bab 12

Romance Completed 6375

"Wardah, bangun nak....nanti lambat..." gesa Puan Maznah.

"Ye mak......"

Terasa sungguh malas Warah bangun pada pagi itu, malas kerana dia terpaksa berjumpa dengan Nazril aka tunangnya, sudah tiga hari dia menjadi tunangan Nazril tetapi dia belum pernah berjumpa dengan Nazril sejak kali terakhir mereka berjumpa tiga atau empat tahun lalu. Apa yang dia tahu, Nazril sudah tidak seperti Nazril yang dulu, sekarang dia sudah gemuk katanya. Untung saja Wardah bukan seorang yang memilih rupa, jika tidak, mana mungkin sekarang dia menjadi tunangan Nazril.

"Bismillah...." ucap Wardah sebelum menuju kearah kereta yang sedari tadi sudah menunggunya diluar rumah. Degupan jantungnya tiba-tiba saja semakin laju, rasa mahu keluar sahaja jantungnya saat ini, semakin dekat, semakin laju.

"Ya Allah, selamatkanlah hambamu ini..." peluh-peluh kecil sudah mula menampakkan diri, tangannya sudah beku, tidak tahu mahu masuk kedalam kereta atau terus saja lari dari situ.

"Wardah! Wardah!" Jerit Nazril.

"Astaghfirullahalazim....!!! Ye, ye saya! Eh, aku! Kau!" Hampir saja luruh jantung Wardah mendengar suara itu.

"Ish...ish...ish.... kot ye pun terkejut tengok tunang awak yang kacak ni, jangan la sampai macam tu reaksinya sayang...." panggilan 'aku' 'kau' sudah lama ditinggalkan sejak mereka menjadi tunang kerana dilarang oleh orang tua mereka sendiri, katanya terlalu kasar.

"Mana ada la! Saya terkejut tengok katak tu je"

"Yela sayang....dah masuk" arah Nazril.

Agak terkejut Wardah melihat Nazril yang kini. Badannya sudah tidak seperti Nazril yang dahulu. Badannya sudah tidak ubah seperti karakter michelin, nasib la lesung pipitnya tidak tenggelam kedalam pipi, jikalau tidak, memang lansung Wardah tidak akan dapat mengenali Nazril. Untung saja walaupun sudah gemuk, Nazril masih lagi comel.

"Nazril.....awak........"

"Ye....saya dah gemuk, saya tau tu...mesti awak terkejut kan? Dah tak nak kahwin dengan saya kan?"

"Ish...ada pulak cakap macam tu! Bukan tu la maksud saya! Saya cuma terkejut tengok awak....sebab....sebab....." jawab Wardah teragak-agak.

"Sebab saya hodoh kan...?" Tanya Nazril, pertanyaannya itu seakan-akan dia sudah jauh hati.

"Sebab comel...!" Jerit Wardah sambil tertawa. Tidak pernah terbayangkan oleh Wardah Nazril akan menjadi segemuk ini, sudahlah gemuk,comel pulak tu. Hampir saja Wardah mengalirkan air mata kerana terlampau banyak ketawa.

"Saya? Comel? Awak biar betul Wardah, comel apanya macam ni, tak menyesal ke ada tunang gemuk?" Tanya Nazril masih tidak percaya dengan reaksi Wardah. Sangkaannya betul-betul meleset, dia sangka Wardah akan meninggalkannya setelah melihat dirinya, tetapi sebaliknya pula yang terjadi.

"Ya Allah....betul... comelnye lahai...pipi tu kenapa comel sangat, lesung pipit tu...rindunya dengan lesung pipit tu...!" Baru hari ini Wardah ketawa sebanyak ini. Terasa sudah jatuh hati benar dengan mamat poyo yang amat dibencinya semalam. Tidak disangka cinta pandang pertama itu masih wujud, tapi yang berubah cuma orang lain akan jatuh cinta kepada putera idaman yang kacak, sebaliknya pula dengan Wardah, lelaki gemuk itu jugak yang berjaya menambat hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience