bab 7

Romance Completed 6375

Sudah dua minggu sejak kali terakhir Wardah dimarahi Puan Maznah. Ibunya masih begitu, masih marah pada Wardah, ada saja perkara yang tidak memuaskan hati Puan Maznah.

"Kau buat apa ni Wardah? Kau tahu kan aku tak suka kau alih semua ni!" Herdik Puan Maznah.

Tersentak Wardah ketika diherdik Puan Maznah, hampir saja mengalir air matanya tika itu, tetapi Wardah tetap menahan air matanya dari keluar, senyum yang dilempar hanya dibalas dengan jelingan dari Puan Maznah.

"Wardah mintak maaf mak, Wardah cuma nak sapu habuk dekat barang-barang ni mak..." balas Wardah lembut.

"Orang kalau dah buat salah, memang banyak je alasan, die takkan mudah-mudah mengaku salah dia" Perli Puan Maznah.

"Tak payah nak tunjuk rajin sangat, nak tunjuk baik sangat kat semua orang, menyampah tahu tak!"

"Dari kau duduk kat luar ni tayang muka, baik kau duduk je belakang tu ha, memalukan aku je, anak orang lain semua dah kahwin, beranak pinak, tak macam kau! Dah ada calon orang baik-baik yang nakkan kau, kau boleh pulak buat macam-macam! Dasar anak tak mengenang budi...!" Omel Puan Maznah lagi.

"Ya Allah....kuatkan aku ya Allah...tabahkan aku, perbanyakkan sabarku ya Allah, jangan kau timbulkan sekelumit benci pun di dalam hatiku kepada ibuku ya Allah..." bisik Wardah didalam hati.

Pedih, hanya Wardah yang tahu rasanya, ibu dan ayahnya sendiri tidak mempercayai dirinya, ingin sekali dia memeluk ibu dan ayah saat ini.

"Wardah tak salah mak....ayah....dia fitnah Wardah..." kata-kata itu hanya mampu Wardah luahkan didalam hati.

Lemah setiap sendi Wardah, terasa sangat tidak berdaya, hanya kepada Tuhan tempatnya mengadu.Begitu benci sekali ibu dan ayah melihatnya.

"Sabar Wardah, sabar, ingat..Tuhan tidak akan sekali-kali meguji hambaNya melebihi dari batas kemampuan hambaNya itu sendiri, satu hari nanti semuanya pasti akan terbongkar"bisik Wardah.

Sejak kejadian di majlis kenduri sepupunya tempoh hari, makin menjadi-jadi amarah ibunya kepada Wardah.Masih terngiang-ngiang sindiran dan umpatan yang diterima Wardah sepanjang majlis tersebut.

.......................

"Hai Wardah, kau bila lagi nak kahwin? Umur dah tua, tengok je anak mak teh, lagi muda dari kau, dah kahwin, dengan pegawai pulak tu...." sindir mak tehnya.

"Ye la Wardah, engkau ni bukannya tak ada rupa, cantik je aku tengok, takkan la takde sorang pon yang terpikat kan..." tambah mak ngahnya pula menyedapkan lagi ramuan sindiran dari mak tehnya.

"Entah la ngah, ateh....budak-budak sekarang ni, mana nak dengar cakap orang tua..." Tambah Puan Maznah.

Bagai dihiris-hiris jantung Wardah saat ini, jikalau tidak difikirkan saudara sendiri, sudah lama mulut-mulut itu dicilikannya. Wardah hanya mampu membalas sindiran-sindiran itu dengan senyuman yang dibuat-buat. Menyesal pula dia datang ke majlis perkahwinan sepupunya itu, jika bukan kerana dia mahu mengambil hati ibunya, takkan sesekali dia menjejakkan kakinya disitu.

Kejamnya manusia, tidakkah mereka tahu yang jodoh pertemuan, ajal dan maut itu ditangan Tuhan. Sekuat mana pun gengaman, jika sudah suratan bukan milik kita, dia takkan sesekali menjadi milik kita.

"Ya Allah, ampunilah dosaku ya Allah, jika ujian ini adalah untuk menguatkan aku dan menjauhkan yang tidak baik dariku, aku redha ya Allah..." hanya tangisan dan esakan yang menemani Wardah. Terasa lapang dadanya setelah meluahkan segala yang terbuku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience