bab 6

Romance Completed 6375

"Wardah! Jom kahwin dengan aku"

Selepas seminggu Nazril Hakimi mendiamkan diri, tiba-tiba hari ini Wardah menerima sekeping pesanan ringkas yang membuatkannya terpana seketika.

"Ahhh dia dah mula dah...Mamat ni suka betul buat lawak macam ni" bisik Wardah.

"Ril....cuba-cuba la bagi salam dulu, kau mimpi apa hari ni nak kahwin dengan aku pulak?" Balas Wardah sambil menahan tawa yang masih bersisa.

"Wardah, aku serius ni, jangan main-main boleh tak?"

Tawa Wardah terhenti setelah mendengar pesanan suara dari Nazril. Seakan agak serius nada suara Nazril yang diterima Wardah melalui aplikasi pesanan suara itu.

"Ye...aku tak main-main dah, kenapa kau nak kahwin dengan aku Ril? Tiba-tiba pulak tu" Balas Wardah.

Terasa agak janggal ketika ini, tiba-tiba sahaja sahabat yang sudah merangkap 'best friend forever'nya itu mengajak sesuatu yang masih belum boleh diterima akal Wardah. Dulu bukan main, bukan 'taste' la, pendek la, semuanya la bukan selera tekak dia, mentang-mentang la si dia itu kacak!

"Aku sebenarnya sayang kau Wardah, dari mula kita kenal sampai sekarang, aku tak pernah lupakan kau, dulu aku pergi dari hidup kau sebab aku takut kau tinggalkan aku dulu Wardah, aku takut bila aku luahkan perkara sebenar, kau akan bencikan aku"

Jawapan Nazril membuatkan Wardah terkedu, terasa bagaikan rohnya sudah diawangan saat ini, Nazril Hakimi, lelaki yang mempunyai rupa kacak dan berbadan sasa itu menaruh hati padanya sejak dulu. Mana mungkin! Tetapi tidak semudah itu Wardah akan tertipu lagi, dia perlu menguji lelaki itu, ya, menguji tahap kesungguhanya untuk mengahwini Wardah. Wardah nekad kali ini! Walaupun pada dasarnya mereka pernah menjadi best friend forever,itu bukan beerti Wardah akan semudah itu mempercayai insan yang bernama lelaki.

"Kau biar betul Ril..."

"Betul aku boleh percayakan kau Ril? Kau jangan macam-macam Ril..." Tanya Wardah untuk mendapatkan kepastian.

"Sumpah! Aku sanggup buat apa je Wardah, asalkan kau sudi kahwin dengan aku!" Balas Nazril untuk menunjukkan kesungguhannya.

"Ril, kau tahu kan aku tak suka kau main sumpah, ok, aku percayakan kau, tapi dengan syarat"

"Bagi je syaratnya Wardah, aku akan buat semampu aku untuk yakinkan kau"

"Baiklah kalau itu yang kau nak, kalau kau betul-betul nak kawin dengan aku, aku bagi kau masa satu minggu untuk kau datang jumpa mak dan ayah aku, tu pun kalau kau berani la..."

"Kalau itu yang kau nak, aku akan tunaikan, kau jangan tolak pulak lamaran aku nanti Wardah, janji ok?"

Balasan Nazril itu membuatkan Wardah tertawa sekali lagi, terbayang-bayang wajah Nazril dangan mimik muka mengada dan comel yang selalu dibuatnya setiap kali dia menyebut perkataan 'janji'.

"Serius Wardah, serius,ini bukan benda main-main"

"Tidak mungkin Romeo malaya ini serius" bisik Wardah, masih belum mempercayai kata-kata Nazril itu. Terasa luka yang ditinggal Danial masih kuat mencucuk setiap nadinya.

"Baik encik Nazril Hakimi, saya Wardah Nadhirah berjanji akan mengahwini encik Nazril Hakimi sekiranya dalam tempoh satu minggu ini encik Nazril Hakimi datang meminang saya" Balas Wardah menggunakan mesej suara pada aplikasi itu sambil mengangkat tangan sepertinya Nazril sedang berada dihadapannya ketika ini.

Gila! Itu sahaja yang keluar dari benak Wardah ketika ini, entah tersampuk jin mana entah mamat ni. Perkara itu Wardah biarkan berlalu. Baginya, tidak mungkin insan bernama Nazril Hakimi itu benar-benar menyukainya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience