bab 17

Romance Completed 6375

"Wardah, saya minta maaf, saya rindu awak, saya sayang awak...."

Bertalu-talu mesej memasuki ruang telefon Wardah sejak hari terakhir Aria menelefon memberikan amaran untuk menjauhi Nazril. Sedikit pun Wardah tidak punya hati untuk membalas dan mengangkat setiap panggilan dan mesej dari Nazril. Apalagi setiap kali Nazril datang kerumahnya, setiap kali itu jugalah dia melarikan diri. Bukan kerana dia takut akan amaran Aria, cuma bagi Wardah semuanya sudah berakhir. Tiada apa lagi yang perlu mereka bincangkan.

Sudah cukup sakit yang Nazril berikan, dia tidak mahu merasainya berkali-kali. Dia tidak akan pernah mempercayai Nazril lagi, cukuplah hinaan yang diterima. Itu sudah cukup membuat Wardah pergi.

"Wardah, saya tahu awak takkan boleh terima saya lagi, saya mohon, saya rayu pada awak Wardah, jumpa saya buat kali terakhir....tu je yang saya minta...." Tanpa putus asa Nazril tetap mengganggu Wardah, mahu atau tidak Wardah perlu membuat keputusan yang sewajarnya.

"Serabutnya la jantan ni, dia tak faham ke yang aku tak nak jumpa dia lagi..." omel Wardah.

Hatinya nekad, ini adalah kali terakhir dia bertemu Nazril. Sudah bosan dia dengan segala kerenah Nazril yang seolah-olah lansung tidak faham bahasa.

"Baiklah, saya boleh jumpa awak, tapi bukan seorang, saya akan bawa kawan saya...."

"Baiklah kalau tu yang awak nak..." Nazril hanya menurut.

Hari yang ditunggu sudah tiba, awal-awal lagi Wardah sudah bersiap dan tiba ditempat yang telah dijanjikan, ditaman tempat mereka selalu berjumpa suatu ketika dulu, dia mahu segalanya berakhir dengan cepat, tidak mahu lagi dia menatap wajah lelaki yang telah mencuri dan menghancurkan hatinya.

"Assalamualaikum...." bagai ada halilintar yang menyambar disaat suara itu singgah digegendang telinga Wardah, suara yang amat dirindui Wardah suatu ketika dulu. Degup jantung Wardah semakin laju. Dia sudah tidak tahu mahu memalingkan wajah atau tidak. Kaku.

"Waalaikummussalam" salam itu dijawab.

Wardah menundukkan wajah. Tidak sanggup rasanya untuk menatap wajah itu. Perasaan takut dan benci bercampur baur.

"Wardah, benci sangat ke awak pada saya sampai wajah saya pun awak dh tak nak tengok..."

Wardah hanya diam membatu. Air mata mula bertakung dikelopak mata.

"Awak nak apa jumpa saya? Kita dah tak ada urusan, awak ada dia, jangan ganggu saya lagi, saya tak layak untuk awak, saya cuma budak kampung yang hodoh dan hina..."

"Wardah, jangan cakap macam tu, jangan tambahkan rasa sakit saya Wardah, saya minta maaf, saya tahu saya salah, saya jahat pada awak Wardah, saya buta, saya tak boleh bezakan antara intan dan kaca.." esak Nazril.

"Maafkan saya Wardah....saya terseksa selepas saya kehilangan awak...saya menyesal buat awak macam tu, saya termakan hasutan Danial dan pujuk rayu Aria....saya bodoh Wardah sebab sanggup lukakan insan yang menerima setiap baik buruk saya, yang sabar dengan setiap kerenah saya, saya menyesal Wardah...." Nazril sudah seperti orang hilang arah. Tidak sanggup rasanya Wardah melihat Nazril berkeadaan begitu. Akan tetapi rasa sakit yang pernah dialami Wardah sudah cukup untuk Wardah membutakan mata untuk melihat segala penyesalan Nazril.

"Tak apa Ril, saya redha, bukan nasib saya, bukan jodoh kita, saya terima, saya sedar siapa saya, saya dah lama maafkan awak, saya cuma mohon, awak jangan ganggu saya lagi, maafkan juga salah silap saya Ril...Selamat tinggal...." Wardah berlalu pergi.

"Wardah, jangan tinggalkan saya sayang.....Wardah...!"

Laungan Nazril dibiarkan begitu saja. Wardah berlalu pergi dengan linangan air mata. Dia sudah tidak mahu berpaling lagi. Cukuplah sekali hatinya tersakiti.

Wardah hanya mampu melihat Nazril dari jauh,perlahan Wardah berbisik di angin lalu.

"Dan bila kau sudah memilih dia, usah lagi kau bermadah cinta, pergilah cinta...jangan kau hampiri jejakku lagi, cukuplah sekali aku kau lukai....pergilah sayang...."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience