bab 4

Romance Completed 6394

Celaru, itu sahaja yang mampu ditafsirkan oleh benak Wardah ketika ini, antara mahu atau tidak, antara betul atau salah, segala kisahnya ketika ini sudah ibarat pepatah untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Hanya Tuhan yang mengerti hati dan perasaannya saat ini. Segalanya seperti berputar kembali didepan mata Wardah. Ingin sekali dia memejamkan mata dan berharap semuanya hanya mimpi. Tidak pernah terduga oleh Wardah lelaki yang sudah 2 bulan dikenalinya itu sebenarnya hanya baik khabar dari rupa.

"Wardah, aku tak suka kau senyum dekat lelaki tu..!"

"Danial...! Awak ni dah kenapa? Itu kan client saya, saya cuma berurusan dengan dia atas urusan kerja la"

"Diam...! Kau ingat aku bodoh ke Wardah!"

"Danial...lepaskan tangan saya, saya sakit..tolong la Danial"

"Aku takkan lepaskan kau Wardah...kalau kau tak jadi milik aku, kau takkan jadi milik sesiapa pun!

"Lepaskan aku Danial! Jangan buat aku macam ni!" Hanya Tuhan yang mampu membantu Wardah saat itu,dengan sekuat hati Wardah terus menolak tubuh Danial darinya, mujurlah dia dapat melepaskan diri, jika tidak dia sendiri tidak pasti apa lagi yang akan terjadi.

"Dik, adik...! Kita dah sampai"

Panggilan itu mematikan lamunan Wardah, dia terus keluar dari perut teksi itu selepas membuat pembayaran.

"Wardah..!" Suara ibunya kedengaran saat Wardah menjejakkan kaki kedalam rumah.

"Ya mak" Ingin sekali saat ini Wardah menerpa ibunya dan menangis sepuas hati.

"Kau dah buat apa ni Wardah?! Tadi Danial datang kerumah dan bagitau mak kamu keluar dengan jantan lain! Mak malu Wardah, malu!"

"Tapi mak..."

"Kamu jangan nak tapi-tapi lagi Wardah! Cukup!! Mak tak nak dengar apa-apa alasan lagi! Danial tu budak baik, sampai hati ye kamu buat mak malu macam ni? Kamu tak kesiankan mak ke Wardah? Sampai hati kamu buat mak macam ni hanya kerana kamu tak nak kahwin dengan Danial, mak takkan percayakan kamu lagi!"

Tiada apa lagi yang mampu Wardah lakukan selain mengalirkan air mata, ibu dan ayahnya sudah tidak percayakan dia lagi, mereka lebih percayakan jantan dayus yang bertopengkan syaitan itu.

"Ya Allah....apa lagi yang harus aku lakukan saat ini, aku lemah ya Allah....lemah...bantulah aku untuk menempuhi ujianMu ini...." Hanya air mata yang sudi menemani Wardah di lewat sujudnya tika ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience