bab 14

Romance Completed 6394

Pagi jumaat itu, awal-awal lagi Wardah sudah bersiap, dia dan Nazril sudah berjanji mahu berjumpa setelah hampir 1 bulan tidak berjumpa, masih ada urusan yang perlu diselesaikan.

"Assalamualaikum, maaf lambat..."

"Waalaikummussalam, hmmm...tak pe"

Begitu dingin layanan Nazril pada Wardah. Wardah hanya mampu melemparkan senyuman untuk menutup seribu luka yang dirasainya.

"Awak, nanti kita berhenti dekat masjid depan tu ye? Solat dulu, lagi pun hari ni kan jumaat, sempat la awak solat jumaat"

"Ok"

Walaupun Nazril melayan Wardah sebegitu, Wardah masih lega kerana Nazril masih mahu mendengar setiap nasihatnya, dia tidak mahu Nazril tersasar dari laluan.

"Ni tolong pegang barang-barang saya, nanti habis solat saya datang"

Wardah menyambut huluran barang-barang Nazril dengan senyuman.

"Tingggggg...tinggggg...tingggg..." bertalu-talu pesanan memasuki telefon Nazril.

"ARIA"

begitu banyak pesanan dari nama itu, hati Wardah mulai terasa tidak senang bagai ada sesuatu yang memanggil-manggilnya untuk membuka pesanan yang sedari tadi memasuki aplikasi Whatsapp Nazril.

"Ahhhh...buka sajalah, mana tahu ada hal penting..." bisik Wardah.

"SAYANG"

"BILA BALIK SINI?"

"I RINDU U LA SAYANG..."

Bagaikan sebilah pedang menusuk jantung Wardah saat itu. Terasa sejuk seluruh badannya. Seluruh sendi tubuh terasa lemah.

"Siapa dia ni? Kenapa nama dia macam pernah nampak? Apa hubungan dia dengan Ril? Kenapa panggil sayang...?" Berbagai persoalan mula menerjah fikiran Wardah.

"Wardah! Wardah! Wardah!" Panggilan itu tidak didengari Wardah.

"Wardah...!" Panggil Nazril sekali lagi sambil mengetuk cermin kereta. Entah apa yang membuat Wardah begitu asyik mengelamun.

"Ye...! Maaf, saya tak dengar tadi, awak dah siap?"

"Dah, awak fikir apa sampai tak dengar lansung saya panggil tadi?"

"Tak ada apa-apa, awak...nanti kita pergi taman yang selalu kita lepak dulu-dulu tu nak?"

"Ok"

Wardah hanya membalas dengan senyuman kepada Nazril, dia perlu mengumpul kembali semangatnya yang hilang tadi sebelum bertanya kepada Nazril perihal pesanan tadi. Jika diikutkan hati perempuan, sudah lama dia membentak Nazril dengan pelbagai soalan, untung sahaja Wardah masih memiliki tahap kesabaran yang tinggi.

TIDAK begitu ramai manusia memenuhi taman itu pada petang ini, terasa lapang dan tenang sedikit perasaan Wardah melihat keindahan yang diciptakan Tuhan.

"Tenang Wardah, tanya baik-baik, jangan tuduh bukan-bukan dulu, ingat, dia masih lagi bukan hak milik mutlak kamu....kuatkanlah aku ya Allah untuk menerima apa sahaja jawapan bagi setiap persoalan..." bisik Wardah pada hati sebelum memulakan pertanyaannya.

"Ril....seronok kan dulu-dulu? Kita selalu lepak dekat sini kan...?"

"Hmmm...awak ingat lagi ke semua tu Wardah...?"

"Ingat...kenapa pula tak...tu kan kenangan kita, saya tak pernah lupa tentang awak, awak je yang lupa tentang saya...."

Diam. Hanya itu yang memenuhi ruang tika ini. Nazril hanya diam membatu, tidak membalas setiap butir bicara Wardah.

"Ril.....saya nak tanya awak something boleh? Tapi awak jangan marah saya tau...jujur? Janji?"
Tanya Wardah sambil tersenyum, masih mahu menutup segala duka yang dirasainya.

"Yela, janji...tanya la..."

Wardah diam seketika sambil menarik nafas panjang.

"Ril....siapa Aria...? Saya macam pernah dengar nama dia, tapi saya lupa kat mana dan bila..." lembut pertanyaan Wardah.

"Kat mana awak dengar nama tu? Kenapa?" Pertanya Wardah hanya dibalas dengan pertanyaan lain oleh Nazril.

"Sebelum saya jawab soalan awak tu, saya nak minta maaf, tadi saya ada terbuka pesanan Wahtsapp awak, dan saya ternampak pesanan awak dengan Aria, jujur la dengan saya Ril...siapa dia...awak sayangkan dia...?" Air mata mula bergenang dikelopak mata Wardah, cepat-cepat Wardah memalingkan wajah dari Nazril, sepantas itu juga Wardah menyapu air matanya. Dia tidak mahu kelihatan lemah dihadapan Nazril. Biarlah hanya dia yang mengetahui sakitnya dikhianati.

"Kenapa awak diam Ril? Jujur la dengan saya....kalau awak sayangkan dia, saya boleh undurkan diri, saya nak awak bahagia..." tanya Wardah lagi dengan sebaris senyuman.

"Tak ada siapa-siapa, dah lah...jom la kita balik, dah lewat ni..."

Pertanyaan Wardah hanya dibiarkan begitu saja oleh Nazril. Wardah hanya mengikut langkah Nazril, dia tidak mahu memaksa Nazril memberikan jawapan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience