Bab 1

Romance Completed 6394

"Hai budak pendek, kau apa khabar? Aku harap kau sihat, semalam aku mimpi kau, terus cari kau dekat sini, kalau kau belum kahwin reply la mesej aku or call aku dekat sini ok?" Terkedu seketika Wardah membaca sekeping mesej ringkas yang diterimanya melalui muka buku itu. Sudah begitu lama lelaki itu mendiamkan diri, bertahun juga jika mengikut pengiraannya.

"Assalamualaikum,hai...ril...alhamdulillah aku sihat, aku belum kahwin, kau mimpi apa ni mesej aku?" Entah angin taufan mana melanda , terus sahaja Wardah membalas kiriman itu, mungkin juga perasaan teruja kerana 'crush'nya yang entah berapa tahun itu tiba-tiba memunculkan diri.

Sudah agak lama juga jika difikirkan Wardah tidak berhubung dengan lelaki ini, kali terakhir 3,4 tahun lepas selepas dia memaklumkan bahawa dia sudah mempunyai teman istimewa dan terpaksa melupakan persahabatan mereka gara-gara 'girlfriend'nya itu cemburu buta.

"Tingg..!!!" Bunyi itu mengejutkan Wardah dari lamunan.

"Wardah...! Aku rindu kau la budak pendek" gelaran yang sering dia berikan kepada Wardah, hanya kerana tingginya cuma 150cm.

"Hahahaha...kau memang kan demok, suka menyakat aku, mentang-mentang la aku pendek" balas Wardah kepada si pengirim yang sudah sinonim dengan panggilan demok itu sebagai balasan atas gelaran terhormatnya padanya, padahal sudah terang lagi bersuluh si demok itu sado..! "Ada aku kisah..!" Bisik Wardah didalam hati.Dulu sememangnya lelaki itu gemok.

"Siapa lagi aku nak usik selain ko wardah, dah la pendek, comel pulak tu" balasnya

"Kerana inilah aku jatuh cinta kat kau dulu Ril, kenapa la kau suka menguji hati aku ni, dari dulu suka sangat ambil berat pasal aku, puji-puji aku, usik aku, kan dh ter'crush' kat kau! Tarik nafas Wardah... dia dah ada 'girlfriend'..entah-entah dah kahwin,jangan buat pasal dengan mak singa tu wardah oiiiii..!" Bisik Wardah.

"Kau jangan Ril, jangan sampai mak singa kau datang terkam aku nanti, aku tak sanggup mati muda Ril..! Eh, kau dah kahwin belum dengan mak singa kau tu? Berapa orang anak?" Balas Wardah sekadar basa basi sambil-sambil tu boleh la menyelam sambil minum oren jus, mana tau boleh duduk satu pelamin dengan 'abang sado' ni.Berangan bukan main!

"Aku dah lama putus dengan dia la Wardah, aku tak tahan dengan perangai dia tu, Wardah, kau pakai nombor lama lagi ke? Atau kau dah tukar? Tak seronok la mesej ikut sini, aku call kau ok?"

"Aku masih guna nombor lama, ada masa kau call je aku ok?" Balas Wardah sambil termenung memikirkan kisah-kisah lama tentang mereka, berbagai memori suka duka berputar kembali dibenaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience