bab 2

Romance Completed 6375

"Assalamualaikum...siapa ni..?" Tanya Wardah kepada pemanggil yang tidak dikenali itu.

"Waalaikummussalam, Wardah..! Ni aku la, Ril...Nazril..!" Jawapan pemanggil itu mematikan lamunan Wardah sebentar tadi.

"Oh, Ril...aku ingatkan pendatang asing mana la tadi..." balas Wardah sambil tertawa membayangkan muka mamat poyo yang selalunya akan terus menarik muka masam setiap kali Wardah membalas usikkannya.

"Amboi....seronoknya cik adik ketawakan kita ye, takpe hari ni hari kau Wardah...siap la kau nanti" balasnya dengan suara girang. Suara yang sudah lama tidak mengisi hari-harinya seperti dahulu. Kalau dahulu sehari tak dengar khabar memang tak sah! Wajib!

"Habis tu, aku nk buat apa lagi encik Nazril Hakimi, haaa...kau dengan siapa sekarang? Dah berapa orang anak?" Jawab Wardah sekadar untuk menghilangkan kejanggalan antara mereka setelah sekian lama lansung tiada khabar berita.

"Aku single sekarang, aku dah gemuk la sekarang Wardah, dah hilang dah kehenseman aku, siapa la nakkan aku"

"Takde orang nak atau kau yang jual mahal? Bukan kau dulu jejaka idaman malaya ke? Sado, hensem, pendek kata lelaki idaman setiap gadis la". Usik Wardah.

"Aku cuma nakkan kau Wardah, tapi kau tak nak kat aku,sebab tu aku 'single' je sampai sekarang"

"Alaaaaa.... kau suka kan usik aku macam ni kan Ril, mentang-mentanglah aku ni tak cantik, tak putih gebu, pendek, suka bagi harapan palsu pada saorang anak gadis malaya ini.." balas Wardah sambil mengajuk cara percakapan seperti filem arwah Tan sri P.Ramle.

"Kau selalu tak percayakan aku kan Wardah? aku betul-betul sukakan kau, tak apa lah, aku nak keluar dulu, nanti aku mesej kau semula ok?" Balas Nazril seakan merajuk dengan gurauan Wardah.

Kiriman itu Wardah biarkan tidak berbalas, terkedu juga seketika semasa membayangkan seraut wajah yang selalu menjadi sumber inspirasinya itu. Tidak mungkin dia betul-betul sukakan Wardah.Lamunannya terhenti disaat mendengar seruan azan asar, terus sahaja Wardah bangun untuk menunaikan kewajipan bagi setiap kaum muslimin itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience