bab 8

Romance Completed 6375

"Wardah, saiz jari kau berapa?" Kedengaran ceria suara Nazril dihujung talian.

"Saiz 8" Balas Wardah Ringkas. Terasa begitu malas hendak melayan kerenah Nazril yang tiba-tiba sahaja menyuarakan hasrat untuk mengahwininya.

"Tak habis-habis lagi mamat ni nampaknya, rajin betul dia..." bisik Wardah.

"Kau cakap apa Wardah? Aku tak dengar" tanya Nazril.

"Oh....tak ada apa-apa, ni ha...kucing aku si kofi ni, tak habis-habis lagi dia makan" Hampir saja Wardah terlupa yang dia masih lagi diatas talian dengan Nazril.

"Aku ingatkan apa la tadi, kau dari dulu sampai sekarang, sayang betul dengan kucing tu, cuba la kau sayang aku macam tu Wardah, confirm aku tak cari lain...!" Balas Nazril diiringi dengan tawa. Bahagia terasa dirinya saat ini.

"Ahhhh...malas la aku layan kau Ril, aku nak mandikan Kofi jap, kau dah dapat kan saiz aku tadi? Ok la, aku pergi dulu ea..."

"Ehhhhh....kejap...aku....."

"Tuttt....tutttt....tutttt"

Hanya nada itu yang kedengaran, belum sempat Nazril menghabiskan ucapannya, Wardah sudah terlebih dahulu meletakkan ganggang telefon.

"Kurang asam punya pendek...nasib baik la aku sayang kau Wardah oiiii.... kalau tak, dah lama aku cubit-cubit pipi gebu kau tu tauuuu...." omel Nazril sambil menatap seraut wajah yang sedari dulu lagi menjadi penghias latar telefon mudah alihnya itu.

"Kamu dah kenapa tu Ril?" Sergah Puan Suraya. Risau juga dia melihat perilaku anak bujangnya itu, dari tadi tersengih-sengih macam kerang busuk

"Opocot mak kau...!"

"Mama...! Terkejut Ril...mama ni, nasib baik la anak mama yang hensem ni tak ada sakit jantung tau, kalau tidak, dah lama dah ke batu dua" bebel Nazril. Seperti mahu luruh sahaja jantungnya ketika disergah Puan Suraya tadi.Untung saja telefon masih ditangan, jika tidak boleh sasau dia, macam mana la nk berhubung dengan buah hati tercintanya itu. Sapa tak sayang 'bini' oiiiii, atau lebih tepat, bakal bini.

"Eh,eh nak salahkan mama pulak" leter Puan Suraya sambil menarik cuping telinga anaknya.

"Ampun ma, ampun...!! Sembah patik harap diampun...gurau ma,gurau" balas Nazril.

"Tahu takut....kamu ni dah kenapa Ril? Mama tengok, satu dua menjak ni kamu asyik senyum sorang-sorang, sengih sorang-sorang, kamu ada masalah ke? Sakit mana-mana? Risau mama, tak pernah-pernah kamu buat perangai macam ni"

"Mama, Ril nak kahwin!"

"Kamu biar betul Ril, kamu jangan mainkan mama...siapa yang dah buat hati anak mama ni tertawan? Mama kenal ke?" Teruja sungguh Puan Suraya mendengar ucapan anaknya itu, inilah kali pertama anaknya mengucapkan kalimah yang boleh dikira keramat.Belum pernah anaknya itu menyebut menyukai mana-mana gadis sebelum ini.

"Mama kenal dia, tapi dah lama mama tak jumpa dia"

"Siapa Ril? Wardah?"

Pertanyaan Puan Suraya hanya dibalas oleh senyuman panjang lebar oleh Nazril.

"Bertuah punya anak! Sebelum ni bukan main ye kamu tak nak dekat Wardah tu, sekarang siap nak kahwin, pandai kamu cover line dari mama ye Ril" balas Puan Suraya diiringi dengan gelak ketawa.Sungguh tidak disangka, rupa-rupanya Wardah calonnya.

"Kalau Wardah la Ril, mama 1000% setuju! Suka betul mama dengan Wardah tu, baik, cantik, sopan santun, hormat orang tua, bertuahnya mama Ril dapat menantu macam Wardah tu.."

"Bila kamu nak pergi meminang Ril? Mama dah tak sabar ni!" Tanya Puan Suraya, sudah tidak sabar dia mahu bermenantukan Wardah.

"Haaa....yang ni part yang paling best ma! Ril nak buat kejutan kat Wardah, biar ternganga mulut dia"

"Ya Allah, Ril, kamu jangan malukan mama Ril, mama siku kamu nanti"

"Ala mama...kali ni je mama, Ril tak pernah hargai Wardah selama ni, jadi kali ni, Ril nak buktikan dekat Wardah yang Ril betul-betul cintakan dia ma" ucap Nazril bersungguh-sungguh.

"Ikut suka kamu la Ril, nanti kalau ayah Wardah kejar kamu dengan senapang patah dia tu, mama tak tolong ok?" Puan Wardah hanya menurut, tak kuasa dia nak melarang anaknya itu, nanti panjang pulak muncungnya.

"Yeayyy...! Terima kasih mama sebab selalu faham jiwa anak mama ni, sayang mama sangat-sangat" balas Nazril sambil memeluk ibunya.

"Ye...sama-sama, cuma yang mama mintak, kamu jangan sia-siakan Wardah ye Ril"

"Baik mama, Ril janji..."

"Dah, dah, pergi mandi, dah nak maghrib ni, karang kalau ada yang terlepas solat, jangan tanya kenapa mama libas-libas belakang kamu nanti..."

"Baik Puan!" Usik Nazril.

"Ril, Ril...dah besar anak mama, semoga kamu bahagia nak" bisik Puan Suraya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience