bab 9

Romance Completed 6375

"Aku tak jadi datang esok, aku minta maaf..."

Sebaris ayat yang merenggut ketenangan Wardah malam itu. Pesanan itu Wardah biarkan sepi.

"Wardah, jangan menangis ok, kau sememangnya tak percayakan dia, jangan sedih, Tuhan dah simpan yang lebih baik untuk kau..." bisik Wardah lembut untuk menenangkan hatinya.

Entah mengapa separuh jiwa Wardah sudah hilang saat ini, sedangkan sedari awal dia sudah bertekad tidak akan mempercayai Nazril, dan mengetahui lelaki itu cuma berniat memainkan hatinya.

"Hati, tolong jangan sedih ok, walaupun dia dulu pernah jadi crush kau, tapi rasa tu dah lama kau buang sejak dia ada orang baru, kau tak layak dengan dia.." bisik Wardah lagi.

Air mata mengalir jua, walaupun mulutnya mengatakan dia tidak berharap atau percayakan Nazril, tetapi lelaki itu tetap mampu merobek separuh dari hatinya.

"Sampai hati kau Ril....aku benci kau.." esak Wardah.

...................................

Pagi ini Wardah bangun dengan semangat yang baru, ya, semangat yang baru, dia sudah tidak mahu memikirkan tentang lelaki lagi buat masa ini, hidup perlu diteruskan, yang pasti dia mempunyai azam yang baru. Azam untuk menambat kembali hati ayah dan ibunya. Baginya kini, jika sudah ditetapkan seseorang itu menjadi miliknya, pasti dia akan menjadi miliknya, jika tidak, mungkin Tuhan sudah menyiapkan seseorang yang lebih baik untuknya.

"Assalamualikum mak, ayah... selamat pagi.." sapa Wardah sopan.

"Waalaikummussalam.."

"Wardah dah masak nasi goreng kampung ni, mak dengan ayah nak makan?"

Pertanyaan Wardah hanya dijawab dengan anggukan dari ayahnya, itu sudah cukup untuk Wardah. Sekurang-kurangnya ayah dan ibunya masih sudi menjamah hidangannya.

"Pelan-pelan Wardah, nanti mesti mak dan ayah dah tak marahkan kau lagi" bisik Wardah

Selepas siap bersarapan, Wardah terus menuju ke pejabat tempatnya bekerja, masih banyak kerja-kerja terbengkalai yang perlu diselesaikannya secepat mungkin. Terasa sudah lama semangatnya hilang, sehingga semua kerja pun diabaikan Wardah.

"Bismillah...gambate! Kau pasti boleh Wardah.." Ucap Wardah sebelum dia asyik diselubungi kerja-kerja yang sudah seperti gunung itu.

"Ting...ting...ting...."

Bunyi itu mengejutkan Wardah dari keasyikannya menyiapkan tugasan yang masih berbaki sedikit saja lagi.

"Ishhh...siapa pulak la yang kacau aku tengah syok nk habiskan kerja ni..." gumam Wardah sambil menekan butang hidup pada telefon pintarnya itu.

Kelihatan ada tiga pesanan dari Nazril yang masih belum dibuka. Wardah berbelah bagi, antara mahu membaca pesanan tersebut atau dibiarkan. Akhirnya Wardah biarkan sahaja pesanan-pesanan tersebut. Sekurang-kurangnya dia sudah tidak perlu memikirkan mamat poyo itu lagi. Perjanjian antara mereka pun sudah dikira tamat kerana lelaki itu telah melanggar syarat-syarat yang sudah diersetujui mereka. Wardah kembali hanyut didalam timbunan kertas-kertas yang masih berbaki.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience