulu menjadi pengarang jantungnya.

"Waalaikummussalam, hai..." balas Wardah.

"Aik...kenapa suara cik tunang kita macam tak suka je kita call ni....."

"Tanya lagi kan kenapa..." jika diikutkan hati Wardah yang membara ini, mahu sahaja digigit-gigit mamat poyo itu.

"Eeee....geramnya...!!!! Sudahlah menipu! Kena jadi tunang dia pulak tu!!! Dia ingat dia punya suprise ni seronok sangat? Dia ingat kahwin ni main-main ke apa???? Arrrghhhhh...mamat poyo...!!!! Whyyyyy!!!!" Kata-kata itu hanya mampu diluahkan didalam hati Wardah. Geram sungguh dia dengan mamat poyo itu, ada-ada saja benda-benda pelik yang dibuatnya. Jikalau Nazril itu anak patung, sudah lama kepala lelaki itu dicabut-cabut.

"Hmmmm...kenapa ek...." usik Nazril.

"Encik Nazril Hakimi!!! Ya Allah....!!! Kau ni kan, ada je benda-benda pelik kau buat, kau ingt kahwin ni benda main-main ke? Semalam kau cakap kau tak dapat datang, hari ni tiba-tiba mama kau muncul, tau-tau je dah jadi tunang kau..." bebel Wardah. Memang sudah menjadi kebiasaan bagi Wardah, setiap kali marah,semuanya akan dibebelnya.

"Ewah,ewah,ewah...cik adik...kau lupa ye, aku awal-awal lagi dah mesej kau tau pagi tadi, maklum la, orang tu kan merajuk dengan kita, mana la dia nak baca mesej kita kan,kan,kan..." semakin galak Nazril mengusik Wardah.

"Buat apa nak baca, semalam kan kau dah cakap kau tak datang..." balas Wardah untuk menutup rasa malu, sememangnya semua itu salahnya, sudahlah memandai berjanji, mesej pula tak dibaca.

"Haaaa....tu cuba nak mengelak la tu! Aku siap ambik gambar rumah kau tau sebelum datang, siapa suruh kau tak reply mesej aku, kan dah jadi tunang aku..!" Usik Nazril lagi. Seronok sungguh dia mengusik Wardah, sudah sakit perutnya ketawa sedari tadi.

"Yela, yela...salah aku...kau seronok la kan dapat kenakan aku macam ni..." akhirnya Wardah mengaku kalah, tidak sanggup dia melawan lagi, memang sudah terang lagi bersuluh dia tidak akan menang.

"Maunya tak seronok, dah la dapat usik budak comel ni, dah jadi tunang kita pulak tu...ya Allah...seronok, seronok,seronok...!" Seloroh Nazril sambil mengikut gaya percakapan kartun sensasi upin dan ipin.

"Malas la nak layan kau! Aku nak tidur, esok kerja, bye, assalamualaikum!"

"Eh,eh, kejap laaa....!"

"Tutttt...tuttt...."

"Waalaikummussalam...hai la budak kecik, belum sempat cakap dah letak...nasib la sayang!"

Malam itu tidur Nazril sungguh lena kerana apa yang dihajatinya sejak dulu sudah menjadi kenyataan, Wardah Nadhirah, gadis comel yang selalu mengganggu tidur sudah menjadi miliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience