bab 13

Romance Completed 6561

Kini sudah lima bulan Wardah menjadi tunangan Nazril. Semuanya sudah semakin baik, Wardah juga sudah dapat menerima Nazril walaupun pada mulanya agak sukar untuknya membiasakan diri. Nazril juga sudah kembali kepada Nazril yang dulu, Badannya sudah mula kembali kepada asal, beriya sungguh Nazril mengikut diet yang ketat dan berulang kali ke gim. Bagi Wardah, apa saja pilihan Nazril, biarlah mengikut kehendaknya, bukan kerana terpaksa mengikut kemahuan Wardah, dia sendiri tidak pernah kisah tunangnya itu gemuk atau kurus, bagi Wardah, hati adalah segalanya, luaran hanya sementara.

Hari ini berlalu seperti biasa, setiap petang, Wardah membuat panggilan video kepada Nazril, ini sudah menjadi salah satu dari syarat Nazril sejak Nazril terpaksa bertukar tempat kerja di selatan tanah air.

"Assalamualaikum cik tunang..."

"Waalaikummussalam encik tunang gemuk..." usik Wardah.

"Awak buat apa tu? Dah makan? Kerja macam mana, ok tak?" Tanya Wardah.

"Satu-satu la sayang oiiiii....saya baru lepas makan ni, kerja ok je sayang, macam biasa la...."

"Banyak la awak punya sayang! Eh, awak, awak balik tak hujung bulan ni? Banyak lagi benda kita nk selesaikan, lagi dua bulan je majlis, saya takut tak sempat siap...."

"Erm.....nanti saya bagitahu awak balik ok? Saya ada kerja sikit nak selesaikan dulu sebelum majlis kita...Wardah, nanti saya call awak balik boleh? Ada panggilan penting saya kena jawab ni..."

"Ohh....ok, awak selesaikan jela dulu yang mana patut, nanti bagitahu saya balik ok? Assalamualaikum..."

Belum sempat Nazril menjawab salam ganggang sudah diletakkan, bukan sekali dua Nazril sebegitu, malah dalam dua bulan kebelakangan ini, Nazril sedikit demi sedikit mula berubah. Wardah bukannya bodoh atau tuli untuk lansung tidak merasai perubahan pada Nazril. Panggilannya seringkali dibiarkan ke peti suara, apa lagi urusan perkahwinan mereka, Nazril sudah seperti hanya menyerahkan segalanya kepada Wardah, entah apa yang membuat Nazril berubah Wardah sendiri tidak tahu, sudah puas bertanya, hanya jawapan sama yang diberi. Wardah hanya mampu menyerahkan segalanya kepada takdir.

"Ha Wardah buat apa tu? Baru lepas sembang dengan Ril ye...?" Usik Puan Maznah. Sudah diketahui olehnya aktiviti anaknya setiap petang, tidak ada kerja lain yang dibuat selain bersembang dengan Nazril.

"Ha'a mak, Sembang dengan Ril tadi..."

"Sembang apa? Pasal majlis kamu ke? Bila dia nak balik? Banyak lagi ni nak kena buat" bertubi-tubi soalan dari Puan Maznah,dimana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, perangai mereka anak beranak boleh dikatakan sama sahaja.

"Amboi mak...sabar mak sabar..." usik Wardah sambil tertawa.

"Ril cakap tadi dia akan bagitahu balik bila dia boleh balik sini mak, banyak lagi urusan kerja yang dia kena uruskan. Mak jangan risau la, ada jodoh mesti semua akan selesai jugak kan...."

"Ishhh....lain macam je cara percakapan kamu ni Wardah, kamu gaduh dengan Ril ke?" Ibu mana yang tidak dapat melihat perubahan pada anak mereka, sudah beberapa hari Puan Maznah perasan akan perubahan anaknya. Asyik termenung dan menyendiri, sepatah ditanya, sepatah juga yang dijawab.

"Tak ada la mak, mak, Wardah masuk dulu ye? Tak solat asar lagi ni..." cepat-cepat Wardah melarikan diri, tidak mahu ibunya perasan akan perubahan air mukanya. Sungguh tidak tegar Wardah menipu ibunya.

"Tuhan, jika dia bukan yang terbaik untukku, Kau tabahkanlah hatiku untuk menerima kenyataan dan jika dia sememangnya takdirku, Kau permudahkanlah segalanya, berikanlah aku petunjuk...." Air mata jatuh jua, hanya itu sahaja yang dapat menenteramkan hatinya saat ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience