bab 15

Romance Completed 6375

"Saya tak boleh kahwin dengan awak Wardah..."

"Tapi kenapa...? Apa salah saya...?" Berjujuran air mata Wardah apabila membaca pesanan dari Nazril.

"Saya cakap tak boleh, tak boleh la....!"

"Tapi....saya ada buat salah ke? Kalau ada saya betulkan, kita dah tak lama nak kahwin Ril, barang semua dah nak siap, jangan buat saya macam ni...."

"Sekurang-kurangnya, bagi la sebab kenapa, jangan buat saya tertanya-tanya" Wardah terus mendesak, tidak adil rasanya bagi Wardah jika tiba-tiba saja Nazril mahu memutuskan pertunangan mereka.

"Aku dah ada dia, dan kau kenal dia"

"Siapa?"

"Aria Mariana....ex girlfriend aku, aku dah berbaik dengan dia..."

"Tapi awak cakap tak suka dia dan dah lama putus dengan dia, apa semua ni Ril...? Saya tak faham..."

"Apa lagi yang kau tak faham betina? Aku cuma mainkan kau je, kau tahu kan Aria lagi cantik dari kau, kulit putih bersih, lansing, seksi, tak macam kau, bodoh, budak kampung, selekeh...kau ingat aku betul-betul nakkan kau ke?"

"Kau perempuan murahan..! Aku hanya sukakan dia...! Kau hanya boneka seketika...! Dasar perempuan kampung!

Air mata sudah seperti empangan pecah, sampai hati kau Ril. Itu sahaja yang mampu diucap Wardah. Hatinya sudah hancur, lumat, lebur. Sungguh tidak disangka orang yang telah lama dia kenali sanggup menghina dia sebegitu rupa.

Fikiran Wardah kosong, dia sudah tidak tahu mahu melakukan apa lagi, memikirkan tentang luluhnya hati ibu bapanya juga sudah cukup untuk hati Wardah hancur. Tidak disangka dengan menerima lamaran Nazril, seluruh hidupnya ikut musnah. Kenapa kau muncul Ril. Desis hati Wardah. Walang hatinya tak siapa yang tahu.

..................................

"Kak Nah, saya minta maaf Kak Nah, bukan saya yang nak semua ni jadi..." pagi itu mama Nazril datang kerumah dengan linangan air mata, dia sendiri tidak tahu apa yang sudah merasuk anaknya. Sedikit pun Nazril tidak mahu mendengar pujukan Puan Suraya.

"Apa nak buat lagi Su...benda dah jadi...." ungkap ayah Wardah.

"Kak Nah, Su minta maaf, maafkanlah Su, Kak Nah..." Puan Maznah sudah tidak mahu berkata apa-apa lagi, begitu sakit hatinya mengenangkan anaknya disia-siakan begitu saja oleh Nazril.

"Balik la Su, Kak Nah redha je apa yang terjadi, selepas ni jangan biar anak Su datang lagi dekat dengan Wardah...." itu sahaja yang diucap Puan Maznah sebelum berlalu.

Wardah hanya mengurungkan diri didalam bilik. Tidak mahu mendengar sepatah pun perkataan dari sesiapa. Fikirannya melayang, hatinya walang. Jika diikutkan kata syaitan sudah lama nyawanya melayang, mujur Wardah masih memiliki iman, tidak mungkin dia mahu menghabisi nyawanya hanya kerana lelaki.

"Tuhan dah beri petunjuk, di bukan milik kau Wardah, redha...pasti Dia dah simpankan seseorang untuk kau, tidak didunia, diakhirat pasti ada...." bisik Wardah sambil mengalirkan air mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience